Perutusan Pengarah
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera & Salam Malaysia Madani.
Selamat datang ke Laman Web Rasmi Hospital Kulim (Lead Hospital Kluster Kedah Selatan).
Bersyukur kita kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya HK telah berjaya mengorak langkah setapak lagi dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan terbinanya platform baru laman web yang lebih terulung dan mesra pengguna seiring perkembangan empayar teknologi terkini.
Laman web ini merupakan satu wadah untuk mendekati masyarakat dengan hospital secara virtual. Justeru HK mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan penggunaan teknologi masa kini supaya berada pada tahap maksimum yang secara langsung akan dapat memberi impak kepada seluruh masyarakat khususnya di Daerah Kulim dan Bandar Baharu dan bandar satelit lainya dan secara umumnya diseluruh pelusuk dunia.
Dengan usia HK yanbg semakin bertambah, laman web ini diharap menjadi titik pengenalan pengunjung untuk mengenali fasiliti hospital secara maya dengan lebih mudah dan mesra. Ini sejajar dengan moto Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Kami Sedia Membantu, HK amat komited untuk memberikan perkhidmatan yang holistic, cekap, efisien dan berkualiti tinggi kepada semua pelanggan. Dengan terbentuknya wadah laman web ini diharap akan memudahkan masyarakat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Profil, Visi, Misi, Fungsi serta Objektif HK, perkhidmatan yang di tawarkan serta program dan info terbaharu yang dijana diperingkat hospital khususnya dan Kementerian Kesihatan Malaysia amnya.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua warga HK yang sangat berdedikasi dan kepada kakitangan yang telah terlibat dengan pembinaan laman web ini khususnya, Bahagian Pengurusan, Unit Teknologi Maklumat Hospital Kulim dan juga individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan saluran laman web ini.
Saya juga mengalu-alukan dan berbesar hati untuk menerima sebarang maklumbalas daripada orang ramai serta juga komen yang analitikal dan konstruktif kepada laman web ini untuk tujuan penambahbaikan yang berterusan ke arah melahirkan suntikan dapatan dan informasi muthakir dan bermanafaat untuk semua lapisan masyarakat dan meningkatkan keberkesanan HK didalam memberikan perkhidmatan dan mempromosi elemen kesihatan sejagat.
Terbang tinggi burung kedidi
Bawa minum di dalam kendi
Cabaran merawat kita santuni
Untuk jayakan visi dan misi
Sekian, terima Kasih
"PENYAYANG, PROFESIONALISME KERJA BERPASUKAN ADALAH BUDAYA KERJA KITA"
Dr. Mohd. Ruhaifi Bin Ali
Pengarah Hospital Kulim