PENGENALAN
Unit Perubatan Forensik adalah salah satu unit yang ditubuhkan di Hospital Sik.Bangunan unit terletak bersebelahan Wad Melor Multigender .Perkhidmatan Perubatan Forensik ialah satu perkhidmatan yang sangat penting dalam menegakkan keadilan dan penguatkuasaan undang - undang negara.Perkhidmatan Forensik semestinya bebas dan berkecuali dan tidak terikat dengan mana-mana pihak demi keadilan.
PERKHIDMATAN
Penerimaan dan penyimpanan mayat dari unit/wad dalam hospital.
Penerimaan dan penyimpanan mayat yang dibawa mati dari luar hospital (brought in dead ) oleh Polis Diraja Malaysia
Penyerahan mayat yang tidak dituntut yang meninggal di dalam hospital
Pengendalian mayat berisiko tinggi (high - risk body)
Bedah siasat (post - mortem) bagi kes - kes mediko - legal dan kes - kes reput
Pengendalian spesimen kes - kes mediko - legal
Pemindahan mayat ke / dari hospital lain (Kluster Hospital) untuk simpanan sementara
Penyerahan mayat untuk dihantar ke luar negara (exporting bodies)
Membantu pasukan pendermaan organ (Top Team) dalam prosedur pendermaan organ
WAKTU OPERASI
Unit Perubatan Forensik beroperasi 24 jam sehari sepanjang tahun.Unit ini menjalankan sistem Pegawai Bertugas Atas Panggilan (On Call) selepas waktu pejabat .Waktu operasi dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Ahad hingga Rabu ) dan 8.00 pagi hingga 3.30 petang (Khamis ).Selepas waktu pejabat seorang Pegawai Perubatan ,Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan bertugas atas panggilan.