Fisioterapi
PENGENALAN
Unit Fisioterapi Hospital Sultanah Bahiyah terletak di Jabatan Rehabilitasi dan telah mula beroperasi sejak tahun 2007. Unit ini di ketuai oleh seorang Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi U44. Ketua Unit dibantu oleh seorang Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi U41, seorang Jurupulih Perubatan Fisioterapi U40, seorang Jurupulih Perubatan Fisioterapi U38, seorang Jurupulih Perubatan Fisioterapi U36, 4 orang Jurupulih Perubatan Fisioterapi U32, 15 orang Jurupulih Perubatan Fisioterapi U29, seorang Pembantu Tadbir N19, dan 3 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U11.
Fungsi utama unit ini adalah memberi perkhidmatan Fisioterapi kepada pesakit yang dirujuk dari semua jabatan / unit di hospital ini, juga yang dirujuk dari hospital kerajaan atau swasta / klinik kesihatan dari Negeri Kedah dan juga pesakit yang dirujuk dari negeri lain yang memerlukan perkhidmatan Fisioterapi.
MISI
Unit Fisioterapi akan memberi perkhidmatan pemulihan yang cemerlang berlandaskan ciri-ciri Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia dan menekankan peningkatan kualiti yang berterusan.
VISI
Perkhidmatan pemulihan yang berkualiti, berkesan, anggota yang professional, proaktif dan inisiatif, kemudahan peralatan yang berteknologi terkini serta persekitaran yang selesa dan selamat demi mencapai kepuasan pelanggan.
OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan perawatan Fisioterapi dan pendidikan kesihatan yang efektif, dan selamat kepada pesakit agar dapat berdikari dan mencapai fungsi pada tahap yang optima.
PIAGAM PELANGGAN
- Masa pendaftaran adalah 15 – 60 minit.
- Jangkasama rawatan Fisioterapi 10 – 30 minit mengikut kondisi pesakit.
- Rawatan yang di berikan adalah berkualiti dan sesuai dengan penyakit yang di hadapi.
- Kehormatan pesakit akan dijaga semasa menjalani rawatan di Unit ini.
Tanggungjawab pelanggan:-
* Mengikuti temujanji yang ditetapkan.
* Mengikut prosedur rawatan yang ditetapkan.
WAKTU OPERASI
Bagi Pesakit Luar dan Pesakit Dalam
Unit Fisioterapi beroperasi pada waktu pejabat seperti berikut:
|
Ahad – Rabu |
8.00 pagi-1.00 petang |
|
2.00 petang-5.00 petang |
|
|
Khamis |
8.00 pagi-1.00 petang |
|
2.00 petang-3.30 petang |
|
|
Waktu Rehat |
1.00 petang-2.00 petang |
PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN
Rehabilitasi Pesakit Luar
|
1. |
Rehabilitasi Muskuloskeletal |
|
2. |
Rehabilitasi Neurologi / Stroke |
|
3. |
Rehabilitasi Pediatrik |
|
4. |
Kesihatan Wanita |
|
5. |
Terapi Lymphodema |
|
6. |
Elektroterapi |
|
7. |
Hidroterapi |
|
8. |
Geriatrik |
|
9. |
Rehabilitasi Vestibular |
|
10. |
Rehabilitasi Tangan |
|
11. |
Rehabilitasi Spinal |
|
12. |
Rehabilitasi Sukan |
|
13. |
Rehabilitasi Kardiorespiratori |
|
14. |
Rehabilitasi Kebakaran (Burn) |
|
15. |
Pengurusan Berat badan |
Rehabilitasi Pesakit Dalam
Rehabilitasi Kardiorespiratori
Rehabilitasi Muskuloskeletal
Rehabiltasi Neurologi / Stroke
Rehabilitasi Pediatrik
Rehabilitasi Spinal
Rehabilitasi Kebakaran (Burn)
Rehabilitasi Palliative
Perkhidmatan di Unit Rawatan rapi Hospital Sultanah Bahiyah semasa cuti umum
Kelas Pendidikan Kesihatan
Program Pemulihan Jantung Fasa 1 dan Fasa 2
Kelas senaman Back and Neck, Osteoarthritis Knee, Stroke, Parkinson, Amputee, Obesiti dan Tangan
Rundingcara fisioterapi di klinik Stroke
Rundingcara fisioterapi di klinik Geriatrik
Rundingcara fisioterapi di klinik Amputee
Rundingcara fisioterapi diklinik Cardiac Rehab ( Jabatan Rehabilitasi)
Kelas senaman pesakit DRC
Rehabilitasi Heart Failure di Klinik Kardiologi
Rehabilitasi Pulmonari di Wad Respiratori HSB II
Pusat Latihan bagi pelatih
Pelatih Fisioterapi dari KSKB, UiTM, dan AIMST
Pusat Rujukan bagi pelatih-pelatih perubatan yang lain. Cth.:- Post Basik Jururawat, Pelatih Jururawat dan Pelatih Perubatan
MAKLUMAT TAMBAHAN
Penerangan terperinci sub kepakaran
Kesihatan Wanita – masalah inkontinence, prolapse Uterus (1st degree)
Terapi Lymphodema – melancarkan pengaliran limfatik selepas pembedahan payudara dan pembedahan TAHBSO
Rehabilitasi Vestibular – Masalah vertigo dan keseimbangan badan
Fototerapi – Masalah kulit seperti Psoriasis dan Vitiligo
Hidroterapi: - kes-kes seperti kanak-kanak istimewa, sakit sendi (Rheumatoid Arthritis), Lumpuh, dan lain-lain mengikut penilaian kondisi