Sumber Manusia
MISI
Menyelenggarakan perkhidmatan personal yang cekap, berkesan mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
VISI
Perkhidmatan Personal terbaik untuk anggota Hospital Sultanah Bahiyah
OBJEKTIF
- Untuk menentukan pentadbiran Unit Sumber Manusia dapat dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkesan.
- Bertanggungjawab ke atas pengurusan personal diselenggarakan dengan sempurna mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
- Mempertingkatkan pengetahuan dan menanamkan sikap positif di kalangan staf Hospital Sultanah Bahiyah dengan pelaksanaan latihan yang berkualiti.
PIAGAM PELANGGAN
1.Perjawatan
Mengemukakan permohonan pewujudan jawatan baru dan tambahan dibawah ABM tahunan kepada JKN Kedah selewat-lewatnya 30 April tahun semasa.
2.Perakuan Pengesahan Pelantikan/ Pengesahan Dalam Perkhidmatan/ Pemberian Taraf Berpencen
Perakuan pengesahan pelantikan rasmi/ pengesahan dalam perkhidmatan/pemberian taraf berpencen bagi pegawai/anggota akan dikemukakan kepada pihak-pihak tertentu dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh dokumen lengkap.
3. Pemangkuan, Naik Pangkat Dan Tanggung Kerja
Urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat pegawai / anggota akan diproses dalam tempoh empat belas (14) hari setelah dokumen lengkap.
Urusan permohonan penanggungan kerja akan diproses dan dikemukakan ke JKN Kedah dalam empat belas (14) hari dari permohonan lengkap diterima.
4.Pengisytiharan Harta
Urusan pengisytiharan harta akan diselesaikan dalam tempoh satu (1) bulan.
5. Tatatertib
Urusan tindakan tatatertib akan diproses dalam tempoh dua (2) bulan setelah dokumen lengkap.
SKOP PERKHIDMATAN
Unit Sumber Manusia bertanggungjawab keatas perkhidmatan personel seperti berikut :
Pengurusan Perjawatan
Pengisian/kekosongan, Permohonan Perjawatan Baru, Laporan Bulanan dan Pengemaskinian Perjawatan HRMIS.
Pengurusan Perkhidmatan/Personal
Pengesahan Lantikan, Pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam jawatan berpencen, kenaikan pangkat, pergerakan gaji, persaraan, perletakan jawatan, cuti, pengwartaan pegawai perubatan, perakuan amalan tahunan, lawatan luar Negara dan laporan perubahan (Kew.8).
Pengurusan Latihan
Kursus, kursus dalam perkhidmatan, peperiksaan, elektif posting ,my CPD & laporan kursus/bengkel/seminar dalam perkhidmatan yang dijalankan oleh HSB.
Pengurusan Tatatertib
Pengisytiharan harta, kes buang kerja, kes ringan dari buang kerja, Pegawai bermasaalah, Laporan Kedudukan Tatatertib.
Lain-Lain
Perlaksanaan Opsyen,Jawatankuasa Keutuhan,Jawatankuasa Pegawai Perubatan Latihan Siswazah,Jawatankuasa Latihan/CPD-PTK
STRUKTUR ORGANISASI
Unit Sumber Manusia diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah yang bergred M48. Beliau bertanggungjawab menyelenggara pengurusan personal HSB.