Polisi Dasar


Privasi Anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama agensi awam yang lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya, seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklumbalas dari agensi-agensi lain

 

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

 

Apa Yang Akan Berlaku Jika Saya Membuat Pautan Kepada Laman Web Yang Lain?

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web yang lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.