PENGENALAN
Unit Kewangan dan Perolehan merupakan unit yang bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan / akaun,menguruskan perolehan secara pebelian terus dan sebut harga / tender Hospital Sik.Unit ini juga bertanggungjawab memastikan tatacara dan prosedur kewangan yang berkuatkuasa sentiasa dipatuhi dan dalam semua operasi yang melibatkan kewangan kerajaan.
PERKHIDMATAN
i.Memastikan sistem pengurusan kewangan dan akaun berjalan dengan cekap dan berkesan dengan mematuhi segala kehendak akta.prosedur serta pekeliling yang berkuatkuasa serta yang dikeluarkan dari masa ke semasa.
ii.Mengawal peruntukan dan perbelanjaan Hospital Sik
iii.Menetukan jumlah peruntukan dan perbelanjaan discaj dibawah pusat tanggungjawab dan aktiviti yang betul
iv. Menentukan bayaran gaji,elaun-elaun, bekalan dan perkhidmatan dijelaskan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
v. Memastikan rekod-rekod perbelanjaan diselenggara dengan betul dan kemaskini.
vi. Memastikan bayaran hasil hospital dipungut berpandukan kepada prosedur-prosedur kewangan dan pekeliling-pekeliling berkaitan.
vii. Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun Hospital Sik dan tanggungjawab Jawatankuasa ini adalah untuk membantu Pengarah Hospital memantau, mengawasi, mengesan dan menyelia semua urusan kewangan dan akaun supaya menepati kehendak Akta Prosedur Kewangan
viii. Menguruskan belanjawan tahunan di mana Batas Perbelanjaan yang diagihkan kepada Hospital Sik akan dibelanjakan mengikut program / aktiviti yang ditetapkan di dalam Perjanjian Program dan dikaji semula dalam Pemeriksaan Semula Bajet pada pertengahan tahun.
ix. Menguruskan segala perbelanjaan Hospital yang terdiri daripada pembayaran emolumen / gaji dan elaun-elaun tetap, Elaun Lebih Masa, Elaun Kerja Luar Waktu Bekerja Biasa (On-Call), Elaun Jahitan, Tuntutan Perjalanan dan Sara Hidup (untuk tugas rasmi dan kursus), Pertukaran, Laporan Perubatan, Saraubat, Bayaran Bil / Invois untuk perkhidmatan atau pembelian yang telah dilakukan.
x. Penyelenggaraan buku vot dan penyesuaian buku vot untuk menghasilkan rekod perakaunan yang teratur dan tepat.
xi. Menjanakan sistem pelaporan bulanan, sukutahunan, tahunan dan berkala serta menjawab pertanyaan audit.
WAKTU OPERASI
| HARI | WAKTU OPERASI |
| Ahad - Rabu | 8.00 pagi - 5.00 petang |
| Khamis | 8.00 pagi - 3.30 petang |