Unit Wound Klinik

1.PENGENALAN

Ditubuhkan pada 26.7.2020 seterusnya dirasmikan oleh Dr Azlina binti Muhamad Radzi,Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan),Negeri Kedah bagi memberi kemudahan untuk pesakit - pesakit di Hospital Sik untuk menjaga luka.

LOKASI

Klinik Penjagaan Luka terletak di bangunan Unit Pesakit Luar

WAKTU OPERASI

Ahad - Khamis 8.00 pagi - 1.00 tengah hari 

Hari Cuti/Kelepasan Am 9.00 pagi - 1.00 tengah hari

Kategori pesakit yang layak mendapat rawatan di klinik Penjagaan Luka

1.Semua pesakit stabil yang mempunyai luka 

Kategori kes-kes yang dirawat

1.Kes-kes yang dilihat adalah kes-kes yang dirujuk dari Unit Pesakit Luar Hospital Sik ,wad - wad Hospital  Sik Unit Kecemasan Hospital Sik,Hospital Sultanah Bahiyah, dan Hospital Sultan Abdul Halim.

2.Klinik penjagaan luka akan diadakan bersama pegawai perubatan pada hari selasa,setiap minggu.Luka -luka akan diakses untuk menentukan sama ada cucian biasa atau memerlukan modern dressing

3.Semua pesakit yang datang pada hari selain Selasa akan diperiksa oleh jururawat dan akan dirujuk kepada pegawai perubatan di Unit Pesakit Luar ,sama ada hanya boleh dicuci lukanya atau dirujuk ke Hospital tertiary

4.Pesakit yang memerlukan cucian luka di wad - wad Hospital Sik juga boleh merujuk kes kepada klinik penjagaan luka untuk mementukan dressing yang akan digunakan

4.SKOP PERKHIDMATAN

i.Memberi rawatan cucian luka

ii.Mengambil spesimen darah untuk diujikaji jika dirujuk ke hospital tertiary

iii.Melakukan x-ray mengikut keperluan yang diarahkan pegawai perubatan

iv.Melakukan pemeriksaan berkala seperti daily tekanan darah dan blood glucose       

003688
Today: 16
Yesterday: 25
This Week: 65
This Month: 620
Total: 3,688

HOSPITAL SIK,

08200,Sik,Kedah Darul Aman

Tel: 04-4695333

Emel: hsik@moh.gov.my 

   

© 2025 Hospital Sik. Semua Hak Cipta Terpelihara.