JABATAN ORTOPEDIK DAN TRAUMATOLOGI

 

PENGENALAN 

Jabatan Ortopedik dan Traumatologi menyediakan Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar , Perkhidmatan Rawatan di Jabatan Kecemasan serta Pesakit Dalam dan perkhidmatan Pembedahan Kecemasan / Elektif . Jabatan Ortopedik dan Traumatologi Hospital Sultanah Bahiyah merupakan jabatan yang telah memberikan perkhidmatan secara menyeluruh dengan berbagai perkhidmatan-perkhidmatan Sub-kepakaran dan sebagai pusat rujukan untuk zon-zon utara.

 

VISI  

Menjadikan Jabatan Ortopedik Dan Traumatologi Hospital Sultanah Bahiyah Antara Pusat Rujukan Dan Perkhidmatan Ortopedik Dan Trauma Terbaik.

 

MISI 

Menyediakan Perkhidmatan Trauma Dan Penjagaan Sub-Kepakaran Yang Komprehensif Dan Berkualiti Kepada Pesakit.

 

OBJEKTIF 

Menyediakan Perkhidmatan Rawatan Dan Pembedahan Ortopedik Secara Selamat Dengan Kadar Infeksi Yang Rendah.

Memastikan Tiada Kes Pembedahan Semula (Revision/Corrective) Bagi Pembedahan Pesakit Yang Menggunakan Implan.

Memberikan Perkhidmatan Ortopedik Yang Berkualiti, Cekap, Efektif Dan Memastikan Kepuasan Yang Menyeluruh Melalui Perkhidmatan Yang Beretika Dan Profesional Bagi Memenuhi Keperluan Dan Ekspektasi Semua Pelanggan.

 

PIAGAM PELANGGAN 

  • Setiap pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan yang mesra , cepat , tepat , adil dan saksama.
  • Masa untuk proses pendaftaran dalam tempoh 30 minit.
  • Pelanggan yang memerlukan pembebatan ( Dressing ) , pemasangan POP( Simen ) dan rawatan sebagainya akan dirawat dalam masa 15 minit hingga 45 minit .
  • Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan perubatan yang dicadangkan.

 

LOKASI 

Perkhidmatan Pesakit Luar dijalankan di Bangunan Klinik Pakar dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari Ahad hingga Khamis dan ditutup pada Jumaat ,Sabtu dan Cuti Kelepasan Am.
Perkhidmatan Pesakit Luar Ortopedik Am dan Klinik Sub Kepakaran untuk pesakit Baru dan Ulangan dengan temujanji pada hari bekerja meliputi Klinik :

Klinik Atroplasty 

  • Perkhidmatan ini melibatkan rawatan pesakit yang memerlukan pembedahan penggantian sendi, terutamanya sendi lutut dan sendi pinggul.
  • Unit ini juga berfungsi sebagai ‘Tertiary referral centre’ untuk rawatan pesakit yang mengalami komplikasi akut dan kronik selepas menjalani pembedahan pertukaran sendi seperti jangkitan, prosthesis relaxation, ‘periprothesis fractures’ dan sebagainya.

Klinik Spine 

  • Perkhidmatan kepakaran yang melibatkan kes tulang belakang / kes tulang belakang seperti tulang belakang serviks (termasuk oksiput), tulang belakang toraks (anterior & posterior), dan tulang belakang lumbosacral.
  • Perkhidmatan yang ditawarkan ialah meliputi jenis Degeneratif & Trauma, Klinik Scoliosis dan Klinik Pemulihan Tulang Belakang.
  • Rawatan pembedahan merangkumi penggantian lumber spine, interbody fusion minimally invasive spine surgery , pembetulan kecacatan, revision surgery , terapi suntikan tulang belakang dan sebagainya..

Klinik Hand Upper Limb & Microsurgery 

  • Klinik ini mengendalikan masalah tangan dan anggota atas termasuk trauma, kongenital, kecacatan, degeneratif, rekonstruktif dan tumor.
  • Rawatan pembedahan yang diberikan adalah melalui teknik pembedahan mikro yang melibatkan kes trauma dan juga rekonstruktif untuk kes yang melibatkan kecederaan saluran darah dan saraf.

