PENGENALAN
Unit Sumber Manusia dan HRMIS satu unit di bawah Direktorat Pengurusan (Sokongan Bukan Klinikal) di mana fungsi umunya adalah menguruskan urusan perkhidmatan personel di Hospital Sik dari mula pegawai dilantik sehingga ke akhir perkhidmatan pegawai.Unit ini bertanggungjawab ke atas pengurusan dan perkhidmatan kakitangan supaya diselenggara dengan sempurna mengikut undang - undang dan peraturan - peraturan yang telah ditetapkan .Unit ini juga melaksanakan dasar sumber manusia sektor awam dengan memastkan struktur perjawatan dan skim perkhidmatan Hospital Sik berfungsi dengan berkesan.
PERKHIDMATAN
1. Bertanggungjawab terhadap urusan perkhidmatan kakitangan Hospital Sik merangkumi urusan pengesahan lantikan ,pengesahan dalam perkhidmatan ,perlanjutan tempoh percubaan ,pemberian taraf berpencen,pertukaran keluar dan masuk ,persaraan kakitangan ,penyediaan penyata perubatan pendapatan (kew 8),merekod dan mengemaskini Buku Rekod Perkhidmatan ,kemudahan sara ubat ,pinjaman perumahan ,urusan ke luar negara ,kenaikan pangkat penanggungan kerja dan bertindak sebagai urusetia bagi Panel Pembangunan Sumber Manusia.
2. Menyelenggara senarai perjawatan berdasarkan waran perjawatan yang diluluskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengemaskini data perjawatan iaitu Jawatan isi dan kosong (JIK)
3. Memastikan KPI HRMIS dicapai mengikut jadual yang telah ditetapkan merangkumi Pengisian MyPerformance, Perisytiharan Harta, Program Pembangunan Kompetensi & Data Integriti.
4.Bertanggungjawab sebagai pemudah cara kepada kakitangan Hospital Sik dalam urusan yang berkaitan dengan capaian dan modul HRMIS
5. Bertanggungjawab dalam memantau dan menyelaras pematuhan terhadap undang - undang dan peraturan bagi penjawat awam dan melaksanakan fungsi keurusetiaan Lembaga Tatatertib dan pengurusan isu - isu integriti di Hospital Sik
| HARI | WAKTU OPERASI |
| Ahad - Rabu | 8.00 pagi - 5.00 petang |
| Khamis | 8.00 pagi - 3.30 petang |