PENGENALAN
Unit Fisioterapi berperanan memberi perkhidmatan pemulihan kepada pesakit luar dan pesakit dalam yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Sik dan juga yang dirujuk dari hospital kerajaan yang lain serta dari klinik - klinik kesihatan di daerah Sik.Rujukan dari hospital dan klinik swasta diterima secara bersyarat .Beroperasi pada setiap hari bekerja dari ahad hingga khamis.
Unit Fisioterapi Hospital Sik memulakan operasi sejak tahun 2009 secara lawatan daripada Hospital Sultan Abdul Halim sekali sebulan sehingga Jun 2010 dan 2 kali sebulan sehingga April 2011.Unit Fisioterapi ditempatkan di bangunan wad ke bangunan Wad Pediatrik dan Berkongsi bangunan bersama Wad Rehab dan Unit Pemulihan Carakerja
Pada mulanya satu pejawatan Jurupulih Perubatan Fisioterapi U5 secara tetap bermula pada bulan April 2011 dan bertambah kepada dua orang pada tahun 2012.Pertambahan pesakit dan wad baru di Hospital Sik mendorong kepada pertambahan seorang Jurupulih Perubatan Fisioterapi U5 (kontrak) pada Oktober 2022.Perkembangan perjawatan yang terakhir bagi Unit Fisioterapi Hospital Sik ialah melalui U1 yang telah menghadiri Kursus Tahap 3 Fisioterapi pada bulan April 2025.
PERKHIDMATAN
PESAKIT LUAR
1.Rehabilitasi Muskuloskeletal dan Orthopedik
2.Rehabilitasi Neurologi
3.Rehabilitasi Pediatrik
4.Pendidikan Pesakit
5.Kesihatan Wanita / Lelaki
6.Pengurusan Berat Badan
7.Elektroterapi (TENS,EMS,IFT,U/S,IDC,Faradic,Cryotherapy ,IRR,Hot Pack,Wax Bath)
8.Rehabilitasi Jantung
9.Rehabilitasi Vestibular Terapi
10.Rawatan Paru-paru (Chest Physiotherapy)
11.Rehabilitasi Tangan
PESAKIT DALAM
1.Rawatan Paru -paru (Chest Physiotherapy)
2.Rehabilitasi Jantung
3.Rehabilitasi Muskuloskeletal dan Orthopedik
4.Rehabilitasi Neurologi
5.Rehabilitasi Pediatrik
6.Pendidikan Pesakit
SKOP PERKHIDMATAN TAMBAHAN
1.Lawatan Pakar Rehabilitasi / Rondaan Wad
2.Penjagaan Luka
3.Klinik Diabetik (IDC)
WAKTU OPERASI
| HARI | MASA |
| AHAD - RABU |
8.00 PAGI - 1.00 TENGAH HARI 2.00 PETANG - 5.00 PETANG |
| KHAMIS |
8.00 PAGI - 1.00 TENGAH HARI 2.00 PETANG - 3.30 PETANG |