Unit Kejuteraan

UNIT KEJURUTERAAN 

Unit kejuteraan merupakan salah satu unit sokongan teknikal yang penting di hospital.Unit ini berperanan utama dalam memastikan semua kemudahan fizikal,peralatan perubatan ,sistem mekanikal dan elektrikal sentiasa berada dalam keadaan baik,selamat dan berfungsi secara optimum.Tugas utama unit ini merangkumi kerja - kerja penyelenggaraan berjadual dan pembaikan kerosakan ,pengurusan projek pembangunan kecil ,pemantuan kontrak penyelenggaran pihak ketiga,serta memastikan pematuhan terhadap standard keselamatan dan peraturan teknikal yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.Unit kejuruteraan juga bertanggungjawab dalam menyokong operasi harian hospital secara menyeluruh agar perkhidmatan kesihatan dapat disampaikan dengan lancar ,cekap dan berkesan kepada pesakit dan warga kerja hospital.

PERKHIDMATAN

1.Memantau perlaksanaan Penswastaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) bagi Perkhidmatan Pendobian  (LLS),Pencucian (CLS),Pengurusan  Sisa-Sisa Klinikal      (CWMS),Kejuteraan Fasiliti (FEMS),dan Kejuteraan Biomedikal (BEMS) agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak dalam Perjanjian Konsesi.

2. Melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna hospital dengan memastikan keperluan di dalam Perjanjian Konsesi dipenuhi.

3. Memastikan Khidmat Sokongan Hospital yang diberikan oleh syarikat konsesi adalah berterusan ,cekap dan selamat mengikut piawaian yang ditetapkan.

4. Membantu menyelaras Mesyuarat Validasi dan Koordinasi (VCM) setiap bulan bagi membincangkan berkenaan dengan keputusan pemotongan yuran pihak konsesi bagi bulan sebelumnya.

5. Membantu menyelaras Mesyuarat Validasi dan Koordinasi (VCM) setiap bulan bagi membincangkan berkenaan dengan keputusan pemotongan yuran pihak konsesi bagi bulan sebelumnya

6. Membantu menyemak pelaporan teknikal (TA,CA,LCA & etc) yang dikemukakan oleh syarikat konsesi

7.Membantu menyelaras aduan - aduan dari pihak jabatan berkaitan perkhidmatan sokongan hospital

8. Memberi khidmat nasihat teknikal dalam bidang kejuruteraan dan saintifik di bawah bidang tanggungjawab  BPK

9. Menyedia dan memantau pelaksanaan program penyeleggaraan kejuruteraan di hospital.

10. Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas sistem,pemasangan ,loji dan peralatan jentera /mekanikal,elektrikal dan biomedikal

11. Memberi pendidikan dan latihan kepada pengguna bagi mempertingkatkan pemahaman tentang Khidmat Sokongan Hospital membantu menyediakan dokumen BER2 bagi proses pengeluaran Sijil Perakuan Pelupusan (PEP) bagi peralatan jentera/mekanikal,elektrikal dan biomedikal yang berkaitan

12. Membantu menyelaras mesyuarat jawatankuasa pengurusan aset tak alih (JKPAK) fasiliti di peringkat hospital dan melaksanakan aktiviti pendaftaran komponen aset tak alih sehingga proses pelupusan 

13. Membantu menyelaras mesyuarat,aktiviti dan Laporan Sustainability  Program Energy Management (EM) ,Indoor Air Quality (IAQ) dan Reduce,Reuse ,Recycle (3R) yang dijadualkan

14. Menyediakan dan menghantar laporan Hospital Monthly Report setiap bulan dan mengemukakan kepada pihak Unit Kejuruteraan (Operasi Hospital ) JKN

15. Menyediakan Contractor Performance Assesment (CPA) setiap 4 bulan dan mengemukakan kepada pihak Unit Kejuruteraan (Kawalselia) JKN

HARI  WAKTU OPERASI
 Ahad - Rabu   8.00 pagi - 5.00 petang
 Khamis  8.00 pagi - 3.30 petang

 

003691
Today: 19
Yesterday: 25
This Week: 68
This Month: 623
Total: 3,691

HOSPITAL SIK,

08200,Sik,Kedah Darul Aman

Tel: 04-4695333

Emel: hsik@moh.gov.my 

   

© 2025 Hospital Sik. Semua Hak Cipta Terpelihara.