JABATAN DIETETIK DAN SAJIAN

Jabatan Dietetik dan Sajian (JDS) berfungsi sebagai salah satu unit sokongan hospital. Jabatan ini menyediakan dua bentuk perkhidmatan iaitu perkhidmatan dietetik dan perkhidmatan sajian makanan.


Perkhidmatan Dietetik

Perkhidmatan yang diberikan adalah merangkumi perlaksanaan penilaian pemakanan, diagnosis pemakanan, intervensi pemakanan serta pemantauan dan penilaian semula ke atas pesakit bagi memastikan pesakit menerima rawatan secara holistik.


Perkhidmatan Sajian

Berfungsi dalam merancang dan menyediakan makanan untuk pesakit dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan bersesuaian dengan teknologi semasa, berkualiti serta melaksanakan prinsip pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi, pekeliling dan arahan yang ditetapkan.



VISI

Jabatan Dietetik dan Sajian akan berusaha dalam perkembangan perkhidmatan makanan, dietetik klinikal dan juga promosi kesihatan untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.

MISI

Perkhidmatan Dietetik :

  • Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan berdasarkan amalan ‘’evidence based’’ di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.
  • Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.

Perkhidmatan Sajian :

  • Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
  • Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi, pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan

OBJEKTIF

Perkhidmatan Dietetik

  1. Memberikan khidmat dietetik dalam tempoh 24 jam kepada pesakit dalam dan 45 hari bagi pesakit luar selepas dirujuk  tidak termasuk hari cuti mingguan dan umum. Peratus pencapaian adalah ≥90% untuk rujukan pesakit dalam dan ≥85% untuk rujukan pesakit luar.
  2. Sebanyak ≥90% daripada jumlah pesakit dalam yang mengambil diet cecair mencapai sekurang-kurangnya 75% daripada keperluan tenaga yang disarankan dalam tempoh lima (5) hari selepas permulaan pemberian pemakanan diet cecair.

Perkhidmatan Sajian

  1. Memberikan perkhidmatan sajian makanan yang selamat dan berkualiti kepada pesakit dan anggota  perubatan yang berkelayakan. Tiada kes kontaminasi fizikal bahaya dalam makanan yang dihidangkan kepada pesakit dan anggota perubatan.
  1. Semua persampelan untuk makanan bermasak yang dijalankan setiap tiga (3) bulan adalah bebas daripada mikroorganisma patogenik dan mengikut standard yang ditetapkan.
  2. Sebanyak ≥85% pesakit yang tinggal di wad (pesakit dalam) berpuas hati dengan perkhidmatan makanan di hospital
  3. Hidangan makanan yang dihidang kepada pesakit dalam mengikut pesanan di wad. Peratus pencapaian adalah sekurang-kurangnya 95%