Klinik Advance Trauma 

  • Rawatan yang ditawarkan melibatkan kes-kes yang memerlukan konsultasi seperti revise surgery setelah trauma kecederaan yang kompleks pada bahagian pelvis, kecacatan tulang akibat jangkitan yang memerlukan limb lengthening & reconstruction (Ilizarov), trauma intra artikular kompleks dan sebagainya.

Klinik Onkologi 

  • Perkhidmatan yang disediakan merangkumi penyelidikan, diagnosis, rawatan, pembedahan dan pemulihan yang berkaitan dengan masalah tumor jenis jinak atau malignan pada sistem muskuloskeletal (tulang / tisu) pada pesakit dewasa dan juga kanak-kanak.

Klinik Foot And Ankle 

  • Klinik menyediakan rawatan perawatan kaki dan pergelangan kaki ortopedik. seperti patah tulang, sakit tumit, pergelangan kaki, kaki rata, masalah tendon, keadaan berkaitan diabetes dan kerosakan tulang rawan. Perkhidmatan pembedahan seperti penggantian pergelangan kaki pembedahan, penilaian dan rawatan kaki diabetes, krioterapi, terapi frekuensi radio dan terapi gelombang kejut ekstraporporeal.

Klinik Sport / Medicine 

  • Klinik Sport menyediakan perkhidmatan yang ditawarkan termasuk kecederaan pada sendi terutamanya akibat sukan atau rekreasi yang melibatkan anggota bawah seperti lutut, buku lali, sendi pinggul manakala anggota atas seperti bahu dan siku, kecederaan otot dan ligamen (patah/koyak), kecederaan yang melibatkan patah tulang akibat bersukan, kecederaan sendi, otot, ligamen dan tendon akibat kemalangan jalan raya atau kecederaan di tempat kerja
  • Klinik Sport juga memberi rawatan pembedahan sendi, ligamen, tendon dan otot menggunakan teknik arthroscopic atau rekonstruktif.
  • Klinik Sport Medicine memberikan perkhidmatan bukan pembedahan untuk kes kecederaan yang melibatkan sistem muskuloskeletal, kecederaan berlebihan dan keadaan perubatan berkaitan senaman.
  • Klinik Sport Medicine juga menyediakan diagnosis dan rawatan menggunakan ultrasound (intervensi diagnostik & terapi) untuk kecederaan tertentu. Perkhidmatan lain termasuk ubat-ubatan, fisioterapi, alat sokongan seperti bracing/taping, suntikan dan sebagainya.

Klinik Ortopedik Am 

Klinik Ortopedik juga menyediakan perkhidmatan lain seperti :

  • Klinik Penjagaan Luka ( Hospital Alor Setar )
  • Klinik Wound Inspection
  • Klinik ‘ Diabetic Foot Combine Clinic “
  • Klinik Wound Care Perkhidmatan Pemasangan POP dan pelbagai Prosedur Ortopedik.
  • Pengambilan Darah.
  • Jemaah Perkeso. dimana Pakar-Pakar Ortopedik bersama-sama dengan Pengarah Hospital dan Pegawai PERKESO membincang dan mensyorkan tuntutan kehilangan upaya bagi pesakit-pesakit yang terlibat dalam kemalangan dan kecederaan.

Perkhidmatan rawatan Ortopedik dengan rujukan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah Bahiyah ( 24 jam ) meliputi Konsultasi , Prosedur Ortopedik dan Pemasangan POP ( Plaster Of Paris ).

Perkhidmatan Pesakit Dalam Ortopedik menyediakan Katil Ortopedik terdiri daripada Wad Kenanga 3A , 3D , Bunga Raya 6C , 7A/7B dan F1 (Hospital Alor Setar ) dan wad lain dimana pesakit Ortopedik ditempatkan.

