Unit Kecemasan Dan Trauma

PENGENALAN

Unit Kecemasan dan Trauma adalah merupakan satu sub perkhidmatan yang terpenting di Hospital Sik.Perkhidmatan ini berada di bahagian hadapan hospital.Perkhidmatan yang diberikan adalah perkhidmatan perubatan kecemasan dan trauma.Ianya beroperasi 24 jam sehari dan 365 hari dalam setahun.Piawaian perkhidmatan Unit Kecemasan dan trauma berlandaskan polisi perkhidmatan rawatan kecemasan dan trauma yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.Konsep rawatan di Unit Kecemasan berdasarkan sistem triage yang telah di tetapkan berpandukan zon triage iaitu zon merah bagi kes kritikal,zon kuning bagi kes separa kritikal dan zon hijau bagi kes bukan kecemasan.

PERKHIDMATAN

1. Rawatan awal untuk kes - kes kecemasan kritikal,kecederaan atau trauma mengikut sitem triage dan zon rawatan.

2. Perkhidmatan Pra Hospital (Pre Hospital Care) untuk panggilan ambulan dijalankan 24 jam sehari.

3. Pasukan Liputan Perubatan dan Pasukan Perawatan semasa kejadian bencana

4. Khidmat Masyarakat - Khidmat Berkhatan ( mengikut temujanji ) bagi kanak - kanak berumur 10 tahun ke atas pada musim cuti sekolah akhir tahun

5. Pusat Rawatan Krisis Bersepadu ( OSCC ) yang mengendalikan semua kes - kes rogol,keganasan rumah tangga,penderaan kanak - kanak,cabul,liwat dan lain -lain.

6. Perkhidmatan Forensik (Bilik Mayat ) akan mengendalikan semua kes - kes kematian dalam hospital,kes Medikolegal dan kes - kes kematian luar hospital (BID)

7. Wad Pemerhatian dengan berkapasiti tiga buah katil untuk pesakit yang memerlukan pemerhatian jangka pendek

8. Bilik Pembedahan ringan ( Minor OT ) juga disediakan untuk menjalankan pembedahan - pembedahan kecil.

9. Membantu melaksanakan pendaftaran masuk wad,keluar wad,kutipan hasil selepas waktu pejabat,cuti minggu dan hari kelepasan am

10. Terdapat 3 buah khemah untuk kes positif Covid dan kes disyaki Covid dan salah satu khemah dilengkapi 4 buah katil termasuk Oksigen Port bagi kes -kes transit.

11. Menyediakan dan menguruskan ambulan untuk kes yang memerlukan pemindahan Interfasiliti ke lain - lain Hospital.

 

 

003688
Today: 16
Yesterday: 25
This Week: 65
This Month: 620
Total: 3,688

HOSPITAL SIK,

08200,Sik,Kedah Darul Aman

Tel: 04-4695333

Emel: hsik@moh.gov.my 

   

© 2025 Hospital Sik. Semua Hak Cipta Terpelihara.