PENGENALAN
Unit Kawalan Infeksi Hospital Sik mula diwujudkan secara rasminya pada 1hb. Februari 2003. Ini adalah berikutan dengan sasaran Bahagian Piawaian Kualiti KKM yang mahukan setiap hospital kerajaan di Malaysia mempunyai satu unit kawalan infeksi.Unit ini berperanan untuk mencegah dan mengawal jangkitan di hospital dalam mengekalkan persekitaran yang selamat untuk pesakit dengan mengurangkan risiko penyebaran penyakit sesama pesakit , anggota kesihatan dan juga orang awam. Seterusnya dalam pengendalian untuk mencegah & mengawal jangkitan dalam penjagaan kesihatan pesakit & juga kakitangan kesihatan sendiri. Unit Kawalan Infeksi juga berperanan dalam memberi latihan secara berterusan kepada semua kakitangan hospital & sebagai penyampai info-info terbaru mengenai langkah pencegahan & pengawalan jangkitan yang terkini kepada semua berdasarkan kepada Polisi & garis panduan yang terbaru.Ia bertujuan bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.
PERKHIDMATAN
1. Tugasan Klinikal
1.1 Bekerjasama dengan ahli jawatankuasa HIACC dan Pasukan Kawalan Infeksi
1.2 Memantau dan memberi nasihat mengenai polisi kawalan dan pencegahan jangkitan
1.3 Memberi nasihat dan sokongan klinikal kepada healthcare worker mengenai isu kawalan infeksi
1.4 Memastikan keputusan MDRO dari makmal adalah tepat atau kemungkinan wabak
1.5 Memberi nasihat klinikal dan sokongan kepada healthcare worker dan agensi yang terlibat
1.6 Memberi panduan dan sokongan kepada infection control link nurse
2. SURVELAN
2.1 Menyelaras aktiviti surveillance peringkat hospital
2.2 Mengumpul maklumat berkaitan bagi pihak Pasukan Kawalan Infeksi termasuk point prevalence studies on HCAI,antibiotics audits,hand hygiene compliance dan sebagainya.
3. AKTIVITI KAWALAN INFEKSI DALAM ORGANISASI
3.1 Mengenal pasti potensi infectious hazard dan mencadangkan tindakan penambahbaikan sesuai untuk kakitangan yang berkaitan
3.2 Mengenal pasti,menyiasat dan mengimplementasi pelan tindakan semasa outbreak berlaku
3.3 Bekerjsama dengan Pasukan Kawalan Infeksi dan Pakar Perubatan semasa pemeriksaan rutin di unit critical care
4. PENTADBIRAN
4.1 Terlibat di dalam pembangunan dan pelaksanaan dasar - dasar kawalan jangkitan
4.2 Memantau kepatuhan terhadap polisi kawalan infeksi ,termasuk aktiviti yang terlibat secara langsung berkaitan dengan audit
4.3 Menyediakan laporan di dalam waktu yang ditetapkan
5. PEMBELAJARAN
5.1 Terlibat dalam program pembelajaran kepada semua healthcare worker
5.2 Menghadiri kursus,mesyuarat dan pameran untuk mengikuti perkembangan terkini
5.3 Menasihati staf berkenaan hazard mikrobiologi dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan isu-isu berkaitan kawalan infeksi
5.4 Mengambil bahagian dan menyelaraskan kempen Pendidikan berkaitan kawalan jangkitan
6. PENYELIDIKAN & AKTIVITI PENINGKATAN KUALITI
6.1 Terlibat dalam projek penyelidikan yang berkaitan dengan jangkitan di hospital
6.2 Melakukan clinical audit / quality improvement project yang berkaitan dengan aktiviti kawalan infeksi dan untuk menilai keberkesanannya
WAKTU OPERASI
| HARI | WAKTU OPERASI | CATATAN |
| AHAD -KHAMIS | 8.00AM-5.00PM | SELEPAS WAKTU PEJABAT BOLEH DIHUBUNGI MELALUI TELEFON PADA BILA-BILA MASA |
| JUMAAT-SABTU DAN CUTI AM | TUTUP | KAKITANGAN BOLEH DIHUBUNGI MELALUI TELEFON PADA BILA-BILA MASA |