Unit Pendidikan Kesihatan


PENGENALAN

Unit Pendidikan Kesihatan (UPK) menyediakan perkhidmatan pendidikan dan promosi kesihatan bagi menggalakkan tingkahlaku sihat dalam kalangan pesakit, orang awam dan kakitangan hospital. Unit ini ditubuhkan pada 1 November 1999 di Hospital Alor Setar dan pada 27 Julai 2007, Unit ini telah berpindah ke Hospital Sultanah Bahiyah. Pejabat utama Unit ini berada di Aras 2, Blok Sokongan Perubatan Hospital dengan penempatan seorang Pegawai Pendidikan Kesihatan S44 yang bertanggungjawab selaku Ketua Unit dan dibantu oleh seorang Pegawai Pendidikan Kesihatan S41. Selain itu, terdapat seorang pereka Grafik B22 dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U14 yang membantu melancarkan perjalanan aktiviti Pendidikan Kesihatan.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Perkhidmatan ini dijalankan melalui aktiviti-aktiviti seperti berikut :

  • Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok
  • Program Pendidikan Pesakit
  • Kempen Cara Hidup Sihat
  • Sambutan Hari-hari Khas Kesihatan
  • Program Pengurusan Berat Badan
  • Pameran Kesihatan
  • Peminjaman kelengkapan pameran
  • Menerbit dan mengedarkan bahan-bahan pendidikan
  • Menguruskan tayangan Medik TV
  • Rakaman gambar, video dan multimedia
  • Latihan/bengkel

UKKP KETUA UNIT



PENGENALAN

Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan di Hospital Sultanah Bahiyah berfungsi memberi perkhidmatan  ke atas isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada pelbagai kategori anggota kesihatan Hospital. Kewujudan unit ini membantu majikan dalam melaksanakan pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Dengan bantuan Pakar Perubatan Kesihatan Pekerjaan dari Jabatan Kesihatan Negeri, unit ini  memberi penekanan dan skop yang meluas dalam bidang kesihatan pekerjaan.

Sepanjang tahun 2008, sejumlah 1796 anggota dalam kumpulan berisiko ( barisan hadapan)  suntikan vaksin influenza  dan seramai 549 anggota hospital yang berumur 40 tahun keatas telah menjalani saringan kesihatan

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Perkhidmatan yang disediakan dijalankan melalui 3 aktiviti utama iaitu :

  1. Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
  2. Kesihatan Awam
  3. Klinik Sejahtera

Kawalan Infeksi


PENGENALAN

Unit Kawalan Infeksi ini diketuai oleh Pakar Patologi (Mikrobiologi) , 2 orang Pegawai Perubatan, 2 orang Ketua Jururawat dan 7 orang Jururawat Terlatih (1 kosong) .

8 orang dari 9 orang jururawat di Unit Kawalan Infeksi telah mengikuti pos basik kawalan infeksi. Unit ini berperanan dalam memastikan perancangan program kawalan infeksi yang berkesan, menyelaras perlaksanaannya dan menilai keberkesanan langkah-langkah yang diambil di Hospital Sultanah Bahiyah.

Unit ini juga menjadi rujukan dalam kawalan infeksi kepada hospital-hospital lain di seluruh Negeri Kedah dan membantu dalam perancangan aktiviti kawalan infeksi peringkat Negeri Kedah.

VISI 

Perkhidmatan berkualiti, selamat dan bebas dari HCAI.

                                                                                                                                                                                                                                                                 

MISI

Mencegah dan mengawal HCAI dengan melaksanakan program kawalan infeksi melalui kerja berpasukan

bagi mewujudkan persekitaran yang selamat kepada pelanggan dalaman dan luaran.

 

OBJEKTIF

  • Mencegah dan mengawal jangkitan melalui pemantauan dan audit.
  • Memastikan setiap anggota hospital mengamalkan prosedur perawatan mengikut prosedur kawalan infeksi.
  • Meningkatkan kesedaran melalui pendidikan kesihatan dan latihan secara berterusan

OBJEKTIF KUALITI

  • Kadar HCAI < dari 5%
  • Kadar MRSA < 0.3%
  • Latihan anggota baru 100%

AKTIVITI UTAMA YANG DISEDIAKAN

  1. a)Pemantauan “Health care associated infection” (HCAI) dan alert organism
  2. b)Pemantauan alert organism (MRSA, ESBL & MRO Acinetobacter sp.)
  3. c)Pemantauan sharps injury
  4. d)Melakukan audit Hand hygiene
  5. e)Memantau penggunaan dan pola kerintanan anhtibiotik
  6. f)Melakukan pemantauan di wad dan unit 
  7. g)Memberi pendidikan kesihatan/latihan berterusan
  8. h)Melakukan antibiotik round di ICU dan HDW oleh Pakar Patologi (Mikrobiologi), Pakar Anaestesiologi,

Pakar Perubatan dan Pegawai Farmasi dan Jururawat Kawalan Infeksi.