Perkhidmatan Pembedahan subkepakaran oleh Pakar Ortopedik ( 24 jam ) meliputi

  • Pembedahan Kecemasan ( 24 jam )
  • Pembedahan Elektif ( dengan jadual )

Perkhidmatan Lawatan Pakar Subkepakaran dan Pembedahan di Hospital Kerajaan Hospital Tuanku Fauziah Perlis di Utara dan Zon Selatan sehingga ke Hospital Taiping Perak .

Jabatan Ortopedik dan Traumatologi juga dibantu oleh Jabatan seperti.

  • Jabatan Pengimejan dan Diagnostik
  • Jabatan Farmasi
  • Jabatan Rehabilitasi (Unit Perubatan Rehabilitasi (UPR) dan Unit Fisioterapi )

Medical Training Centre 

  • Arthroscopy & Sports Trauma
  • Hand Upper Limb & Microsurgery
  • Spine
  • Program Training Center (Postgraduate Course) Master of Surgery (Orthopedics)
  • Program Latihan Pegawai Perubatan Siswazah (Housemenship).
  • Program Latihan Ilkkm ( KKM ) Penolong Pegawai Perubatan / Jururawat Terlatih dan - Program attachment Ortopedik dan Pos Basik Ortopedik .

Waktu Operasi 

Ahad – Rabu

8.00 pagi-1.00 tengahari
2.00 petang-5.00 petang

Khamis

8.00 pagi-1.00 tengahari
2.00 petang-3.30 petang

Waktu Rehat

1.00 tengahari - 2.00 petang

Cuti Jumaat , Sabtu dan Cuti kelepasan Am.

 

HARI / MASA 8.00 PG - 1.00 TGH 2.00 PTG - 5.00 PTG
AHAD • KLINIK ORTOPEDIK AM
• KLINIK SPORT MEDICINE
• KLINIK BRACHIAL PLEXUS – M3
• KLINIK CONGENITAL HAND –M1
ISNIN • KLINIK ORTOPEDIK AM
• KLINIK FIRST VISITI
• KLINIK FOOT ANKLE - VISITING
• KLINIK SCOLIOSIS SPINE - M4
• KLINIK SPORT MEDICINE
•KLINIK PEMERIKSAAN LUKA
•KLINIK ONCOLOGY - M1
• KLINIK ARTHROPLASTY–M1/M3/M5
• KLINIK SPINE – M2/M4
SELASA • KLINIK ORTOPEDIK AM
• KLINIK SPORT MEDICINE
• KLINIK HAND
• KLINIK PEMERIKSAAN LUKA
 
RABU • KLINIK ORTOPEDIK AM • KLINIK ADVANCE TRAUMA
KHAMIS • KLINIK ORTOPEDIK AM
• KLINIK SPORT MEDICINE
• KLINIK FIRST VISIT
• KLINIK PEMERIKSAAN LUKA
 

KETUA JABATAN

Dr Thiyagar  Nadarajaw

Ketua Jabatan Pediatrik (Gred Khas C)
MMed (Paediatrics)(USM). Fellowship in Adolescent Medicine(RCH-Australia)


JABATAN PEDIATRIK

 

VISI

Memastikan perkhidmatan berkualiti kepada bayi, kanak-kanak dan remaja dari daerah Kota Setar serta latihan berterusan kepada staf professional demi meningkatkan mutu perkhidmatan yang terkini dan canggih

MISI

Meningkatkan  piawaian dan kualiti penjagaan dan perawatan yang optima kepada pelanggan menerusi pembangunan perubatan mengikut perkembangan teknologi semasa.

WAWASAN

Memberi perkhidmatan terbaik untuk pelanggan,merangkumi perkhidmatan pendiagnosaan perawatan rapi,pemulihan dan promosi kesihatan yang berkualiti.

 

OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan yang berkualiti, berkesan dan menyeluruh kepada bayi , kanak-kanak dan remaja di seluruh negeri kedah.
  • Menyediakan perkhidmatan rawatan rapi yang berkesan untuk bayi dan kanak-kanak.
  • Mempraktikan status Hospital Rakan Bayi dan menggalakkan pelaksanaan Hospital Rakan Kanak-Kanak.
  • Berusaha untuk mengurangkan mortalitI bayi dan kanak-kanak dibawah  umur 5 tahun.
  • Memberi perkhidmatan sebagai pusat rujukan untuk perkhidmatan rawatan rapi pediatrik di seluruh negeri kedah.
  • Menjalankan aktiviti latihan kemahiran perawatan pesakit secara berterusan kepada staf paramedik, pegawai Perubatan siswazah, pegawai perubatan dan pakar klinikal.

