PENGENALAN
Unit Kejurawatan bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan perawatan kepada pelanggan secara holistik dengan menyediakan perkhidmatan pengurusan kejururawatan ,penjagaan perawatan pesakit dan aktiviti-aktiviti kejururawatan.Perkhidmatan kejururawatan yang disediakan merangkumi perawatan pesakit dalam dan pesakit luar dan bertindak sebagai peneraju utama dalam merancang dan menyelaras aktiviti dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan penjagaan dan perkhidmatan yang diamanahkan serta menjalankan penilaian dari masa ke semasa untuk mengekalkan mutu perkhidmatan serta memastikan kepatuhan kepada piawaian seterusnya membuat penambahbaikan secara berterusan.Unit kejururawatan Hospital Sik diterajui oleh seorang Ketua Penyelia Jururawat U7 yang bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap tugasan penyeliaan perkhidmatan kejururawatan.Beliau dibantu oleh seorang Penyelia Jururawat U7 dan 9 Ketua Jururawat U6.
PERKHIDMATAN
Merancang dan melaksanakan hal-hal berkaitan perkhidmatan kejururawatan dan perkembangan professional kejururawatan dari aspek pendidikan,amalan perawatan kualiti dan keperluan kajian kejururawatan.
. Bertanggungjawab sebagai penyelaras untuk memantau,memberi tunjuk ajar dan seterusnya memberi maklumbalas berkaitan penempatan dan latihan kepada pelatih jururawat yang menjalani latihan amali dari IPTA/IPTS kepada pihak kolej dan kementerian.
WAKTU OPERASI
Unit kejururawatan memberi perkhidmatan 24 jam mengikut jadual kerja tiga syif,waktu pejabat dan atas panggilan.