  1. i)Menyediakan polisi dan garis panduan yang berkaitan dengan kawalan infeksi

 

JABATAN PERUBATAN REHABILITASI 

Pengenalan

Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital Sultanah Bahiyah telah memulakan operasi bermula pada 2 Januari 2013. Jabatan ini terdiri dari 3 unit iaitu : Unit Perubatan Rehabilitasi, Unit Fisioterapi, dan Unit Cara Kerja (Occupational Therapy) .

 

MISI 

Memberikan perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi yang komprehensif dan holistik dalam mengoptimumkan kefungsian pesakit setelah mengalami ketidak upaya dan meningkatkan tahap kualiti kehidupan pesakit.

 

VISI

Mewujudkan jabatan yang cemerlang dalam memberikan perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi kepada pasakit dan masyarakat .

 

LOKASI

 Jabatan Perubatan Rehabilitasi beroperasi di tingkat bawah, bahagian kanan bangunan utama , Hospital Sultanah Bahiyah . Jabatan ini mempunyai 2 pintu utama , iaitu di Lobi Jabtan Perubatan Rehabilitasi dan pintu masuk yang bersambung dengan bangunan utama hospital. Pihak hospital menyediakan 6 tempat letak kenderaan untuk pemandu OKU di sebelah tempat letak kereta Jabatan Perubatan Rehabilitasi .

 

 PERKHIDMATAN KLINIKAL

Perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi merangkumi perkhidmatan membuat diagnosis penyakit , penilaian fizikal dan kefungsian pesakit, serta rawatan dan intervensi perubatan rehabilitasi bagi semua peringkat umur. Perkhidmatan yang diberikan adalah berorientasikan “Interdiciplinary Rehabilitation Services” selaras dengan Tahap 4 perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi. Setiap pesakit dirawat bagi mengoptimumkan tahap kefungsian pesakit dari segi fizikal, psikologi, sosial, pekerjaan, kemandirian bagi pesakit yang mengalami ketidakupayaan sejak lahir , trauma , atau sebarang penyakit yang dialami.

 Anggota Perkhidmatan Rehabilitasi terdiri daripada :

i. Pakar Perubatan Rehabilitasi
ii. Pegawai Perubatan Rehabilitasi
iii. Pegawai Pemulihan Fisioterapi
iv. Jurupulih Fisioterapi
v. Pegawai Pemulihan Carakerja
vi. Jurupulih Cara Kerja
vii. Jururawat Terlatih
viii. Pembantu Pegawai Perubatan
ix.  Pembantu Perawatan Kesihatan

Skop Perkhidmatan Utama Perubatan Rehabilitasi

Skop Perkhidmatan Rehabilitasi utama yang disediakan adalah :

i.   Rehabilitasi Amputasi
ii.  Rehabilitasi Kecederaan Saraf Tunjang (Spinal Cord Injury),
iii.  Rehabilitasi Neurologi dan Stroke
iv. Rehabilitasi Kecederaan Otak (Traumatic Brain Injury)
v.  Rehabilitasi Pediatrik
vi.  Rehabilitasi Kardiak
vii. Rehabilitasi Geriatrik.
viii. Rehabilitasi Pulmonari
ix.  Rehabilitasi Muskuloskeletal
x.  Rehabilitasi Vokasional
xi.  Rehabilitasi Komuniti
xii.  Rehabilitasi Kesihatan Wanita

Perkhidmatan Pesakit Luar
i.    Klinik Pakar Perubatan Rehabilitasi
ii.    Perkhidmatan Pesakit Luar - Terapi Fisioterapi
iii.    Perkhidmatan Pesakit Luar - Terapi Cara Kerja

Perkhidmatan Pesakit Dalam
a) Wad Perubatan Rehabilitasi
i.    Wad P – Hospital Alor Setar
ii.    Wad Rehabilitasi Geriatrik – Hospital Kuala Nerang
b)    Rujukan pesakit dalam di semua wad di Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Alor Setar, dan Hospital Kuala Nerang.

