Wad Melor Lelaki

PENGENALAN 

Wad Melor Lelaki merupakan wad pesakit lelaki di Hospital Sik di buka pada bulan Oktober 1986.Merupakan sebuah wad pelbagai disiplin merangkumi unit medikal surgikal,ortopedik dan ginekologi.Beroperasi dengan 28 buah katil .Wad ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian perawatan am dan bahagian perubatan penyakit berjangkit.Kubikal pertama dikhaskan untuk kes - kes yang memerlukan permerhatian rapi .Kubikal kedua untuk kes - kes sedar diri dan boleh banti diri sendiri serta pengurusan pesakit denggi.Kubikal ketiga untuk kes - kes yang stabil dan memerlukan rawatan panjang.Bahagian Wing Wad menempatkan pesakit Tibi.Terletak dibangunan JKR 2134 bersebelahan dengan bangunan JKR 2135 (Wad Perempuan).

PERKHIDMATAN

Aktiviti yang dijalankan merangkumi :-

 1.Pengurusan kemasukan pesakit

 2.Orientasi pesakit atau waris /majikan dan lain -lain

 3.Pemeriksaan fizikal dan psikologikal

 4.Memberi perawatan kepada pesakit (Nursing Care)

 5.Rawatan Prosedur 

 6.Pemeriksaan diagnostik

 7.Pendidikan pesakit

 8.Persedian dan pengurusan discaj

 9.Pengurusan wad

WAKTU OPERASI

Perkhidmatan berterusan selama 24 jam sehari .Anggota yang bertugas di Wad Melor Lelaki merangkumi 3 shif iaitu shif pagi 7.00 pagi hingga 2.00 petang.Shif petang 2.00 petang hingga 9.00 malam dan shif malam 9.00 malam hingga 7.30 pagi.Jadual tugas disediakan 2 minggu sekali 

 

 

003690
Today: 18
Yesterday: 25
This Week: 67
This Month: 622
Total: 3,690

HOSPITAL SIK,

08200,Sik,Kedah Darul Aman

Tel: 04-4695333

Emel: hsik@moh.gov.my 

   

© 2025 Hospital Sik. Semua Hak Cipta Terpelihara.