Jabatan Otorinolaringologi (ORL)


VISI
Menjadikan jabatan ini sebagai pusat rawatan dan rujukan yang unggul dalam bidang Otorinolaringologi dan mempunyai kualiti perkhidmatan yang cemerlang serta mempunyai kelengkapan teknologi yang lengkap dan terkini.

MISI
Memberi perkhidmatan yang terbaik serta berkualiti, cekap, berkesan dan menyeluruh kepada semua pelanggan menerusi kelengkapan yang terkini. Ia mampu dicapai melalui personel yang komited, penyayang, beretika, berkemahiran dan profesional.

STRUKTUR ORGANISASI
Jabatan ini merupakan salah satu daripada pusat sub kepakaran yang pesat berkembang di hospital ini sejajar dengan perkembangan teknologi perubatan. Jabatan ini dianggotai oleh beberapa Pakar Perunding Kanan ORL dan Pakar Perunding ORL dari semua kategori sub kepakaran ORL, Pakar ORL dan Pegawai Perubatan ORL. Di samping itu juga terdapat 2 unit utama yang terdiri dari Pegawai Pemulihan Audiologi, Pegawai Pemulihan Pertuturan dan seterusnya di bantu oleh Paramedik serta Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK).

FUNGSI UTAMA
Jabatan ini memberi perkhidmatan kepada pesakit melalui perkhidmatan pesakit luar dan pesakit dalam (wad). Selain itu jabatan ini berfungsi melatih graduan program sarjana perubatan (ORL) dan pelatih-pelatih pembantu pegawai perubatan serta jururawat.


PENGENALAN

Jabatan Otorinolaringologi Hospital Sultanah Bahiyah merupakan sebuah jabatan di hospital ini yang mempunyai pelbagai perkhidmatan sub kepakaran yang memberi tumpuan kepada perkhidmatan perubatan dan pemulihan masalah telinga, hidung dan tekak. Ia telah memulakan operasinya di Hospital Alor Setar sejak 1970an. Jabatan Otorinolaringologi Hospital Sultanah Bahiyah telah maju setapak dalam perawatan kepada pesakit dengan menggunakan sistem eHIS mulai 31 Mei 2008. Ia memudahkan penyimpanan data dan rekod pesakit secara berkomputer.

Kini jabatan ini menyediakan pelbagai perkhidmatan sub-kepakaran
• Kepakaran ORL Kanak-kanak
• Kepakaran Pembedahan Kepala dan Leher
• Kepakaran “Rhinology & Anterior Skullbase Surgery”
• Kepakaran “Neuro Otology & Lateral Skull Base Surgery”
• Kepakaran “Sleep Disorder”.

Terdapat juga kolaborasi antara Pakar ORL, Pegawai Pemuliharan Audiologi dan Pegawai Pemulihan Pertuturan dengan Bahagian Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) untuk aktiviti di Pusat Intervensi Awal (PREAMBLE).

Struktur perkhidmatan jabatan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu perkhidmatan klinik pakar yang memberi tumpuan kepada rawatan pesakit luar dan perkhidmatan pesakit dalam (wad).

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1. Perkhidmatan Pesakit Luar

i ) Klinik Pesakit Luar Pakar dan Konsultasi Pakar
• Klinik ORL Umum
• Klinik Paediatrik ORL
• Klinik Alahan / Alergi
• Klinik Post - Operation (selepas pembedahan)
• Klinik Otologi dan Implan Koklea
• Klinik OSA
• Klinik “Combined Endocrine – OSA dan Combined Skullbase Surgery”
• Klinik “Stroboscopy”

ii ) Pemeriksaan ‘endoscopy’
iii ) Pemeriksaan menggunakan microscope ( EUM )
iv ) Perkhidmatan Pembedahan Minor
v ) Perkhidmatan Ujian Alahan (Skin Prick Test)
vi ) Perkhidmatan Analisa Cara Menelan ( Functional Endoscopic Evaluation of Swallowing – FEES )

vii ) Perkhidmatan Audiologi
• Klinik Audiologi Dewasa dan Kanak Kanak
• Klinik Amplifikasi ( Alat Bantu Dengar )
• Klinik Elektrofisiologi
• Klinik Implan Koklea
• Klinik Pengurusan Tinnitus
• Klinik Saringan Pendengaran Bayi
• Klinik Rehabilitasi Aural
• Program Konservasi Pendengaran

viii) Perkhidmatan Terapi Pertuturan
• Rehabilitasi Pertuturan dan Bahasa bagi kes kanak kanak
• Rehabilitasi Pertuturan bagi kes dewasa
• Rehabilitasi Penelanan
• Rehabilitasi Suara
• Tele Rehabilitasi Pertuturan (Online Therapy)

ix ) Perkhidmatan Analisa Tidur (‘Sleep Study Analysis’) dan CPAP trial
x) Kolaborasi bersama Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK JKM) di Pusat PREAMBLE

