Obstetrik & Ginekologi


KETUA JABATAN

Dato' Dr Mohd Rushdan Mohd Noor

Ketua Jabatan Obstetrik & Ginekologi (Gred Khas A)

 
PENGENALAN

Jabatan Obstetrik & Ginekologi (O&G ),Hospital Sultanah Bahiyah ,merupakan pusat rujukan utama bagi negeri di wilayah utara Malaysia. Jabatan O&G memberikan perkhidmatan bertaraf pakar kepada pesakit. Selain terlibat dalam pengurusan pesakit, jabatan ini juga diiktiraf sebagai pusat latihan subkepakaran dalam bidang: Gine-onkologi, Perubatan Maternal-Fetal, dan Perubatan Reproduktif. Jabatan ini juga menawarkan perkhidmatan perundingan, rawatan yang komprehensif dan pelbagai perkhidmatan termasuk pengurusan kehamilan yang berisiko tinggi.

 
MISI

Untuk menyediakan perkhidmatan O&G yang cekap , adil dan mampu melalui penggunaan teknologi yang sesuai dan terkini serta memenuhi kehendak pelanggan untuk meningkatkan kualiti hidup serta hormat kepada hak-hak pesakit selaras dengan wawasan Kementerian kesihatan Malaysia.


VISI

Untuk menjadi sebuah institusi kecemerlangan dalam perkhidmatan kesihatan ,pusat rujukan dan latihan yang diiktiraf di peringkat Negara dan Antarabangsa.

 
OBJEKTIF JABATAN

Memenuhi keperluan ibu dan memberi rawatan yang menyeluruh dan berkualiti untuk ibu-ibu yang mengandung , pesakit ginekologi dan juga gineonkologi

1.Memberi perhatian yang teliti kepada pesakit yang berisiko mengikut protokol jabatan
2.Memastikan kelahiran yang selamat,mengurangkan komplikasi kelahiran dan seterusnya mengurangkan kematian ibu
3.Mengekalkan Hospital Rakan bayi dan menggalakkan penjagaan Mesra Ibu (Mother Friendly Care)
4.Memberi rawatan yang berkualiti kepada semua pesakit ginekologi
5.Memberi keutamaan kepada kepuasan pelanggan
6.Mengekalkan rawatan yang berkualiti melalui kawalan mutu kerja,inovasi dan penyelidikan
7.Memastikan pembelajaran dan latihan yang berterusan di kalangan doktor dan kakitangan perubatan.

PIAGAM PELANGGAN JABATAN O&G

1.Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan berkualiti mengikut keperluan tanpa mengira agama,keturunan dan taraf sosio-ekonomi.
2.Setiap pesakit di klinik pakar akan menerima rawatan dalam masa 90 minit.
3.Semua pesakit diberi jaminan bahawa maruah mereka akan dipelihara semasa menerima rawatan.
4.Segala maklumat mengenai pesakit dan rawatannya dirahsiakan dan hanya akan diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.
5.Setiap pesakit berhak mendapat penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.
 
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Obstetrik

Pesakit Luar

  • Early pregnancy assessment (EPAU)
  • Klinik Antenatal
  • Combined clinic (Masalah perubatan)
    Klinik Perubatan Maternal-Fetal
  • Combined Clinic (Obstetrik & Kardiologi)
  • Combined clinic (Obstetrik & Endocrine)
  • Klinik Diagnostik & Rawatan Prenatal
  • Klinik Fetal management
  • Klinik Pra kehamilan
  • Klinik Kandungan kembar
  • Pregnancy assessment centre (PAC)

Pesakit Dalam

  • Wad Kenanga 2A, 2C dan 2D
  • Unit rawatan rapi (CMR/HDW/ICU)
  • Dewan bersalin/labour room (LR)


Ginekologi

Perkhidmatan Ginekologi

  • Klinik Menopos
  • Klinik Menstrual disorder
  • Klinik Kontrasepsi
  • Klinik Ginekologi am
  • Klinik Molar


Perkhidmatan Gineonkologi

  • Klinik Gineonkologi (kes rujukan)
  • Klinik Kolposkopi dan ‘visual inspection with acetic acid’
  • Rawatan harian kanser (kemoterapi, kaunseling dan khidmat nasihat)


Perkhidmatan Uroginekologi

  • Klinik Uroginekologi

Perkhidmatan Perubatan Reproduktif

  • Klinik Infertiliti
  • Klinik Reproduktif endokrinologi
  • Rawatan bantuan reproduktif (IUI, IVF, ICSI & sperm extraction/aspiration)

Pesakit dalam

  • Wad Kenanga 2B