UKKP KETUA UNIT



PENGENALAN

Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di Hospital Sultanah Bahiyah berfungsi memberi perkhidmatan  ke atas isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada pelbagai kategori anggota kesihatan Hospital. Kewujudan unit ini membantu majikan dalam melaksanakan pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Dengan bantuan Pakar Perubatan Kesihatan Pekerjaan dari Jabatan Kesihatan Negeri, unit ini  memberi penekanan dan skop yang meluas dalam bidang kesihatan pekerjaan.

Sepanjang tahun 2008, sejumlah 1796 anggota dalam kumpulan berisiko ( barisan hadapan)  suntikan vaksin influenza  dan seramai 549 anggota hospital yang berumur 40 tahun keatas telah menjalani saringan kesihatan

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Perkhidmatan yang disediakan dijalankan melalui 3 aktiviti utama iaitu :

  1. Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
  2. Kesihatan Awam
  3. Klinik Sejahtera