VISI HOSPITAL SIK
Peneraju Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti ke Arah Komuniti Sejahtera.
MISI HOSPITAL SIK
Misi Hospital Sik adalah untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, selamat, dan mesra pesakit kepada masyarakat, khususnya komuniti luar bandar, dengan memastikan akses kepada rawatan yang holistik dan berkesan. Dengan mengadaptasi teknologi perubatan terkini, kami berusaha meningkatkan kecekapan rawatan dan keselamatan pesakit sambil memastikan sistem kesihatan yang mampan dan inklusif.
Kami komited terhadap pembangunan tenaga kerja yang profesional, beretika, dan berdedikasi, serta memupuk persekitaran kerja yang menyokong kesejahteraan staf.
Berlandaskan nilai integriti, empati, dan tanggungjawab sosial, kami berperanan dalam meningkatkan kesedaran kesihatan masyarakat, memperkukuh hubungan dengan komuniti, dan menggalakkan gaya hidup sihat.
Sebagai pusat rujukan utama dalam penjagaan kesihatan luar bandar, kami mengutamakan inovasi, kelestarian alam sekitar, dan pengurusan sumber yang cekap bagi menjamin perkhidmatan yang berkekalan dan berdaya maju demi kesejahteraan generasi kini dan akan datang.
OBJEKTIF
1.Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Kesihatan
Memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang cekap,selamat,dan berkesan dengan berlandaskan standard profesionalisme dan amalan terbaik dalam bidang perubatan.
2.Memperluaskan Akses kepada Perkhidmatan Kesihatan
Menyediakan rawatan yang mudah diakses oleh semua golongan masyarakat ,termasuk komuniti luar bandar,dengan menambah baik infrastruktur dan sistem perkhidmatan hospital.
3.Mengoptimunkan Penggunaan Teknologi
Mengadaptasi teknologi kesihatan terkini untuk meningkatkan ketepatan diagnosis,kecekapan rawatan,dan keselamatan pesakit dalam setiap aspek perkhidmatan perubatan.
4.Menggalakkan Budaya Kerja Cemerlang
Memupuk semangat kerja berpasukan ,profesionalisme ,dan pembangunan berterusan dalam kalangan tenaga kerja bagi memastikan keberkesanan organisasi hospital.
5.Mengamalkan Kelestarian dan Kebertanggungjawab Sosial
Memastikan pengurusan sumber yang mampan,mesra alam,dan selaras dengan keperluan sosial serta keperihatinan terhadap kesejahteraan persekitaran.
6.Memastikan Kelangsungan dan Pertumbuhan Hospital
Meningkatkan keupayaan hospital dari segi kepakaran,kemudahan,dan pengurusan bagi menjamin kesinambungan serta pertumbuhan janka panjang perkhidmatan kesihatan.