PENGENALAN
Unit Terapi Cara Kerja Hospital Sik ditubuhkan pada tahun 2012 oleh En Zaiful Zariman Bin Zainol seorang Jurupulih Perubatan Carakerja yang bertukar masuk pada tahun tersebut . Pada permulaanya ,Unit ini ditempatkan bersama-sama dengan Unit Fisioterapi sebelum berpisah pada Mei 2023 dan mula beroperasi sendiri di bahagian belakang Bangunan Hemodialisis .Pada November 2023 ,Unit sekali lagi berpindah ke Blok Klinik Pakar sehingga sekarang.Terdapat tiga orang Jurupulih Perubatan Cara Kerja Gred U5 berstatus tetap dan kontrak telah ditempatkan di unit ini dengan salah seorang memangku jawatan sebagai ketua Unit.Mereka adalah Pn Siti Nur Hafidzoh binti Omar dan Puan Siti Zubaidah binti Husain.Kedua - keduanya bertukar masuk ke Hospital Sik pada 27 Disember 2022.Jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) adalah secara guna sama berjadual dengan Unit Fisioterapi .Unit Terapi Cara Kerja Hospital Sik berperanan dalam memberikan perkhidmatan pemulihan cara kerja kepada penduduk daerah Sik dan kawasan sekitar yang dirujuk.Ianya merupakan salah satu perkhidmatan sokongan hospital yang menyediakan perkhidmatan program pemulihan pesakit secara menyeluruh merangkumi aspek fizikal ,psikologi dan sosial melalui program intervensi dan rehabilitasi secara berstruktur yang dipadankan mengikut keperluan setiap pesakit Terapi Cara Kerja bertujuan melatih dan mengembalikan pesakit ke tahap kerberdikarian dan gaya hidup seperti sebelum berlaku kecederaan iaitu dengan memastikan pesakit dapat melakukan aktiviti harian secara kendiri seperti aktiviti penjagaan diri,pekerjaan,belajar ,bermain,beriadah dan melibatkan diri dalam masyarakat.
SKOP PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Pemulihan Cara Kerja disediakan untuk pesakit dalam dan pesakit luar yang dirujuk ke unit pemulihan cara kerja.Perkhidmatan yang diberikan adalah seperti yang tersenarai di bawah.
1.Pemulihan carakerja di bidang Ortopedik bagi pesakit dewasa seperti kecederaan tangan dan anggota atas,kecederaan saraf tunjang,kecederaan saraf periferi,muskuloskeletal dan amputasi
2. Pemulihan carakerja di bidang neurologi untuk pesakit dewasa,strok,kecederaan otak,selepas pembedahan ,otak,penyakit parkinson dan lain -lain.
3. Pemulihan carakerja ante natal dan post natal
4.Pemulihan carakerja di bidang psikiatri dan kesihatan mental seperti adult psychiatry,masalah kanak-kanak dan remaja ,psikogeriatri dan pemulihan psikososial
5.Pemulihan carakerja di bidang pediatrik iaitu neurologi pediatrik,kes Cerebral Palsy ,Erb'sPalsy,ADHD,ASD dan speech delay
6.Pemulihan carakerja di bidang pediatrik muskuloskeletal kanak-kanak,kes kongenital kanak - kanak seperti torticollis ,congenital talipes equinovarus / valgus
7.Pemulihan carakerja di bidang pediatrik neonatal (poor sucking)
8.Pemulihan carakerja di bidang perubatan am seperti diabetis
9.Pemulihan carakerja di bidang pembedahan am
10.Pemulihan carakerja di bidang neurosurgery
11.Pemulihan carakerja di bidang plastic and reconstructive
12.Pemulihan carakerja di bidang onkologi
13.Pemulihan carakerja di bidang kardiak
WAKTU OPERASI
| HARI | WAKTU OPERASI | CATATAN |
| Ahad -Rabu | 8.00 pagi - 5.00 petang | REHAT 1.00 PETANG - 2.00 PETANG |
| Khamis | 8.00 pagi - 3.30 petang | REHAT 1.00 PETANG - 2.00 PETANG |
| Jumaat/ Sabtu / Cuti Hari Kelepasan Am | cuti |