Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental
OBJEKTIF UMUM
Menyediakan perkhidmatan mengesan, mendiagnosa, merawat dan memulihkan pesakit psikiatri yang komprehensif, moden dan professional sesuai dengan tahap penyakit dan serasi dengan sosiobudaya pesakit, penjaga dan masyarakat bagi mencapai tahap kesihatan mental dan kefungsian psikososial yang optimum serta mempromosi kesihatan mental dalam masyarakat
WAWASAN JABATAN
Wawasan Jabatan ialah bagi memastikan penduduk kawasan liputan perkhidmatan psikiatri Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Bahiyah terdiri dari individu, keluarga dan masyarakat yang menikmati tahap kesihatan mental yang optimum melalui perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental yang komprehensif, adil dan saksama, cekap, mampu disediakan dan diperolehi, sesuai dan serasi dengan sosiobudaya masyarakat. Sistem ini juga mengutamakan perkhidmatan psikiatri dalam komuniti, berkualiti, peka kepada sensitiviti masyarakat tempatan, menghormati kemuliaan dan kerahsiaan insan serta mempromosi kesihatan mental dan menggalakkan tanggungjawab individu, keluarga dan masyarakat; ke arah peningkatan kesihatan mental dan kehidupan berkualiti
MISI JABATAN
Misi Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental ialah untuk menyediakan perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental bercirikan budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia, iaitu profesionalisma, perkhidmatan penyayang dan kerja berpasukan dengan penglibatan dan penyertaan individu, keluarga, penjaga dan masyarakat untuk penjagaan dan promosi kesihatan mental bagi merangsang dan memudahkan masyarakat sekitar
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Perkhidmatan Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental dijalankan di tiga tempat iaitu
1. Hospital Sultanah Bahiyah Cawangan Lebuhraya Darulaman
- Perkhimatan Rawatan Pesakit Dalam
- Klinik Pakar Psikiatri – Klinik Pakar Kanak-kanak & Remaja, Addiction Psikiatri
- Klinik Komuniti Psikiatri
- Perkhidmatan Psikiatri Dalam Komuniti
- Rawatan Psikiatri Dalam Komuniti
- Perkhidmatan Pemulihan Psikiatri
- Perkhidmatan Pengesanan dan Pengesahan Dadah
- Therapi Gantian Methadone
- Kaunseling dan Psikologi Klinikal
- Aktiviti Latihan Psikiatri – Pusat Latihan Program Subkepakaran, Pasca Siswazah, Pegawai Perubatan Siswazah, Kolej Jururawat, Kolej Pembantu Perubatan dan aktivitio Latihan Sangkutan
2. Hospital Sultanah Bahiyah menyediakan perkhidmatan
- Klinik Pakar Psikiatri
- Liaison Psikiatri
- Rawatan Kecemasan Psikiatri di Jabatan Kecemasan
- Kaunseling
3. Perkhidmatan di Mentari Pendang
- Perkhidmatan Klinik Pakar
- Rawatan Psikiatri di dalam komuniti
- Perkhidmatan pemulihan psikiatri
Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental ,Hospital Sultanah Bahiyah juga berperanan merencana dan mengkoordinasi perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental di peringkat Negeri Kedah. Diantara aktiviti yang disediakan:-
- Integrasi Perkhidmatan Psikiatri Di Hospital Tanpa Pakar – Hospital Kuala Nerang, Hospital Jitra, Hospital Sultan Abdul Halim, Hospital Tuanku Fauziah, Hospital Langkawi, Pusat Komuniti Psikiatri Pendang dan Penjara Pokok Sena
- Perkhidmatan Lawatan Pakar Psikiatri
- Networking Perkhidmatan Psikiatrik Dan Kesihatan Mental Dengan Klinik Kesihatan
- Perkhidmatan Penjagaan Primer /Program Kesihatan Mental