PENGENALAN
Unit keselamatan bertanggungjawab di dalam aspek keselamatan bangunan dan persekitaran Hospital Sik.Terdapat Empat(4) perkara keselamatan di dalam Buku Arahan Keselamatan iaitu Keselamatan Fizikal,Keselamatan Rahsia Rasmi,Keselamatan ICT, dan Keselamatan Peribadi.Ianya juga berfungsi untuk memantau syarikat keselamatan yang dilantik oleh pihak hospital.Unit keselamatan telah melaksanakan Sistem Pas Pelawat di wad-wad bagi menghadkan kemasukan pelawat.Pelawat juga perlu mendapatkan kebenaran daripada doktor yang bertugas sebelum memasuki wad berkenaan.
PEMANTAUAN KESELAMATAN BANGUNAN
Membuat rondaan berkala di keseluruhan pagar - pagar hospital.Jika terdapat kerosakan pagar,tindakan seterusnya akan di maklum kepada pihak Edgenta Mediserve Sdn.Bhd.untuk tindakan.
Mewujudkan sistem kamera litar (cctv) di beberapa lokasi seperti :
. Pintu Utama Wad -wad
' Laluan Awam
. Parkir
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN SWASTA
Perkhidmatan kawalan keselamatan swasta adalah 24 jam dan dilaksanakan secara dua syif.Kekuatan anggota bagi setiap syif seramai sembilan (9) orang termasuk Ketua Pengawal.Unit keselamatan bertindak membuat pemantauan secara berkala dan mengejut terhadap prestasi pihak kontraktor keselamatan.Penalti bayaran turut dibuat kepada kontraktor keselamatan sekiranya berlaku ketidakpatuhan kepada kontrak perjanjian.
PAS KESELAMATAN DAN KAD PENGENALAN JABATAN
Pas keselamatan yang digunakan adalah: 1. Pas Pelawat 2. Pas Pekerja 3. Pas Penjaga Kad Pengenalan Jabatan.Kad pengenalan Jabatan adalah kad yang dikeluarkan untuk kakitangan yang bertugas jabatan ini.
WAKTU OPERASI
| HARI | WAKTU OPERASI |
| Ahad - Rabu | 8.00 pagi - 5.00 petang |
| Khamis | 8.00 pagi - 3.30 petang |
| Jumaat - Sabtu | Cuti |