2. Perkhidmatan Pesakit Dalam
( 15 katil – bagi pesakit yang memerlukan rawatan lanjut)

i) Rawatan am
ii) Pembedahan sama ada secara kecemasan atau elekif.
iii) Onkologi / Kanser Kepala Leher
iv) Analisa tidur untuk pesakit obstructive sleep apnoea.

3. Lawatan Pakar ORL, Pegawai Pemulihan Audiologi dan Pegawai Pemulihan Pertuturan ke Hospital Daerah ( Hospital Langkawi, Hospital Jitra, Hospital Kuala Nerang )

4. Lawatan Pembedahan Pakar Sub Kepakaran ORL ke hospital lain di negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur dan Sabah Sarawak


5. Kursus & Latihan

Jabatan ini telah berjaya melaksanakan beberapa kursus kepada pegawai perubatan dan paramedik serta terlibat dalam CME (Continue Medical Education) di peringkat jabatan. Jabatan juga mengadakan sesi berkala 1 kali seminggu (Selasa pagi) untuk post- graduate medical student dan seminggu sekali untuk jururawat dan paramedic. Jabatan juga telah berjaya melaksakan kursus dan bengkel kemahiran pembedahan “hands-on surgical skill” di peringkat nasional dan antarabangsa dengan kerjasama daripada Hospital Kuala Lumpur dan Hospital UKM. Jabatan juga mengadakan CME di jabatan, termasuk ‘Journal Club’, ‘Radiology Conference’dan ‘Pathology Conference’ .

6. Kem Kesihatan

Jabatan turut menganjurkan kem kesihatan berkala dan lawatan ke pusat jagaan warga emas dan institusi OKU seperti Taman Sinar Harapan dengan kerjasama badan-badan NGO dalam aktiviti kemasyarakatan seperti Yayasan Sultanah Bahiyah.

HARI / MASA

PAGI 

PETANG

AHAD

• Klinik Ulangan, Kes Baru & Kemasukan Wad
• Pembedahan Major
• Pembedahan Rawatan Harian
• Klinik Alahan
• Kes Kecemasan
• Klinik Audiologi
• Klinik Terapi Pertuturan
• Perkhidmatan Endoskopi dan EUM

• Pembedahan Major
• Kes Kecemasan
• Klinik Audiologi
• Klinik Terapi Pertuturan
• Ujian ‘Skin Prick Test’

ISNIN

• Klinik Ulangan & Kes Baru & Kemasukan Wad
• Klinik Otologi
• Kes Kecemasan
• Klinik Audiologi
• Klinik Terapi Pertuturan
• Perkhidmatan Endoskopi dan EUM

• Kes Kecemasan
• Klinik Audiologi
• Terapi Pertuturan
• Klinik Stroboskopi
• ‘Pathology Conference’ minggu keempat

SELASA

• CME (Continuous Medical Education) / Topic Discussion
• Klinik Ulangan & Kes Baru & Kemasukan Wad
• Pembedahan Minor
• Klinik OSA
• Kes Kecemasan
• Klinik Audiologi
• Klinik Terapi Pertuturan
• Perkhidmatan Endoskopi dan EUM

• Kes Kecemasan
• Radiology Conference (2 kali/bulan)

RABU

• Klinik Ulangan & Kes Baru & Kemasukan Wad
• Pembedahan Major
• Pembedahan Rawatan Harian
• Klinik Post Pembedahan
• Kes Kecemasan
• Klinik Audiologi
• Klinik Terapi Pertuturan
• Perkhidmatan Endoskopi dan EUM

• Pembedahan Major
• Kes Kecemasan
• Klinik Audiologi
• Terapi Pertuturan
• Klinik FEES (Functional Endoscopic Evaluation of Swallowing)

KHAMIS

• Klinik Ulangan & Kes Baru & Kemasukan Wad
• Pembedahan Rawatan Harian
• Kemasukan Wad
• Kes Kecemasan
• Klinik Audiologi
• Klinik Terapi Pertuturan
• Klinik Kanak-kanak ORL
• Perkhidmatan Endoskopi dan EUM

• Kes Kecemasan
• Klinik Audiologi
• Terapi Pertuturan
• Saringan Pendengaran Kanak Kanak di dalam wad