Unit Hemodialisis

PENEGENALAN

Unit Hemodialisis mula ditubuhkan pada Disember 1999.Pada awal penubuhannya unnit ini hanya mempunyai 2 buah mesin hemodialisis sahaja.Unit ini berkongsi bangunan bersama Unit Pesakit Luar.Jumlah pesakit pada waktu ketika itu seramai 3 orang iaitu terdiri daripada Pen.Peg.Perubatan U29 ( yang menjaga unit ) seorang Jururawat terlatih U29 dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan.Pada januari 2005 Unit Hemodialisis telah berpindah ke bangunan wad 4 iaitu bersebelahan dengan Wad Melor Bersalin.Kelebihan unit ini adalah terletak berdekatan dengan Unit Kecemasan Dan Trauma ( UKT ), ini membolehkan bantuan segera diperolehi dengan lebih cepat sekiranya berlaku kes - kes kecemasan di Unit Hemodialisis.Lokasi ini juga amat strategik kerana kemudahan tempat menurunkaan pesakit,tempat meletakkan kenderaan orang kurang upaya dan orang awam yang telah tersedia untuk memudahkan segala urusan dalam perkhidmatan sebelum dan selepas rawatan dialisis.

PERKHIDMATAN

1.SKOP PERKHIDMATAN DAN DASAR OPERASI

4.1 Skop perkhidmatan

       4.1.1 Memberi rawatan hemodialisis sepanjang hayat kepada pesakit yang telah didaftarkan sebagai pesakit tetap

       4.1.2 Merawat kes - kes tumpang(lodger) dari luar kawasan sekiranya ada kekosongan tempat

       4.1.3 Mengajar pesakit tentang pembelajaran kesihatan mengenai pemakanan,rawatan dialisis,cara pengambilan air,pengambilan ubat-ubatan ,pengawalan berat badan(intradialytic weight gain ),penjagaan fistula ,senaman dan lain-lain.

       4.1.4 Mendaftar pesakit yang telah disahkan menghidapi penyakit ginjal oleh Pakar Nefrologi atau Pakar Perubatan disenarai menunggu

       4.1.5 Menjalankan "Pre Renal Transplant Preparation" keatas pesakit di unit sebelum melalui pemindahan ginjal di Hospital Kuala Lumpur setelah dipanggil MOSS/NRR

       4.1.6 Memberi perkhidmatan immunisasi kepada pesakit - pesakit baru yang belum menerima vaksin Hepatitis B

       4.1.7 Melakukan prosedur trasfuse darah melalui mesin dialisis seperti diarahkan

       4.1.8 Melakukan prosedur suntikan  I/V Epoetin, I/V Dextran dan I/V Desferrioxamine(DFO) semasa rawatan dialisis apabila diarahkan oleh Pakar Nefrologi

4.2 Dasar Operasi 

       4.2.1 Pemilihan Dan Penerimaan Pesakit Untuk Pusat Hemodialisis Borang permohonan rawatan di Unit Hemodialisis MOH (Ministry Of Health Hemodialysis Centres Application Form HB/BD/171) yang lengkap diisi oleh Pakar Nefrologi atau Pegawai Perubatan yang dibawa oleh pesakit atau waris akan didaftarkan dalam senarai menunggu untuk pemilihan pesakit baru .Keratan pengesahan penerimaan borang akan diberikan kepada pesakit atau waris.

     4.2.2 Mesyuarat pemilihan pesakit baru akan dibuat semsa sesi Klinik Lawatan Pakar Nefrologi.Pemilihan pesakit akan ditentukan oleh jawatankuasa yang terdiri daripada Pengarah Hospital ,Pakar Nefrologi ,Pegawai Perubatan,Penyelia Hospital.Jururawat Ketua Unit serta Jururawat Terlatih.

    4.2.3 Pesakit yang dipilih perlu mendapat pengesahan virus status Hepatitis B, Hepatitis C dan HIV sebelum memulakan rawatan hemodialisis

     4.2.4 Pesakit yang disahkan positif virus status Hepatitis C akan menjalani rawatan dialisis di Hospital Sik manakala yang positif Hepatitis B akan dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah,Alor Setar bagi rawatan hemodialisis di sana 

    4.2.5 Pesakit yang diterima masuk Unit Hemodialisis akan didaftarkan dalam  National Renal Registry(e-NRR)

4.3 Kriteria Pemilihan Untuk Pusat Hemodialisis 

    4.3.1 Tempoh Masa Menunggu ( Waiting Time in List ) .Tempoh masa lama menunggu pesakit dalam senarai menunggu adalah kriteria utama untuk diterima masuk ke Unit Hemodialisis MOH

     4.3.2 Kriteria dibawah akan diberi keutamaan dan akan diterima masuk ke Unit Hemodialisis MOH mengikut kekosongan sekiranya ada.

     4.3.3 Pesakit yang gagal dalam menjalani pemindahan buah pinggang Hospital MOH.( Living Related or Cadaveric Renal Transplant )

     4.3.4 Pesakit yang gagal dalam rawatan CAPD dan perlu menjalani semula rawatan hemodialisis

     4.3.5 Pesakit bertukar dari Unit Hemodialisis MOH yang lain 

     4.3.6 Pesakit kanak - kanak dan pelajar sekolah

     4.3.7 Lain -lain Faktor

     4.3.8 Terdapat beberapa faktor lain boleh diambil kira mengikut kekosongan sekiranya ada termasuk:

    4.3.9 Status ekonomi pesakit 

    4.3.10 Kakitangan awam ( Government employment )

4.4 Waktu Operasi 

   4.4.1 Waktu Rawatan Pesakit Sabtu Hingga Khamis

Shift Pertama  Jam 7.00 pagi hingga 11.30 pagi
Shift Kedua  Jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang
Shift Ketiga Jam 4.00 petang hingga 9.00 malam

*Jumaat cuti minggu (tutup operasi)

4.4.2 Waktu Bertugas Staff

SHIF MASA
Pagi 7.00 Pagi - 2.00 Petang
Petang 1 11 Pagi - 6 Petang
Petang 2 2 Petang - 9 Malam
Jumaat Cuti Minggu

 

WAKTU PEJABAT MASA
Ahad -Rabu 8.00 pagi - 5.00 petang
Khamis 8.00 pagi - 3.30 petang
Jumaat & Sabtu Cuti Minggu

 

003688
Today: 16
Yesterday: 25
This Week: 65
This Month: 620
Total: 3,688

HOSPITAL SIK,

08200,Sik,Kedah Darul Aman

Tel: 04-4695333

Emel: hsik@moh.gov.my 

   

© 2025 Hospital Sik. Semua Hak Cipta Terpelihara.