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Setiap pelanggan akan diberi rawatan perubatan yang berkualiti.

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra dan cekap.

  • Anda dihormati, diberi privasi dan maklumat peribadi anda akan disimpan dengan selamat dan sulit sepanjang masa.

  • Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan.

  • Berjanji akan memberi pendidikan dan kaunseling kesihatan kepada semua pelanggan yang memerlukannya. 

  • Setiap pesakit akan dibekalkan dengan perkara-perkara yang berkaitan seperti berikut sebelum dibenarkan pulang : (bagi rawatan ulangan).
    • maklumat temujanji (rawatan ulangan)
    • surat rujukan (jika perlu)
    • ubat-ubatan (jika perlu)
    • nasihat perubatan



FUNGSI JABATAN 

Pesakit Dalam

  1. Rawatan kepakaran untuk kanaka-kanak berumur 1 bulan ke 12 tahun
  2. Rawatan kepakar Neonatal Intensive Care
  3. Rawatan kepakaran Paediatric Intensive Care service
  4. Rawatan kepakaran perubatan remaja
  5. Perkhidmatan stand-by di bilik bersalin dan Dewan pembedahan kelahiran berisiko tinggi
  6. Perkhidmaatn Post Natal Baby Check di Jabatan O&G
  7. Perkhidmatan asas brain ultrasonography & echocardiography untuk bayi di Special Care Nursery(SCN)/Neonatal Intensive Care Unit(NICU)
  8. Perkhidmatan untuk pesakit dari subkepakaran paediatric surgical, paediatric dental, Paediatric ORL & neurosurgical subspecialty when necessary

Pesakit Luar

  1. Perawatan kepakaran pesakit susulan di klinik pakar pediatrik
  2. Menerima rujukan kes baru dari jabatan lain, klinik kesihatan, hospital tanpa pakar dan fasiliti kesihatan swasta
  3. Perkhidmatan High risk neonate clinic kepada bayi
  4. Perkhidmatan Klinik Transition
  5. Perkhidmatan Combine paediatric-rehabilitation clinic
  6. Perkhidmatan Non Invasive Ventilation Clinic
  7. Perkhidmatan pakar melawat dari subkepakaran Cardiology, Neurology, Respiratory, Endocrinology, Nephrology, Infectious Disease & Haemotology

Rawatan Harian

  1. Rawatan harian transfusi darah kepada pesakit Thalasemia
  2. Rawatan harian pemberian ubat kemotherapi, Immunoglobulin
  3. Venepuntur untuk pesakit rawatan susulan
  4. Perkhidmatan Sedation for diagnostic radio imaging

Lawatan ke Hospital tanpa pakar secara berkala

  1. Lawatan pakar ke hospital Yan, Kuala Nerang dan Jitra

Latihan

  1. Menjalankan latihan "Neonatal resuscitation programme", Acute Paediatric Emergency untuk paramedik, pegawai Perubatan siswazah, pegawai Perubatan dan pakar klinikal
  2. Latihan Postgraduate Master/MRCPCH  kepada pegawai perubatan.
  3. Latihan kepada jururawat postbasik swasta dan kerajaan
  4. Latihan kepada pelajar perubatan Institut pengajian tinggi swasta

 

Jadual perkhidmatan klinik pakar pediatrik

Hari Klinik Masa

AHAD

Rawatan harian Thalasemia 8.00 pagi- 12.30 Tgh
ISNIN Pediatrik Am Non- invasive 8.00 pagi- 12.30 Tgh
SELASA Pediatrik Am Perubatan Remaja 8.00 pagi- 12.30 Tgh
RABU Pediatrik Am High Risk Neonate 8.00 pagi- 12.30 Tgh

