Rekod Perubatan
PENGENALAN
Jabatan Rekod Perubatan merupakan jabatan yang memberikan perkhidmatan sokongan kepada Hospital Sultanah Bahiyah. Jabatan ini telah di pertanggungjawabkan untuk menguruskan laporan perubatan, menguruskan rekod-rekod pesakit, menguruskan pengumpulan statistik hospital dan juga ianya merupakan pusat sumber dan pusat rujukan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan perawatan pesakit. Pada tahun 2008, dasar operasi jabatan ini telahpun tercapai sasaran yang ditetapkan. Dari segi pengurusan rekod perubatan pesakit, 50% beroperasi melalui sistem EHIS dan 50% lagi masih beroperasi secara manual. Walaubagaimanapun pemantauan pergerakan rekod perubatan pesakit telah berjalan dengan berkesan. Ini berdasarkan NIA penghantaran rekod perubatan setelah pesakit didiscaj dalam masa 72 jam oleh wad iaitu 98.62%.
PERKHIDMATAN UTAMA YANG DISEDIAKAN
. Mengendalikan semua urusan berkaitan dengan penyimpanan dan pengurusan rekod perubatan dengan selamat dan teratur. Jabatan ini juga adalah penjaga kepada
rekod perubatan yang disimpan di unit lain dan klinik-klinik pakar.
. Menguruskan penyediaan pelbagai laporan perubatan termasuk laporan bedah siasat, laporan perubatan yang dipohon oleh pihak polis, insurans, jabatan kerajaan,
KWSP dan orang perseorangan.
. Menguruskan penubuhan Lembaga Perubatan bagi kes yang dirujuk oleh Ketua Jabatan Kerajaan, swasta dan penubuhan lembaga PERKESO bagi kes yang diminta oleh
pihak PERKESO.
. Menyediakan laporan statistik hospital secara rutin iaitu dihantar secara bulanan, tahunan atau secara ”adhoc” ke Jabatan Kesihatan Negeri dan di kemukakan ke
Pusat Informatik Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
. Mengendalikan pelupusan rekod-rekod perubatan yang telah mencapai tempoh simpanan selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Arkib Negara
Malaysia.
. Melakukan pengesahan laporan perubatan yang disediakan oleh Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Bahiyah untuk tujuan pengeluaran wang KWSP.