 

PERKHIDMATAN UNIT-UNIT DI JABATAN PERUBATAN REHABILITASI

Unit Perubatan Rehabilitasi (UPR)

i. Klinik Pakar Perubatan Rehabilitasi memberikan perkhidmatan rawatan Klinik Pakar :

    a. Rehabilitasi Amputasi – Klinik Prosthesis dan Orthosis
    b. Rehabilitasi Kecederaan Saraf Tunjang (Spinal Cord Injury),
    c. Rehabilitasi Neurologi dan Stroke
    d. Rehabilitasi Kecederaan Otak (Traumatic Brain Injury)
    e. Rehabilitasi Kardiak
    f. Rehabilitasi Vokasional – Return To Work Clinic
    g. Wheelchair and Seating System Clinic
    h. Rehabilitation Procedures Clinic
      • Neurogenic Bladder Clinic
      • Spasticity Clinic
      • Musculoskeletal Clinic

ii. Klinik Lawatan Pakar Perubatan Rehabilitasi

a) Klinik Lawatan Pakar ke Hospital Sultan Abdul Halim – Sungai Petani
b) Klinik Lawatan Pakar Ke Hospital Jitra
c) Klinik Lawatan Pakar Ke Hospital Sultanah Maliha – Langkawi

iii. Perkhidmatan Perubatan Rehabiliatsi di Komuniti

a) Lawatan Pakar Perubatan Rehabilitasi ke Taman Sinar Harapan , Jitra
b) Perkhidmatan Stroke Step Down Care :
• Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar
• Klinik Kesihatan Pendang
• Klinik Kesihatan Tunjang
• Hospital Jitra

iv. Combine Rehabilitation Clinic
a) Neuro – Rehabilitation Combine Clinic
b) Paediatric Rehabilitation Combine Clinic
c) Diabetic Resource Centre Combine Clinic
d) Geriatrik Rehabilitation Combine Clinic

Unit Fisioterapi

Perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Fisioterapi untuk rawatan pesakit luar dan pesakit dalam adalah seperti berikut :

i. Mechanical Therapy
ii. Musculoskeletal Rehabilitation
iii. Electrotherapy
iv. Manual theraphy
v. Chronic Pain Management
vi. Phototherapy
vii. Women/Men Health (Incontinence Management)
viii. Lymphoedema Management
ix. Cardiorespiratory rehabilitation
x. Intensive and critical care physiotherapy
xi. Hydrotherapy
xii. Neurology/Stroke rehabilitation
xiii. Vestibular rehabilitation
xiv. Obesity Management
xv. Multidisciplinary team involvement: Sports injury clinic, Ante and Post natal clinic, stroke round, Geriatric rehab clinic.
xvi. Promotive and Preventive Health Care: Diabetic, Asthma, Hypertension, Back care
xvii. Advice on protective, assistive and corrective devices
xviii. Patient education Provision of services and facilities as training ground for physiotherapy trainees, other medical personnel, teachers for children with special needs. xix. Assisting Ministry of Health in matters relating to physiotherapy

Unit Cara Kerja ( Occupational Therapy Unit)

Perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Cara Kerja untuk rawatan pesakit luar dan pesakit dalam adalah seperti berikut :

i. Musculoskeletal Rehabilitation (Physical Rehabilitation)
ii. Psychiatric Rehabilitation (for adults and paediatrics)
iii. Neonatal Rehabilitation
iv. Orthopaedic Rehabilitation
v. Hand and Upper Limb Rehabilitation
vi. Medical Rehabilitation
vii. Geriatric Rehabilitation
viii. Burn Rehabilitation
ix. Driving Rehabilitation
x. Work Rehabilitation

 

WAKTU OPERASI JABATAN

Ahad – Rabu                  8.00 pagi-1.00 tengahari
     2.00  petang-5.00 petang
Khamis     8.00 pagi-1.00  tengahari
     2.00 petang-3.30 petang
Waktu Rehat        
1.00 tengahari - 2.00 petang

 

      

Rawatan pesakit dalam di Wad Perubatan Rehabilitasi - Wad P, Hospital Alor Setar dan Wad Rehabilitasi Geriatrik , Hospital Kuala Nerang beroperasi 24 jam - 7 hari seminggu 

Jurupulih Fisioterapi menjalankan rawatan pesakit dalam untuk wad- wad kritikal iaitu di Intensive Care Unit (ICU), High Dependency Unit, Coronary Care Unit, untuk keperluan rehabilitasi pulmonary pada hujung minggu dan hari kelepasam am dari jam 8 pagi sehingga 12 tengahari

Kardiologi


PENGENALAN 

Jabatan Kardiologi Hospital Sultanah Bahiyah telah beroperasi secara rasmi bermula pada bulan Januari 2008. Sebelum penubuhannya, semua perkhidmatan bagi rawatan penyakit jantung adalah dibawah kelolaan Jabatan Perubatan. Menerusi penubuhan Jabatan Kardiologi di hospital ini, perkhidmatan rawatan jantung dapat diberikan dengan lebih efisyen dan berkesan. Ini dibantu dengan wujudnya kemudahan-kemudahan peralatan dan teknologi yang canggih bagi membantu merawat pesakit-pesakit jantung di seluruh negeri Kedah dan negeri Perlis.


