UNIT CASEMIX
Unit Casemix Hospital Kulim telah ditubuhkan pada Oktober 2020 untuk merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan Sistem Casemix, Malaysian Diagnosis Related Group (MalaysianDRG) supaya berjalan dengan lancar, baik dan sistematik. MalaysianDRG yang dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sejak November 2010, merupakan satu sistem pengkelasan pesakit bagi setiap episod rawatan kesihatan berdasarkan maklumat klinikal dan sumber yang telah digunakan. Sistem ini berfungsi untuk meningkatkan kualiti penjagaan pesakit disamping dapat menjana maklumat-maklumat yang boleh digunakan sebagai wadah dalam pengurusan maklumat klinikal serta kewangan sesebuah hospital atau fasiliti kesihatan
VISI
Menjadi penanda aras dalam pengurusan maklumat klinikal dan kewangan hospital bagi menghasilkan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi
MISI
Menjadikan Sistem Casemix sebagai alat untuk klasifikasi episod penjagaan pesakit, menjana maklumat mengenai kualiti penjagaan kesihatan, kecekapan kos serta pengurusan kesihatan yang lain dan sebagai pengukur kepada prestasi hospital
OBJEKTIF
- Menjadi rujukan utama di peringkat hospital dalam dokumentasi diagnosis dan prosedur klinikal
- Memastikan data klinikal dan data kewangan yang dimasukkan ke dalam aplikasi MalaysianDRG adalah tepat dan sempurna
- Memantau kemasukan data klinikal dan data kewangan dalam aplikasi MalaysianDRG
SKOP PRKHIDMATAN
- Mengatur dan melaksanakan kemasukan data klinikal dan data kewangan ke dalam Sistem Casemix (MalaysianDRG)
- Mengenalpasti dan menyelesaikan isu-isu berkenaan pelaksanaan casemix
- Mengkaji maklumat-maklumat terbitan daripada Modul Executive Information System (EIS) seperti;
- Major Diagnosis Categories (MDC)
- Diagnosis-Related Groups (DRG)
- Severity of Illness (SOI)
- Case Group Weights (CGW)
- Casemix Index (CMI) dan data lain yang berkaitan
- Menjalankan latihan (Ketetapan dan Kesempurnaan Diagnosis Klinikal dan Koding ICD-10 dan ICD9-CM) secara berterusan
- Mengatur dan melaksanakan aktiviti-aktiviti audit di peringkat hospital