Unit Radiologi

PENGENALAN

       Polisi ini memberikan gambaran menyeluruh mengenai pengurusan Unit Radiologi dan menggariskan skop aktiviti-aktiviti dalam memberi perkhidmatan Pemeriksaan              Radiografi secara berterusan kepada pesakit di Hospital Sik dan Klinik-Klinik Kerajaan di sekitar Daerah Sik.Jenis perkhidmatan yang diberikan adalah pemeriksaan radiografi am.Perkhidmatan yang disediakan adalah berdasarkan garis panduan dari Bahagian Radiologi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Pengurusan Unit Radiologi merupakan salah satu komponen penting dalam Perkhidmatan Sokongan Klinikal Hospital Sik.Perkhidmatan Radiologi dijalankan secara beretika,professional,mesra,bersopan santun di samping menjaga maruah dan kerahsiaan pesakit.Lokasi Unit Radiologi terletak di blok bangunan Zon 2 iaitu berada diantara Unit Patologi dan Tranfusi dan Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU).

ORGANISASI DAN PENGURUSAN

     VISI

          Menjadikan Unit Radiologi Hospital Sik sebagai pusat perkhidmatan pengimejan diagmostik yang berkualiti,cekap dan profesional setara dengan perkembangan perkhidmatan dan teknologi kesihatan terkini.

     MISI

          Menghasilkan radiograf yang berkualiti disamping menyediakan dan memberikan  perkhidmatan yang lebih selesa dan penyayang di samping bekerja secara berpasukan dan professional.

     OBJEKTIF

         1.  Menyediakan perkhidmatan pengimejan yang efektif,cekap ,bermutu,dan professional.

         2.  Memastikan semua perkhidmatan yang ditawarkan kepada pesakit memenuhi tujuan rawatan dan kehendak pelanggan.

         3.  Kepada  pesakit memenuhi tujuan rawatan dan kehendak pelanggan.

         4.   Menghasilkan radiograf yang berkualiti dengan penggunaan faktor dedahan yang minima.

    PIAGAM PELANGGAN

          Memberikan perkhidmatan yang mesra,adil,dan bersesuaian,diberikan kepada setiap pesakit.

         1. Masa pendaftaran adalah selama 10-20 minit.

         2. Masa menunggu untuk menerima rawatan adalah tidak melebihi 45 minit.Pesakit diminta untuk memaklumkan kepada staf bertugas jika masa menunggu melebihi 1                   jam.

         3. Jangka masa rawatan minima 30-60 minit mengikut kondisi pesakit.

         4.  Rawatan yang diberikan berkualiti dan sesuai dengan kehendak penyakit yang dihadapi.

         5.  Kehormatan pesakit akan dijaga semasa menjalani rawatan x-ray.

  WAKTU OPERASI

          1. Unit Radiologi beroperasi 24jam termasuk hari minggu dan hari kelepasan am.

          2. Perkhidmatan dari Klinik Pakar dan Klinik Kesihatan dan rujukan Hospital KKM dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

          3. Selepas waktu pejabat dan hari kelepasan am perkhidmatan Radiologi hanya dibuka bagi Unit Kecemasan dan Trauma dan Wad-wad di Hospital Sik sahaja.

 

HARI

WAKTU OPERASI

CATATAN

AHAD - RABU

8.00 PAGI – 5.00 PETANG

DARI PUKUL 5.30 PETANG HINGGA 7.30 PAGI BERIKUTNYA ADALAH ‘STAY ON CALL’. HANYA UNTUK KES DARI UNIT KECEMASAN DAN WAD SAHAJA.

KHAMIS

8.00 PAGI – 3.30 PETANG

JUMAAT / SABTU/ CUTI HARI KELEPASAN AM

24 JAM

MENERIMA KES DARI UNIT KECEMASAN DAN WAD SAHAJA.

 

 

 

003691
Today: 19
Yesterday: 25
This Week: 68
This Month: 623
Total: 3,691

HOSPITAL SIK,

08200,Sik,Kedah Darul Aman

Tel: 04-4695333

Emel: hsik@moh.gov.my 

   

© 2025 Hospital Sik. Semua Hak Cipta Terpelihara.