Panduan Kepada Waris Menjaga Pesakit Di Wad



1. Seorang sahaja waris dibenarkan menjaga pesakit tenat.

2. Ditegah tidur di kawasan laluan wad.

3. Perlu memberi sekurang-kurangnya dua nombor telefon untuk dihubungi apabila perlu.

4. Ibu atau waris perempuan sahaja dibenarkan menjaga anak semasa mendapat rawatan di wad perempuan/kanak-kanak.

5. Tidak dibenarkan membawa barang berlebihan.

6. Perlu mematuhi arahan pengawal keselamatan.

 

 

Panduan Pelawat dan Masa Melawat Hospital Sultanah Bahiyah



Pelawat/waris perlu mematuhi jadual waktu melawat yang ditetapkan.

Pelawat tidak dibenarkan makan/minum dalam wad.

Ditegah membuat bising dalam kawasan wad..

Perlu menjaga kebersihan dan harta benda awam..

Perlu mematuhi arahan pengawal keselamatan.

Melahirkan perasaan simpati, bermanis muka dan muhibbah semasa melawat pesakit.

Nasihatkan pesakit supaya banyak bersabar.

Sunat berdoa supaya pesakit cepat sembuh.

Memahami situasi dan jangan tunggu terlalu lama semasa membuat kunjungan.

Letakkan kenderaan di tempat yang dibenarkan sahaja. Ditegah meletakkan kenderaan yang boleh menghalang laluan kecemasan.

Pastikan kenderaan anda dikunci bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.


AMARAN


Pelawat/waris tidak dibenarkan menghisap rokok di kawasan hospital.

Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk ke wad.

Pelawat/waris dilarang menggunakan lif kakitangan (lif belakang).


WAKTU MELAWAT


12:30 tengah hari - 2:00 petang

4:30 petang - 7:00 petang

 

 

Panduan Pesakit Dalam Semasa Berada Dalam Wad



1. Pemakaian pakaian pesakit hospital adalah dimestikan semasa berada dalam wad.

2. Keselamatan barang-barang berharga seperti barang kemas, jam tangan, wang dan telefon bimbit adalah tanggungjawab pesakit.

3. Pesakit tidak dibenarkan meninggalkan wad tanpa kebenaran doktor yang bertugas.

4. Pesakit perlu membawa keperluan asas seperti berus gigi dan ubat gigi, sabun, tuala, losyen dan bedak.

5. Pengidap penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, sakit jantung dan sakit buah pinggang perlu membawa ubat-ubatan semasa.

6. Pas menunggu hanya diberi kepada pesakit yang tenat sahaja.

7. Waris yang diberi izin menunggu pesakit perlu mematuhi peraturan dalam wad.

 

 

Panduan Pesakit Luar Menerima Rawatan Di Klinik Pakar



Pesakit yang dirujuk untuk mendapatkan rawatan di klinik pakar perlu membawa surat rujukan daripada hospital, klinik kesihatan atau pengamal perubatan swasta. Semasa pendaftaran, kad pengenalan/mykad/mykid diperlukan.

Rawatan susulan di klinik pakar mestilah mematuhi temujanji (tarikh dan masa yang telah ditetapkan).

Pesakit ulangan dikehendaki membawa kad/buku temujanji.

Penjawat awam/pesara perlu membawa dokumen pengenalan, contoh Surat Jaminan (GL)/kad pesara.

Tempoh sah laku GL hanya 3 bulan. Selepas 3 bulan, GL baru perlu dikemukakan.