PENGENALAN
Wad Melor Perempuan merupakan wad pesakit perempuan di Hospital Sik di buka pada bulan Oktober 1986.Merupakan sebuah wad pelbagai disiplin merangkumi unit medikal,surgikal,ortopedik dan ginekologi.Beroperasi dengan 28 buah katil.Wad ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian perawatan am dan bahagian perubatan penyakit berjangkit.Kubikal pertama dikhaskan untuk kes -kes yang memerlukan pemerhatian rapi.Kubikal kedua untuk kes -kes sedar diri dan boleh bantu diri sendiri serta pengurusan pesakit denggi.Kubikal ketiga untuk kes - kes yang stabil dan memerlukan rawatan panjang .Terletak dibangunan JKR 2135 bersebelahan dengan bangunan JKR 2134 (Wad Lelaki)
PERKHIDMATAN
Aktiviti yang dijalankan merangkumi:-
1.Pengurusan kemasukan pesakit
2.Orientasi pesakit atau waris/majikan dan lain -lain
3.Pemeriksaan fizikal dan psikologikal
4.Memberi perawatan kepada pesakit (Nursing Care)
5.Rawatan prosedur
6.Pemeriksaan diagnostik
7.Pendidikan pesakit
8.Persedian dan pengurusan discaj
9.Pengurusan wad
WAKTU OPERASI
Perkhidmatan berterusan selama 24 jam sehari.Anggota yang bertugas di Wad Melor Perempuan merangkumi 3 shif iaitu shif pagi 7.00 pagi hingga 2.00 petang.Shif petang 2.00 petang hingga 9.00 malam dan shif malam 9.00 malam hingga 7.30 pagi.Jadual tugas disediakan 2 minggu sekali