Unit Sajian

PENGENALAN UNIT SAJIAN

Unit Sajian adalah unit yang menyediakan perkhidmatan makanan dan produk enteral kepada pesakit-pesakit dalam di Hospital Sik. Perkhidmatan penyediaan makanan perlu mengambilkira pelbagai faktor seperti keperluan nutrien, diet yang seimbang, jenis penyakit dan jenis rawatan. Unit Sajian mendapat pengiktirafan pensjilan HACCP, GMP, Halal, MeSTI dan juga Trust MyCatering.

Unit Sajian Hospital Sik mula beroperasi pada 1 Ogos 1984. Unit Sajian terletak di antara Dobi Edgenta Mediserve dan Unit Forensik Hospital Sik. Unit Sajian adalah unit sokongan klinikal. Unit ini memulakan operasi di bawaah seliaan satu (1) orang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan dan Lima (5) orang Pembantu Penyediaan Makanan.

 

SKOP PERKHIDMATAN

Berikut adalah perkhidmatan yang disediakan di Unit Sajian :

  1. Menyedia dan membekalkan makanan kepada pesakit dalam wad berdasarkan pesanan yang diterima dari wad mengikut jenis diet melalui Sistem MPIS (Medical Programme Information System)
  2. Membekalkan produk enteral kepada pesakit dalam yang memerlukan tube feeding setelah dirujuk oleh Pegawai Perubatan.
  3. Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai HIV positif akan dibekalkan susu formula bayi bagi tempoh dari lahir sehingga 6 bulan.
  4. Menyedia dan membekalkan makanan kepada doktor yang bertugas atas panggilan .
  5. Ibu yang menemani anak di Wad Kanak-Kanak iaitu MAC (Mother Accompany Child) akan dibekalkan diet kelas tiga (Rujukan : Bil (55) dlm. KKM 203/18 Jld.3 bertarikh 12 Disember 2001).
  6. Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan demi perkembangan teknologi katering dan peningkatan mutu perkhidmatan makanan melalui Persijilan HACCP,MESTI,HALAL,GMP,TRUST MTCATERING 

 

WAKTU OPERASI

Perkhidmatan Sajian beroperasi seperti berikut :

Waktu Urusan Pejabat
Ahad hingga Khamis (Flexi) 7.30 pagi – 6.00 petang
Jumaat, Sabtu dan Hari Kelepasan Am Tutup

 

Waktu Operasi Perkhidmatan Sajian
Ahad hingga Sabtu 6.00 pagi – 6.00 petang
Shift Pagi 6.00 pagi – 3.00 petang
Shift Petang 9.00 pagi – 6.00 petang
003691
Today: 19
Yesterday: 25
This Week: 68
This Month: 623
Total: 3,691

HOSPITAL SIK,

08200,Sik,Kedah Darul Aman

Tel: 04-4695333

Emel: hsik@moh.gov.my 

   

© 2025 Hospital Sik. Semua Hak Cipta Terpelihara.