KHAMIS

Thalasemia Transition 8.00 pagi- 12.30 Tgh
Combine Rehabilitation (sebulan sekali) 8.00 pagi- 12.30 Tgh

Klinik Lawatan Subkepakaran

KLINIK DARI KEKERAPAN
KARDIOLOGI Hospital Pulau Pinang Sebulan sekali
RESPIRATORI 4 bulan sekali
NEFROLOGI 3 bulan sekali
NEUROLOGI 4 bulan sekali
ENDOKRINOLOGI 3 bulan sekali
PENYAKIT BERJANGKIT 2 bulan sekali
HEMATOLOGI 3 bulan sekali

Pembedahan

 

VISI 

Menjadikan sebuah institusi kecemerlangan dalam perkhidmatan surgical, pusat rujukan, latihan “Master” dan penyelidikan dalam bidang surgical yang di iktiraf Negara dan antarabangsa.  

MISI 

Memberi perkhidmatan surgical yang cekap, adil dan saksama yang boleh diperolehi oleh semua ahli masyarakat melalui penggunaan teknologi dan kaedah yang sesuai dan terkini serta memenuhi kehendak pelanggan dengan penekanan kepada kualiti, inovasi promosi kesihatan, menghormati kemuliaan insane serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan kualiti hidup selaras dengan wawasan Kementerian Kesihatan.

OBJEKTIF

Jabatan ini bermatlamat untuk memenuhi keperluan dan menyediakan rawatan menyeluruh kepada penduduk seluruh Negeri Kedah melalui pendekatan berikut:-

1.     Memberi perkhidmatan rawatan kecemasan dengan cepat, cekap, mesra, berkesan dan selamat.

2.     Memberi perkhidmatan kepakaran yang terbaik dan terkini kepada semua pelanggan.

3.     Penekanan khusus kepada kecekapan, keselamatan dan mengurangkan komplikasi semua pembedahan.

4.     Penekanan kepada pengekalan kadar jangkitan selepas pembedahan yang minima.

5.     Memberi keutamaan kepada kepuasan pelanggan.

6.     Mengekalkan kualiti perkhidmatan pada tahap yang terbaik dengan sistem pemantauan melalui kaedah “Quality Assurance Programme”, inovasi dan penyelidikan

7.    Memastikan pembelajaran berterusan di semua peringkat anggota dikekalkan setiap masa.

 

 

PIAGAM PELANGGAN

 

1.     Setiap pesakit akan diberi rawatan perubatan sewajarnya yang berkualiti di Hospital ini.

2.     Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di Hospital ini akan dirujuk ke Hospital lain yang sesuai.

3.     Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.

4.     Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai pesakit dan rawatannya akan dirahsiakan kepada            pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang

5.  Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.

 

FUNGSI DAN PERKHIDMATAN

  1. Pembedahan  - Elektif dan Kecemasan, termasuk:
  2. Pembedahan Am
  3. Pembedahan Kolorektal
  4. Pembedahan A+V Shunts (AVF)
  5. Pembedahan Laparoscopic / Minimally Invasive
  6. Pembedahan Neuro + Pembedahan Vaskular
  7. Rawatan Rapi Kes Kebakaran
  8. Upper & Lower GIT Endoscopy + ERCP (both diagnostic and therapeutic)
  9. Bronchoscopy
  10. Caycase Surgery – Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Jitra )Pembedahan Am, Kanak-kanak dan Pembedahan Plastik)
  11. Hospital Networking -  di Hospital Jitra, Hospital Sik, Hospital Kangar dan Hospital Langkawi
  12. Rawatan Pesakit di wad
  13. Rawatan Pesakit di Klinik Pembedahan – Dressing, Day-Care Kemoterapi, Banding, Suntikan, Biopsi dll.
  14. Klinik Pesakit Luar Pembedahan Am seminggu tiga kali
  15. Klinik Payudara seminggu sekali
  16. Lawatan dua kali sebulan  ke Hospital Kangar oleh Pakar Urologi serta Pakar Bedah Kanak-kanak mengadakan klinik dan Pembedahan Elektif dari tahun 2005 sebulan sekali
  17. Lawatan sebulan sekali ke Hopital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya oleh Pakar Pembedahan Kanak-kanak untuk menjalankan Klinik Pesakit Luar dan Pembedahan.

