1.PENGENALAN
Unit Kualiti dan Inovasi Hospital Sik mula diwujudkan secara rasminya pada 11 Jun 2002.Ini adalah berikutan dengan saranan Bahagian Piawaian Kualiti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di mana setiap hospital kerajaan di Malaysia mempunyai satu unit khas perkhidmatan kualiti kepada pelanggan.
1.1 LOKASI
Unit Kualiti dan Inovasi Hospital Sik terletak di tingkat bawah bangunan JKR 2145,Bangunan B Asrama Jururawat
2.0 SKOP PERKHIDMATAN
2.1 Unit Kualiti menyediakan perkhidmatan seperti berikut:
2.1.1 Mengawasi pelaksanaan dan memantau semua aktiviti peningkatan kualiti
2.1.2 Menyelaras dan memantau aktiviti - aktiviti dan proses pengumpulan data berkenaan Hospital Kluster (Hospital Kluster Kedah Tengah)
2.1.3 Pusat pengumpulan data untuk tujuan analisa :-
-Matrik HPIA / KPI
-Pelan Tindakan Perubatan
-Patient Safety Goals
-Hospital Parameter
-PSQ - 18
-Incident Reporting dan lain - lain lagi
2.1.4 Menyedia dan menghantar laporan aktiviti kualiti ke JKN / KKM mengikut waktu yang ditetapkan.
2.1.5 Menyelaras sistem dokumentasi bagi semua aktiviti kualiti
2.1.6 Sebagai sumber rujukan dalam memberi maklumat mengenai aktiviti peningkatan kualiti dalam hospital
2.1.7 Memastikan audit - audit dalaman dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan
2.1.8 Menyusun atur takwin CME / CNE setiap tahun
2.1.9 Menyelaras Kursus, taklimat ,ceramah ,CME / CNE
2.1.10 Memantau aktiviti peningkatan kualiti hospital seperti Healthy Setting,KIK,HSA,Clinical audit ,Research ,Inovasi dan lain - lain lagi
2.1.11 Memastikan mesyuarat Morbidity / Mortality dijalankan mengikut pelan yang ditetapkan
2.2 Jawatankuasa Kualiti Hospital
2.2.1 Pihak hospital telah melantik Ketua Unit/Penyelaras Unit yang terdiri dari Unit Pengurusan ,Direktorat Klinikal ,Direktorat Sokongan Klinikal dan Tadbir Urus Klinikal
-Pengurusan terdiri dari Unit Sumber Manusia dan Pengurusan Latihan ,Unit Kewangan dan Hasil,Unit Perolehan dan Aset,Unit Pengurusan Maklumat,Unit Keselamatan,Unit Pentadbiran dan Pembangunan,Unit Kejuruteraan ,Unit Pengangkutan dan Unit Kawal Selia PSH.
-Tadbir Urus Klinikal terdiri dari Unit Kualiti dan Inovasi ,UKKP,Unit Kawalan Infeksi ,Unit Penyeliaan Hospital dan Unit Kejururawatan
-Direktorat Klinikal terdiri dari Unit Kecemasan dan Trauma,Unit Perubatan Dalaman,Unit Obstetrik dan Ginekologi,Unit Paedietrik,Unit Hemodialisis,Unit Klinik Pakar dan Unit Rawatan Harian
-Direktorat Sokongan Klinikal terdiri dari Unit Farmasi,Unit Radiologi,Unit Patologi dan Tranfusi,Unit Fisioterapi,Unit Terapi Cara Kerja,Unit Perubatan Forensik,Unit Rekod Perubatan,Unit Sajian,Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU)
2.3 Sebarang cadangan atau pindaan dalam pengendalian aktiviti kualiti perlu mendapat kelulusan Pengarah dan Jawatankuasa Unit Kualiti Hospital Sik
3.0 WAKTU OPERASI
| HARI | WAKTU OPERASI |
| Ahad - Rabu | 8.00 pagi - 5.00 petang |
| Khamis | 8.00 pagi - 3.30 petang |
| Waktu Rehat | 1.00 petang - 2.00 petang (Ahad hingga Khamis) |
| Tidak beroperasi pada hari cuti minggu,cuti umum dan cuti kelepasan am |