PENGENALAN
Wad Melor Obstetrik Hospital Sik telah mula beroperasi pada bulan Oktober 1986 dengan kapasiti sebanyak 14 katil. Wad ini terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu, Pusat Penilaian Pesakit Patient Assessment Centre(PAC),Wad Antenatal,Wad Postnatal dan Bilik Bersalin .Wad Melor Obstetrik - Bangunan J.K.R 2136 terletak di antara Wad Melor dan Unit Hemodialisis bersebelahan dengan Wad Melor Kanak Kanak.Wad terdiri daripada kombinasi PAC, antenatal, postnatal dan bilik bersalin. Wad Melor obstetrik juga terletak berhadapan dengan UKT dan berhampiran dengan unit haemodialisis. Wad ini menerima pesakit hamil, ibu bersalin serta ibu - ibu selepas bersalin sehingga 42 hari bersama bayi mereka. Seiring dengan penularan wabak COVID-19, perubahan struktur operasi telah dilaksanakan. Bagi menyesuaikan keperluan semasa dan mengoptimumkan penggunaan ruang, bangunan asal Wad Melor Obstetrik telah dibahagikan kepada dua bahagian utama:
1. Bilik Bersalin (Labour Room) telah diubah fungsi menjadi Wad Melor Obstetrik
2. Ruang Antenatal dan Postnatal pula dijadikan sebagai Wad Kanak-Kanak
Mulai 1 Januari 2023,jumlah katil yang digazetkan untuk Wad Melor Obstetrik adalah sebanyak 7 buah katil.Unit ini memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan perawatan kesihatan kepada ibu dan bayi serta memastikan proses kelahiran berlaku dalam keadaan yang selamat dan terkawal.
PERKHIDMATAN
1. Menyediakan perkhidmatan menyambut kes-kes bersalin berisiko rendah
2. Mempunyai kemudahan untuk pemeriksaan Ultrasound Scan dan Cardiatocograf (CTG)
3. Menyediakan rawatan bagi ibu mengandung,rawatan lepas bersalin da bayi baru lahir
4. Memberi pelalian Hepatitis B dan BCG kepada bayi baru lahir
5. Memberi pendidikan kesihatan termasuk perancang keluarga
6. Melakukan Ujian pendengaran dan Ujian congenital Cardio heart disease (CCHD) kepada semua bayi baru mengikuti SOP
7. Mengamalkan Hospital Rakan Bayi dan Penjagaan Mesra Ibu (Mother Friendly Care)
8. Menyediakan perkhidmatan 'Pre Pregnancy Care' (PPC)
9. Memberi perkhidmatan Ambulance Call untuk kes obstetric ,Obstetric Fying Squard (OFS)
10. Menyediakan perkhidmatan Hospital Mesra Ibadah (HMI)
11. Mengiringi pesakit yang dirujuk ke Hospital berpakar mengikut SOP
WAKTU OPERASI
| LOKASI | HARI | WAKTU OPERASI SHIFT | PELANGGAN |
| Wad Melor Obstetrik | Ahad-Sabtu |
7.00 pagi - 2.00 petang 2.00 petang- 9.00 malam 9.00 malam - 7.00 pagi |
Pesakit Dalam Wad |