PENGENALAN
Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan merujuk kepada unit yang memberi tumpuan kepada tugas-tugas yang dilakukan oleh Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) dalam sistem penjagaan kesihatan yang berperanan penting dalam menyediakan rawatan dan sokongan perubatan di pelbagai fasiliti kesihatan,termasuk hospital dan klinik.Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan Hospital Sik diselia oleh Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan dan dibantu oleh Penyelia Penolong Pegawai Perubatan Gred U6 dari pelbagai unit serta anggota pelaksana pelbagai jawatan dalam kalangan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dibawah seliaanya.
PERKHIDMATAN
Tugas utama Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan Perubatan termasuklah dalam aspek:
1.Pengurusan dan Pentadbiran dengan menyediakan pengurusan yang sistematik dan efisien bagi anggota seliaanya termasuk dalam aspek penjadualan,pemantauan prestasi,dan latihan yang berterusan untuk memastikan perkhidmatan perubatan berjalan lancar,terutamanya di hospital,klinik,atau pusat perubatan.
2.Latihan dan Pembangunan dengan memberikan latihan kepada anggota seliaannya supaya mereka sentiasa dikemas kini dengan prosedur,protokol, dan perkembangan terbaru dalam bidang perubatan merangkumi latihan kemahiran klinikal dan komunikasi bagi memastikan prosedur dilakukan dengan betul,serta membantu dalam menyediakan dokumentasi perubatan yang diperlukan.
3.Penyelidikan dan Pengumpulan Data berkaitan dengan prestasi anggota seliaannya dan kesihatan pesakit untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.
4.Sumber manusia untuk memastikan pelbagai sumber seperti peralatan dan sumber manusia yang mencukupi di fasiliti kesihatan tertentu,termasuk dalam hal pengambilan dan penempatan anggota bagi memastikan kelancaran perkhidmatan disemua unit da jabatan di Hospital Sik.
Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan beroperasi sepanjang waktu pejabat dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan melaksanakan pelbagai program hospital di bawah arahan Pengarah Hospital secara telus merangkumi program melibatkan kakitangan secara menyeluruh dan program luar hospital melibatkan komuniti.Unit-unit yang diselia secara langsung oleh Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan adalah Jabatan Kecemasan dan Trauma,Jabatan Pesakit Luar dan Unit Hemodialisis serta unit-unit berkaitan.