Pengurusan Maklumat / ICT


VISI

Berusaha ke arah perlaksanaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang cemerlang menerusi penggunaan teknologi yang pantas dan terkini.

 

MISI

Memastikan dan menyelaras penggunaan Teknologi Maklumat dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan untuk membantu melancarkan perkhidmatan yang diberikan oleh hospital ini.

 

OBJEKTIF

  • Memberikan perkhidmatan dan penyelenggaraan ICT yang berkualiti.
  • Memastikan keselamatan terhadap sistem dan rangkaian ICT sentiasa terpelihara.
     

PENGENALAN

1.1  Hospital Sultanah Bahiyah adalah merupakan salah sebuah hospital yang terpilih di dalam projek Hospital Information and Communication Technology (HICT) pakej 1 dan berada di dalam kategori Total Hospital Information System (THIS). Hospital ini merupakan sebuah hospital IT selepas perpindahan ke lokasi baru mulai Julai 2007 dan projek ini bermula pada 25 Februari 2002.

1.2  Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) merupakan salah satu bahagian di bawah Jabatan Pengurusan Hospital Sultanah Bahiyah dan berfungsi untuk memastikan semua sistem dan pembangunan teknologi maklumat diseliakawal agar operasi dapat berjalan dengan lancar dalam memberikan perkhidmatan kepada pesakit.  

1.3  Bahagian ini mempunyai 9 orang staf yang terdiri daripada Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (F44), Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Tinggi (FA38), Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) dan Pembantu Am Pejabat (N4). 

 

FUNGSI DAN PERKHIDMATAN

Infrastruktur : Penyelenggaraan dan Pengurusan Perolehan ICT

Aktiviti utama Bahagian Pengurusan Maklumat adalah menyelenggara perolehan aset ICT di Hospital Sultanah Bahiyah. Unit ICT dengan kerjasama Aexis Technology Sdn. Bhd. telah menguruskan perlaksanaan dan latihan berterusan THIS kepada kakitangan hospital ini.

Infrastruktur : Penyelenggaraaan Sistem Sedia Ada

Total Hospital Information System (THIS) merupakan sistem aplikasi utama di hospital ini. Walaubagaimanapun, terdapat juga sistem-sistem lain yang menyokong operasi hospital ini. Berikut merupakan senarai sistem sedia ada yang diselenggara oleh Bahagian ICT.
CDCIS – Sistem Notifikasi Kawalan Penyakit Berjangkit telah digunakan bermula Jun 2006.
Sistem Maklumat Rekod Perubatan (SMRP) – telah digunakan pada Disember 2006 dan merupakan sistem standalone.
Sistem e-Perolehan telah digunakan bermula September 2006.

Sistem iGFMAS telah digunakan bermula Januari 2018.
Sistem Tempahan Wad di Jabatan Kecemasan (Dalaman)
Sistem Intra-Wardbooking antara wad-wad di HSB dan HAS (dalaman)
Sistem e-Wheelchair di Unit Kerusi Roda dan Unit Fisioterapi. (dalaman)

Sistem e-Latihan
Sistem Laporan Perubatan – untuk penyediaan laporan perubatan apabila dipohon oleh pesakit.
Laman Web HRMIS dan e-GL – telah dilaksanakan sepenuhnya di klinik pakar dan kaunter daftar masuk wad.