Jabatan Perubatan

 

PENGENALAN

Jabatan Perubatan merupakan salah satu disiplin kepakaran yang terdapat di Hospital Sultanah Bahiyah. Jabatan ini memberi tumpuan kepada perkhidmatan perubatan pesakit dalam dan pesakit luar. 

Jabatan Perubatan Hospital Sultanah Bahiyah menyediakan dua cabang perkhidmatan iaitu perkhidmatan pesakit luar dan pesakit dalam. Perkhidmatan pesakit luar merangkumi:-
- Klinik- klinik pakar
- Unit Endoskopi
- Unit Haemodialisis dan CAPD
- Pusat Jagaan Harian (Daycare)
- IDC (Integrated Diabetic Resource Centre)
- Fundus camera
- EEG (Electroencephalogram) dan NCS (Nerve Conduction Study)
- Echocardiogram
- Liver Shear Wave Elastrography
- Suntikan botox

Manakala perkhidmatan pesakit dalam merangkumi penjagaan pesakit di wad- wad perubatan dan ICU. 

VISI 

Menjadikan Jabatan Perubatan Dalaman sebagai pusat rujukan dan kecemerlangan dalam perkhidmatan rawatan perubatan dalaman dan penjagaan pesakit

 

MISI 

Memberi perkhidmatan perubatan yang berkualiti kepada pesakit berlandaskan ciri- ciri budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu , Profesionalisme, Perkhidmatan Penyayang dan Kerja Berpasukan. 

 

PIAGAM PELANGGAN

- Setiap pelanggan akan diberi rawatan perubatan yang berkualiti pada setiap masa
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra, sopan dan bertimbang rasa.
- Setiap pelanggan diberi jaminan kerhormatannya. Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya boleh diberikan kepada pihak tertentu dengan keizinnya.
- Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan perubatan yang dicadangkan.
- Berjanji akan memberi pendidikan kaunseling kepada semua pelanggan yang memerlukan

 

OBJEKTIF

Jabatan Perubatan bertekad untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam perkhidmatan klinikal serta menyediakan platfom untuk melatih pakar-pakar perubatan.

 

FUNGSI

Sub kepakaran yang terdapat di Jabatan Perubatan :

I. Perubatan dalaman
II. Nefrologi
III. Gastroenterologi
IV. Penyakit berjangkit
V. Endokrinologi
VI. Hematologi
VII. Neurologi
VIII. Geriatrik
IX. Paliatif
X. Rheumatologi

 

WAWASAN

Meningkatkan taraf kesihatan rakyat melalui perkhidmatan perubatan yang berkualiti, selamat dan adil pada setiap masa

 

PERKHIDMATAN UTAMA YANG DISEDIAKAN

Menjadi pusat rujukan kepakaran dan kes ulangan dari luar jabatan serta  kes dari unit - unit kepakaran lain, klinik kesihatan, hospital-hospital daerah, klinik swasta di dalam dan di luar negeri Kedah.

 

Memberi perkhidmatan rawatan kepakaran dalaman serta prosidur perubatan bagi memastikan pesakit berada didalam stabil bagi mengurangkan komplikasi dan mortiliti.

 

Memberi perkhidmatan pendidikan kesihatan kepada pesakit dan orang awam khususnya untuk program diabetes dan penyakit berjangkit / retroviral

 

Sebagai tempat menjalani latihan praktikal / elektif untuk pelajar perubatan dan program sarjana / Lepasan Ijazah : -

- Program Sarjana Perubatan.

- Program Sarjana Penyakit Dalaman.

- Program Sarjana Perubatan Keluarga.

- Program Latihan Berterusan.

- Program Pembelajaran Untuk Pegawai Perubatan Siswazah.

- Program Pembelajaran Penempatan Elektif Pelajar Perubatan

- Program Kursus Dalam Jadual Anjuran Jabatan

 

Caj Rawatan Hospital Bagi Warga Asing