Unit Farmasi

PENGENALAN

Unit Farmasi merupakan salah satu komponen penting dalam perkhidmatan sokongan klinikal di Hospital Sik. Unit ini memainkan peranan utama dalam memastikan pengurusan ubat-ubatan dan bekalan perubatan dijalankan secara sistematik, berkesan dan selamat, selaras dengan objektif perkhidmatan kesihatan awam di Hospital Sik.
Unit ini terdiri daripada empat (4) unit utama seperti berikut:


1. Unit Farmasi Ambulatori
Bertanggungjawab terhadap penyediaan dan pembekalan ubat kepada pesakit luar, termasuk pemantauan kepatuhan kepada rejimen ubat dan pemberian kaunseling ubat.

2. Unit Farmasi Pesakit Dalam
Menyediakan perkhidmatan pembekalan ubat kepada pesakit dalam wad serta menyokong aktiviti klinikal berkaitan penggunaan ubat secara rasional dan berkesan.

3. Unit Farmasi Logistik
Mengurus perolehan, penyimpanan dan pengagihan ubat-ubatan, reagen, gas perubatan serta peralatan perubatan pakai buang kepada semua unit pengguna di Hospital Sik.

4. Unit Farmasi Maklumat Ubat (Drug Information Service)
Memberikan maklumat berkaitan ubat-ubatan kepada profesional kesihatan dan orang awam, serta menyokong aktiviti farmasi klinikal melalui penyediaan maklumat terapeutik yang tepat dan terkini.

 

PERKHIDMATAN

 

Unit Farmasi Ambulatori


Bertanggungjawab dalam pengurusan ubat-ubatan untuk pesakit luar yang menerima rawatan dari Klinik Pakar dan Unit Kecemasan & Trauma. Skop perkhidmatan merangkumi:
1. Pembekalan Ubat

  • pesakit dari Klinik Pakar
  • pesakit dari Unit Kecemasan & Trauma

2. Perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC)

  • MTAC Respiratori
  • MTAC Diabetes

3. Kaunseling Ubat

  • diberikan kepada pesakit luar yang memerlukan pemahaman lanjut mengenai ubat mereka.

4. Perkhidmatan Tambah Nilai (Value Added Services - VAS)

  • Parkir dan Ambil
  • Medilock HD

 

Unit Farmasi Pesakit Dalam


Menjalankan pengurusan farmasi bagi pesakit yang dimasukkan ke dalam wad Hospital Sik. Skop tugas termasuk:
1. Pembekalan Ubat

  • Semua pesakit dalam dan unit-unit berkaitan

2. Pemonitoran Terapi Pengubatan

  • Pemantauan terhadap keberkesanan dan keselamatan terapi ubat pesakit dalam wad

3. Kaunseling Ubat

  • Kepada pesakit dalam dan juga semasa discaj dari hospital

4. Interpretasi dan Pemantauan Terapeutik

  • Therapeutic Drug Monitoring (TDM)
  • pengendalian kes-kes keracunan

5. Penyediaan dan Pra-pembungkusan Ubat

  • penyediaan sediaan khas seperti krim, losyen, sediaan extemporaneous
  • pra-pembungkusan ubat biji, cecair, krim dan losyen

 

Unit Farmasi Logistik


Bertanggungjawab terhadap pengurusan logistik ubat-ubatan dan bekalan perubatan. Fungsi utama termasuk:
1. Perolehan

  • ubat-ubatan, reagen, vaksin, alat perubatan pakai buang dan gas perubatan

2. Penyimpanan dan Pengedaran

  • semua unit dan wad di Hospital Sik secara sistematik dan efisien
 

Unit Maklumat Ubat

Menyediakan maklumat farmaseutikal yang sahih dan terkini serta menyokong aktiviti peningkatan kualiti. Skop tugas termasuk:
1. Perkhidmatan Maklumat Ubat

  • memberi rujukan dan jawapan kepada pertanyaan berkaitan ubat dari petugas kesihatan dan pesakit

2. Penyelaras Latihan dan Kualiti

  • menyelaras aktiviti latihan kakitangan Unit Farmasi
  • menyelaras program peningkatan kualiti dan pendidikan berterusan

 

 Jadual Waktu Operasi Farmasi
LOKASIHARIWAKTU OPERASIPELANGGAN
Farmasi Pesakit Luar Ahad – Rabu 8.00 pagi – 5.00 petang Pesakit Klinik Pakar, Pesakit Unit Kecemasan & Trauma
Khamis 8.00 pagi – 3.30 petang
Jumaat, Sabtu, Cuti Umum Tutup
Farmasi Kecemasan Ahad – Khamis 8.00 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 10.00 malam
Pesakit discaj wad

Catatan:
Waktu rehat 1.00 – 2.00 petang, sila ke Farmasi Pesakit Luar
Ahad – Rabu 5.00 petang – 10.00 malam Pesakit Unit Kecemasan & Trauma
Khamis 3.30 petang – 10.00 malam
Jumaat, Sabtu, Cuti Umum 8.00 pagi – 1.00 petang
5.00 petang – 10.00 malam
Pesakit Unit Kecemasan & Trauma, Pesakit discaj wad
Farmasi Pesakit Dalam Ahad – Khamis 8.00 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 10.00 malam
Pesakit Dalam Wad

Catatan:
Selain masa berikut, perkhidmatan melalui atas panggilan
Jumaat, Sabtu & Cuti Umum 8.00 pagi – 1.00 petang
5.00 petang – 10.00 malam
003688
Today: 16
Yesterday: 25
This Week: 65
This Month: 620
Total: 3,688

HOSPITAL SIK,

08200,Sik,Kedah Darul Aman

Tel: 04-4695333

Emel: hsik@moh.gov.my 

   

© 2025 Hospital Sik. Semua Hak Cipta Terpelihara.