Unit Patologi dan Tranfusi

PENGENALAN 

Unit Patologi dan Tranfusi merupakan salah satu unit sokongan klinikal yang ditempatkan dalam satu bangunan bersama-sama dengan Unit Radiologi ,Unit Patologi dan Tranfusi terbahagi kepada 7 seksyen utama yang terdiri daripada Kaunter Penerimaan,Makmal Biokimia,Makmal Klinikal,Makmal Serologi,Makmal Mikrobiologi,Tabung Darah,dan Stor Patologi.

2. VISI DAN MISI UNIT PATOLOGI DAN TRANFUSI

2.1 VISI

    2.1.1 Menyediakan perkhidmatan patologi dan tranfusi yang cekap,tepat dan berinovasi berlandaskan sistem kualiti

2.2 MISI

     2.2.1 Perkhidmatan Patologi dan Tranfusi akan menjadi satu perkhidmatan yang cemerlang menggunakan teknologi yang sesuai ,terkini dengan anggota yang berilmu,berjiwa murni,berteraskan budaya kualiti dan kerja berpasukan serta professionalisme demi kecemerlangan rawatan pesakit.

3 OBJEKTIF UNIT PATOLOGI DAN TRANFUSI

  3.1 Menyediakan Perkhidmatan Patologi dan Tranfusi yang mengutamakan:

  3.1.1 Keputusan yang tepat,meyakinkan dan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan seperti dalam Piagam Pelanggan Unit Patologi dan Tranfusi,Hospital Sik

  3.1.2 Anggota yang mahir dan cekap dengan mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota

  3.1.3 Penggunaan teknologi yang selaras dengan perkembangan semasa dan kos efektif

4,PIAGAM PELANGGAN UNIT PATOLOGI DAN TRANFUSI 

   4.1 Memastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan dengan:

   4.1.1 Ujian - ujian segera dilakukan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan

   4.1.1.1 Ujian Full Blood Count (FBC) dalam tempoh masa kurang daripada 45 minit

   4.1.1.2 Ujian Biokimia daripada Unit Kecemasan dalam tempoh masa kurang daripada 90 minit

   4.1.1.3 Ujian calitan AFB dalam tempoh masa kurang daripada 24 jam

   4.1.1.4 Pembekalan darah bagi kes kecemasan dalam tempoh masa kurang daripada 30 minit

4.1.2 Memenuhi standard kualiti ujian yang ditetapkan

    4.1.2.1 Kawalan Mutu Kualiti Luaran Ujian PT dan APTT standard 80%

    4.1.2.2 Kawalan Mutu Kualiti Luaran Ujian FBC standard 80%

    4.1.2.3 Kawalan Mutu Kualiti Luaran Ujian Keserasian Darah standard 90%

4.1.3 Semua maklumat pelanggan adalah sulit

5. SKOP PERKHIDMATAN

    5.1 Unit Patologi dan Tranfusi menyediakan perkhidmatan makmal patologi dan transfusi yang bersesuaian dengan skop perkhidmatan hospital.Unit Patologi dan Tranfusi juga meluaskan perkhidmatan diagnostik kepada Klinik - Klinik Kesihatan di daerah Sik.Ujian - ujian makmal dan tranfusi yang tidak dijalankan akan dirujuk ke institusi /hospital sekunder/ tertiary mengikut prosedur yang ditetapkan

    5.2 Perkhidmatan yang diberikan oleh Unit Patologi dan Tranfusi adalah seperti berikut:

      5.2.1 Perkhidmatan Diagnostik

      5.2.2 Perkhidmatan Tabung Darah 

      5.2.3 Beroperasi 24 jam sehari dengan perkhidmatan atas panggilan berdasarkan jadual yang ditetapkan.Walau bagaimanapun ,selepas waktu pejabat , pada hari rehat biasa ( jumaat dan sabtu ) dan hari cuti umum,perkhidmatan diberikan bagi beberapa ujian yang perlu dalam pengurusan kes -kes akut sahaja

HARI WAKTU BEKERJA WAKTU REHAT
Ahad - Rabu 8.00 pagi - 5.00 petang 1.00 tengah hari - 2.00 petang
Khamis 8.00 pagi - 3.30 petang 1.00 tengah hari - 2.00 petang
Selepas waktu pejabat,cuti mingguan dan cuti umum   TUGASAN ATAS PANGGILAN  

  

5.3 Unit Patologi dan Tranfusi beroperasi sepenuhnya pada waktu pejabat.

 

 

003691
Today: 19
Yesterday: 25
This Week: 68
This Month: 623
Total: 3,691

HOSPITAL SIK,

08200,Sik,Kedah Darul Aman

Tel: 04-4695333

Emel: hsik@moh.gov.my 

   

© 2025 Hospital Sik. Semua Hak Cipta Terpelihara.