Oftalmologi
PENGENALAN
Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah Bahiyah adalah merupakan pusat rujukan tertiari untuk perkhidmatan oftalmologi Negeri Kedah. Disamping itu jabatan ini juga merupakan pusat rujukan untuk perkhidmatan subkepakaran glaukoma, vitreo-retina dan okuloplastik bagi Zon Utara (Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara).
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Perkhidmatan Jabatan Oftalmologi dijalankan mengikut 9 aktiviti:
AKTIVITI 1 :
- Klinik Mata :- Perkhidmatan klinik mata dibahagikan kepada 3 aktiviti utama:-
- Perkhidmatan Oftalmologi Am – di bawah aktiviti ini terdapat perkhidmatan kepakaran am, kecemasan, pra bedah, lepas bedah dan diabetik.
- Perkhidmatan Subkepakaran Oftalmologi - terdapat perkhidmatan Glaukoma, Vitreo-Retina dan Okuloplastik di mana masing-masing diketuai oleh Pakar Oftalmologi yang terlatih di bawah subkepakaran berkenaan.
- Perkhidmatan Optometri - Perkhidmatan ini merangkumi perkhidmatan refraksi, pra bedah, lepas bedah, visual field dan pemeriksaan khas optometri.
- National Eyedatabase - Jabatan turut terlibat merekodkan data-data mengenai pembedahan katarak, diabetik retinopati, okuloplastik dan glaukoma pada registri mata kebangsaan.
- NIA / KPI - Terdapat 3 KPI yang digunakan oleh jabatan sebagai pengukur kualiti perkhidmatan.
AKTIVITI 2 :
(Prevention Of Blindness Kedah)
Aktiviti utama perkhidmatan ini adalah pencegahan kebutaan terutama sekali yang disebabkan oleh ”diabetic retinophaty”. Penumpuan diberikan untuk memantapkan program saringan diabetik retinopati melalui fundus photo.
AKTIVITI 3 :
(Dewan Bedah Mata Dan Penyelidikan)
Pembedahan mata dijalankan di Dewan Bedah hospital – hospital berikut :
- Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar (HSBAS)
- Dewan Bedah 3, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar (HSBAS) adalah bagi kes-kes pembedahan bius am dan bius setempat untuk pembedahan mata bagi kes general serta pembedahan subkepakaran dan juga kes - kes kecemasan. Dewan Bedah ini beroperasi setiap hari.
- Dewan Bedah Hari Sabtu - pembedahan dijalankan pada hari Sabtu bagi mengurangkan waktu menunggu pembedahan mata elektif terutama sekali pembedahan katarak.
- Hospital Jitra (HJ)
Pembedahan Jagaan Harian (Day Care) – dijalankan di Bilik Bedah, Hospital Jitra . Kemudahan ini digunakan bagi kes-kes pterygium, katarak dan intravitreal lucentis injection.
- Hospital Sultanah Maliha, Langkawi (HSM)
Pembedahan mata di Bilik Bedah , Hospital Sultanah Maliha Langkawi dilakukan semasa lawatan pakar secara berkala.
AKTIVITI 4 :
(Program Perubatan, Socso, Perkeso, Laporan Perubatan, PEKA dan Pesara)
Aktiviti utama adalah untuk memastikan kes – kes tersebut diuruskan mengikut sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak Hospital Sultanah Bahiyah.
AKTIVTI 5 :
(Bina Ihsan, CME)
Bahagian ini diwujudkan kerana terdapat keperluan untuk memastikan setiap kakitangan mendapat peluang untuk menjalani latihan dalam perkhidmatan yang mencukupi.
AKTIVITI 6 :
(Bas KKKKM – Klinik Katarak KKM / Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB))
Aktiviti ini menggunakan bas sumbangan YSB bagi tujuan saringan mata dan pra bedah untuk pesakit katarak dan diabetik retinopati di Negeri Kedah.
AKTIVITI 7 :
(Lawatan Pakar Perunding / Pakar Oftalmologi ke Hospital Sultanah Maliha Langkawi, Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dan Hospital Kulim)
- Lawatan Pakar Perunding / Pakar Oftalmologi Ke Hospital Sultanah Maliha Langkawi dijalankan sebanyak 15 kali setahun (mengikut jadual semasa).
- Lawatan Pakar Perunding Oftalmologi dengan subkepakaran Ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dan Hospital Kulim dijalankan sebulan sekali (mengikut jadual semasa).
AKTIVITI 8 :
(Pusat Pengurusan Mata Pesakit Diabetes di Blok R, Hospital Alor Setar)
Klinik mata ini diwujudkan dan mula beroperasi pada bulan Jun 2020. Rawatan kepakaran, rawatan laser, klinik low vision dan refraksi (perkhidmatan optometri) diberikan khusus kepada pesakit – pesakit diabetik retinopati disini.
AKTIVITI 9 :
(Kepuasan Pelanggan Dan Pigam Pelanggan)
Aktiviti di bawah bahagian ini adalah bertujuan untuk mengukur sejauh mana keberkesanan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan (pesakit mata).