Visi Jabatan

Jabatan Kardiologi Hospital Sultanah Bahiyah menjadi sebagai Pusat Kecemerlangan Rawatan Jantung Wilayah Utara Semenanjung yang memberi perkhidmatan berkualiti tinggi dan mewujudkan masyarakat yang  berilmu pengetahuan tentang penyakit berkaitan jantung.

 

Misi Jabatan

Menjadi sebuah Pusat Kecemerlangan Rawatan Jantung, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam aspek perawatan, penyelidikan, latihan dan promosi kesihatan jantung  kepada masyarakat  sealiran dengan moto KKM ,  memberikan perkhidmatan yang profesional, berkualiti, bersifat penyayang , efisyen dan  berteknologi terkini.

 

Objektif Jabatan

Memberi perkhidmatan berkualiti kepada semua pesakit jantung dalam aspek berikut:

1. Menentukan diagnosa penyakit jantung di peringkat awal.
2. Memberi rawatan yang sewajarnya kepada semua pesakit.
3. Mengurangkan komplikasi penyakit jantung.
4. Memberi pendidikan kesihatan dan pemulihan jantung kepada pesakit.

 

Piagam Pelanggan

1. 90% pesakit akan diperiksa oleh doktor dalam masa 90 minit.                    
2. Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.
3. Semua kes baru akan diperiksa oleh pakar atau pegawai perubatan. Bagi kes yang melibatkan ibu mengandung, ia perlu mendapat konsultasi atau rujukan kepada pakar.
4. Setiap pesakit akan dihormati dan dilayan dengan baik, jujur dan ikhlas dalam suasana yang penuh kemesraan dan muhibbah.
5. Setiap pesakit akan diberi jaminan bahawa kehormatan akan terpelihara semasa menerima rawatan.
6. Segala maklumat mengenai pesakit dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan tertakluk kepada undang-undang.

 

Kewajipan Pelanggan

1. Menepati temujanji yang telah ditetapkan.
2. Memberitahu maklumat dan masalah anda dengan tepat, benar, jujur dan lengkap.
3. Mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan.

 

AKTIVITI UTAMA YANG DISEDIAKAN

Aktiviti utama yang disediakan oleh Jabatan Kardiologi termasuk :

  • Rawatan pesakit dalam
  • Rawatan pesakit luar
  • Diagnostik prosedur dalam makmal non invasif kardiologi (NICL)
  • Diagnostik prosedur dalam makmal invasif kardiologi (ICL)
  • Therapeutik prosedur dalam makmal invasif kardiologi (ICL)
  • Program rehabilitasi jantung

Skop Perkhidmatan Yang Di jalankan Di Makmal Non Invasif Kardiologi. (NICL)

  • Electrocardiography (ECG)
  • Exercise Stress Test (EST)
  • Holter Monitoring 24 jam
  • Transtorasic Echocardiography
  • Transoesophageal Echocardiography
  • Pharmachological Echocardiography
  • Pemeriksaan Alat Perentak Jantung
  • Pemeriksaan Darah

Skop Perkhidmatan Yang Di jalankan Di Makmal Invasif Kardiologi. (ICL)
a. Prosedur diagnostik dalam Makmal Invasif kardiologi (ICL)

  • Coronary Angiogram
  • Electrophysiology Study
  • Right Heart Study
  • Peripheral Angiogram
  • Renal Angiogram
  • Carotid Angiogram
  • Graft Study
  • Cardiac biopsy
  • Cardiac Rythm Loop Recorder Implant

b. Prosedur teraputik dalam Makmal Invasif Kardiologi (ICL)

  • Coronary Angioplasty
  • Radiofrequency Abblation 2D & 3D
  • Atrial & Ventrical Septal Defect Closure
  • Patent Ductus Arteriosus (PDA) Closure
  • Permanent Pacemaker Insertion
  • Cardiac Resynchronization Therapy Defibrillator (CRTD) Insertion
  • Cardiac Resynchronization Therapy Pacing (CRTP) insertion
  • Automated Implantable Cardioverter Defibrillator (AICD)
  • Leadless Pacemaker Insertion
  • Left Atrial Appendage Occluder
  • Cryo Ablation
    Septal Ablation