CSSD

PENGENALAN

Unit Central Sterilising Supply Services (CSSS),atau lebih dikenali sebagai CSSU,ialah unit bekalan bahan steril yang berperanan dalam menjalankan proses pensterilan peralatan perubatan bagi kegunaan semua wad dan unit di Hospital Sik sejak September 2003.Unit ini juga menyediakan perkhidmatan pensterilan kepada klinik-klinik Kesihatan di seluruh daerah Sik serta hospital - hospital lain apabila diperlukan.CSSU komited dalam memastikan setiap proses dekontaminasi dan pensterilan dilaksanakan secara efisien,berkesan,dan boleh dipercayai ,selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia .CSSU terletak di sebuah bangunan satu tingkat yang turut menempatkan Unit Pengimejan Diagnostik terletak di belakang bangunan Jabatan Pesakit Luar dan berhadapan dengan Wad Melor Lelaki.

SKOP PERKHIDMATAN

              1.4.1  Kemudahan penjagaan kesihatan berpusat untuk seluruh hospital serta kemudahan penyimpanan untuk produk yang disterilkan secara komersial

              1.4.2  Menerima ,mengasing,membasuh,mengering memeriksa,membungkus,mensteril,menyimpan dan membekal semua alatan,soft goods,linen dan bahan lain untuk                         kegunaan pesakit sesuai dengan peralatan yang ada

              1.4.3  Melaksanakan proses pensterilan bagi semua set,(loose item),dan  (soft goods) yang telah dibungkus dari Pusat Kesihatan berhampiran di sekitar daerah Sik.Unit                          ini juga memastikan proses pencucian,pemasangan,dan pensterilan dijalankan dengan betul serta mengikut piawaian Malaysian Standard of Sterilization Process.

              1.4.4  Menyediakan dan memproses bahan mentah seperti soft good sebelum proses pensterilan untuk kegunaan semua jabatan,wad dan unit hospital

              1.4.5  Menyimpan semua produk steril selepas proses pensterilan sebelum dibekalkan kepada unit pengguna

              1.4.6  Memesan mengasing,memeriksa ,melipat ,membungkus,mensteril dan membekalkan linen kesemua wad/unit mengikut keperluan pengguna

               1.4.7 Menerima menyedia dan membekalkan permohonan,pinjaman peralatan steril dari unit  dan Klinik Kesihatan

HARIWAKTU OPERASIKETERANGAN / SYIF MALAM
Ahad hingga Rabu 8.00 Pagi - 1.00 Tengah hari
Rehat - 1.00 - 2.00 Petang
2.00 Petang - 5.00 Petang
5.00 Petang hingga 8.00 Pagi
Kakitangan CSSU Bertugas Atas Panggilan
Khamis 8.00 Pagi - 1.00 Tengah hari
Rehat - 1.00 - 2.00 Petang
2.00 Petang - 3.30 Petang
3.30 Petang hingga 8.00 Pagi
Kakitangan CSSU Bertugas Atas Panggilan
Hari Cuti dan Kelepasan Am Kakitangan CSSU Bertugas Atas Panggilan Kakitangan CSSU Bertugas Atas Panggilan
003691
Today: 19
Yesterday: 25
This Week: 68
This Month: 623
Total: 3,691

HOSPITAL SIK,

08200,Sik,Kedah Darul Aman

Tel: 04-4695333

Emel: hsik@moh.gov.my 

   

© 2025 Hospital Sik. Semua Hak Cipta Terpelihara.