Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 


PENGENALAN

Selaras dengan peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Pekeliling Kementerian Kesihatan berkenaan kewajipan untuk penubuhan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di hospital-hospital kerajaan, maka Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) ditubuhkan pada tahun 2010 yang bertujuan untuk menyelaras, memberi perkhidmatan berkaitan aktiviti-aktiviti keselamatan dan kesihatan kepada semua anggota perubatan hospital. Unit ini kemudiannya menjalani pelbagai penambahbaikan dan kemajuan dari segi tenaga kerja dan sumber manusia, peruntukan tempat dan kewangan serta skop-skop kerja dan tugasan dalam mendepani kepelbagaian isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan keperluan serta kehendak rasionalisasi perkhidmatan yang meluas terutama dalam era globalisasi kini

 

OBJEKTIF UNIT

  1. Untuk menyiasat semua kejadian kemalangan, penyakit carakerja, keracunan dan kejadian berbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk mempastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang
  2. Untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti yang ditetapkan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, dan peraturan-peraturannya dan tatacara amalan yang diluluskan
  3. Untuk memastikan kemudahan-kemudahan asas bagi semua pekerja
  4. Mencegah dan mengawal kejadian penyakit bawaan vektor khususnya denggi di persekitaran hospital
  5. Memastikan anggota-anggota di hospital, pesakit dan orang ramai yang berurusan di hospital terhindar daripada risiko jangkitan bahaya, ancaman kemalangan, kecederaan dan penyakit pekerjaan
  6. Memastikan anggota-anggota di hospital, pesakit dan orang ramai yang berurusan di hospital terhindar daripada risiko jangkitan bahaya, ancaman kemalangan, kecederaan dan penyakit pekerjaan
  7. Mewujudkan satu persekitaran pekerjaan yang bersih, ceria dan selamat dengan memastikan kemudahan-kemudahan asas boleh diakses oleh semua pekerja
  8. Memastikan aktiviti surveillance dan latihan-latihan diselaras dan dilaksanakan dengan berkesan dan secara berterusan
  9. Membangun serta mengawal pengkalan data epidemiologi yang lengkap terutama berkaitan pencegahan penyakit, kecederaan dan aspek keselamatan pekerjaan

 

MISI

Melaksanakan perkhidmatan dengan berlandaskan ciri-ciri budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Profesionalisma, Perkhidmatan Penyanyang dan Kerja Berpasukan

 

VISI

Perkhidmatan terbaik untuk pelanggan, merangkumi perkhidmatan pengdiagnosan, perawatan, pemulihan dan promosi kesihatan yang berkualiti, berkesan dan sama rata, penjanaan anggota yang mahir, cekap, inovatif dan beramanah, kemudahan peralatan dan teknologi yang canggih dan terkini. Persekitaran dan suasana yang selamat, sihat dan selesa serta memberi kepuasan kepada pelanggan.

 

FUNGSI-FUNGSI UTAMA UNIT

1. KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA

  1. Siasatan Kemalangan/Kecederaan/Penyakit Pekerjaan
  2. Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  3. Hazard Identification, Risk Assessment, Risk Control (HIRARC)
  4. Chemical Health Risk Assessment (CHRA)
  5. Pengurusan Kes Kekerasan Terhadap Anggota Perubatan oleh Pelanggan (Code Grey)
  6. Pengurusan Kes Kecederaan Tusukan Alatan Tajam (NSI)
  7. Notifications of Accident, Dangerous Occurrence, Occupational Poisoning, and Occupational Diseases (NADOPOD)
  8. Noise Risk Assessment
  9. Pencahayaan Tempat Kerja
  10. Audit Pengendalian Alatan Tajam
  11. Bengkel Pengendalian Cytotoxics Drugs

2. KESIHATAN PEKERJA

  1. Menjalankan saringan pemeriksaan kesihatan untuk anggota HSB
  2. Menjalankan program saringan dan kawalan Tuberkulosis
  3. Menjalankan program saringan dan suntikan imunisasi Hepatitis B
  4. Menjalankan program saringan kesihatan minda
  5. Menjalankan program saringan pra penempatan
  6. Menjalankan program saringan pra persaraan
  7. Menjalankan program saringan kakitangan Pengendali Bahan Kimia
  8. Menjalankan program saringan Pekerja Sinaran
  9. Menjalankan program saringan Kesihatan dan Kawalan Ergonomik
  10. Menjalankan program saringan Pendengaran Pekerja*
  11. Menjalankan program Suntikan Typhim untuk Pengendali Makanan*

3. KLINIK SEJAHTERA

  1. Mengendalikan Klinik Sejahtera untuk warga kerja Hospital Sultanah Bahiyah
  2. Melaksanakan semua program-program saringan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
  3. Melaksanakan ujian Mantoux kepada pesakit dalaman (in-patient) HSB*

4. PENGUATKUASAAN & KEBERSIHAN PERSEKITARAN

  1. Rondaan Merokok - Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004
  2. Pemeriksaan Premis dan Persampelan Makanan - Akta Makanan 1983
  3. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
  4. Audit Kebersihan Persekitaran
  5. Rondaan Pematuhan SOP