Unit Rekod Perubatan

PENGENALAN 

Unit Rekod Perubatan adalah salah satu perkhidmatan sokongan di hospital.Unit ini dipertanggungjawabkan untuk mengurus perkara berkaitan perkhidmatan rekod perubatan bagi membantu pihak hospital memberi perkhidmatan rawatan perubatan yang cekap dan berkesan.Unit Rekod Perubatan Hospital Sik mengamalkan Pemusatan Rekod Perubatan di mana pencantuman rekod-rekod pesakit dari pelbagai disiplin dalam satu folder.Cantuman rekod perubatan ini turut melibatkan Rekod Pesakit Unit Kecemasan dan Trauma (kes biasa dan medico-legal).

  2. SKOP PERKHIDMATAN 

       Unit Rekod Perubatan bertanggungjawab ke atas perkhidmatan

2.1 PENGURUSAN REKOD PERUBATAN

        Unit Rekod Perubatan bertanggungjawab mengurus semua rekod pesakit dalam dan pesakit luar yang mendapat rawatan di hospital daripada menerima,menyemak,meyimpan dan mengeluarkan rekod bagi tujuan tertentu.Rekod perubatan pesakit akan dilupuskan berpandukan kepada Jadual Pelupusan yang telah ditetapkan.

2.2 PENGURUSAN LAPORAN PERUBATAN

        Memastikan setiap permohonan untuk mendapatkan laporan perubatan dapat dilayan sebaik mungkin dan seberapa daya bagi memastikan ianya dapat disiapkan dalam satu jangkamasa yang munasabah

2.3 PENGURUSAN STATISTIK DAN INFORMASI

        Bertanggungjawab dalam proses pengeluaran data statistik hospital secara harian,bulanan dan tahunan 

3. WAKTU OPERASI 

3.1 Unit Rekod Perubatan beroperasi mengikut waktu pejabat ,walaubagaimanapun Rekod Perubatan boleh diperolehi pada bila-bila masa yang diperlukan bagi kes kecemasan mengikut jadual bertugas atas panggilan yang telah disediakan.

Hari

Masa

Rehat

Masa

Ahad- Rabu

8.00 a.m-1.00 p.m

1.00pm-2.00pm

2.00pm-5.00pm

Khamis

8.00am-1.00pm

1.00pm-2.00pm

2.00-3.30pm

 

003690
Today: 18
Yesterday: 25
This Week: 67
This Month: 622
Total: 3,690

HOSPITAL SIK,

08200,Sik,Kedah Darul Aman

Tel: 04-4695333

Emel: hsik@moh.gov.my 

   

© 2025 Hospital Sik. Semua Hak Cipta Terpelihara.