  • Perkhidmatan dietetik diberi kepada pesakit berdasarkan rujukan daripada pengamal perubatan mengikut waktu bekerja rasmi.
  • Perkhidmatan turut diberikan kepada pesakit tanpa rujukan di kawasan klinikal tertentu seperti Unit Rawatan Rapi, Unit Rawatan Harian Hemodialisis dan pesakit yang dilihat bersama kumpulan perubatan multidisiplin (Multidisciplinary Ward Round) serta di kawasan klinikal lain mengikut keperluan semasa.
  • Perkhidmatan dietetik diberi berdasarkan langkah-langkah dalam proses penjagaan pemakanan (nutrition care process) iaitu penilaian pemakanan, diagnosis pemakanan, intervensi pemakanan serta pemantauan dan penilaian semula.
  • Keperluan pemakanan pesakit yang dirujuk merangkumi jenis diet, jenis dan jumlah formula enteral, kekerapan dan selang masa pemberian akan ditentukan oleh pegawai dietetik.
  • Preskripsi formula enteral dilakukan oleh pegawai dietetik.
  • Anggota kejururawatan akan melaksanakan pemesanan dan pemberian diet yang sesuai kepada pesakit mengikut preskripsi diet yang ditetapkan.
  • Bekalan produk enteral hanya dibekalkan kepada pesakit dalam sahaja kecuali bagi pesakit Inborn Error of Metabolism (IEM) yang memerlukan produk pemakanan perubatan secara berterusan.
  • Lawatan susulan akan dirancang mengikut keperluan berdasarkan perkembangan kesihatan pesakit
  • Dokumentasi proses penjagaan pemakanan (nutrition care process) dibuat menggunakan borang seperti yang diarahkan oleh perkhidmatan
  • Perkhidmatan Dietetik Pesakit Luar di Hospital Kulim dijalankan di Klinik Diet yang terletak bersebelahan Jabatan Dietetik dan Sajian. Selain itu, perkhidmatan juga diberikan di klinik-klinik Integrasi bersama profesion kesihatan lain yang telah ditetapkan.
  • Klinik Diet beroperasi empat (4) hari seminggu kecuali hari Selasa bermula jam 9.00 pagi hingga 3.30 petang. Walaubagaimanapun, sesi kaunseling diet akan dijalakan di luar waktu operasi klinik pada hari bekerja jika terdapat limpahan rujukan pesakit.
  • Perkhidmatan dietetik diberikan kepada pesakit berdasarkan rujukan daripada pengamal perubatan mengikut temujanji yang ditetapkan.
  • Perkhidmatan dietetik diberi berdasarkan langkah-langkah dalam proses penjagaan pemakanan (nutrition care process) iaitu penilaian pemakanan, diagnosis pemakanan, intervensi pemakanan serta pemantauan dan penilaian semula.
  • Preskripsi dan intervensi pemakanan akan dilakukan oleh pegawai dietetik dan penjagaan pemakanan akan dilaksanakan oleh pesakit sendiri atau penjaga.
  • Lawatan susulan akan dirancang mengikut keperluan bedasarkan perkembangan kesihatan dan temujanji akan diberikan kepada pesakit.
  • Dokumentasi proses penjagaan pemakanan (nutrition care process) dibuat menggunakan borang seperti yang diarahkan oleh perkhidmatan

  • Perkhidmatan pendidikan pemakanan berkumpulan diberi kepada pesakit berdasarkan rujukan daripada pengamal perubatan.
  • Perkhidmatan ini adalah mengikut tarikh temujanji yang diberikan.
  • Masa perkhidmatan pendidikan pemakanan berkumpulan diberikan mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Pegawai dietetik akan mengenalpasti pesakit yang memerlukan dan bersedia untuk mengikuti konsultasi diet khusus secara individu. Pesakit akan ditawarkan rawatan susulan dan didaftarkan sebagai pesakit luar mengikut tarikh temujanji.
  • Perkhidmatan pendidikan pemakanan berkumpulan juga diberi kepada anggota hospital dan kesihatan, institusi dan komuniti awam mengikut keperluan berdasarkan permintaan.
  • Dokumentasi maklumat pesakit yang mendapat pendiidkan pemakanan secara berkumpulan dibuat menggunakan borang yang ditetapkan.
  • Pegawai dietetik melakukan lawatan rasmi di 2 klinik kesihatan mengikut tarikh yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, iaitu di Klinik Kesihatan Kulim dan Klinik Kesihatan Serdang.
  • Perkhimatan ini akan dilakukan sebanyak 1 kali dalam sebulan untuk setiap klinik.
  • Pengurusan perolehan untuk perkhidmatan makanan yang merangkumi pembekalan bahan mentah basah dan kering serta perkhidmatan yang berkaitan dilaksanakan oleh pegawai yang telah diturun kuasa oleh Pengarah Hospital.
  • Perlaksanaan perolehan di JDS adalah merujuk kepada tatacara kewangan dan Arahan Perbendaharaan semasa yang berkuatkuasa.
  • Perolehan dibuat secara pembelian terus, sebut harga atau tender mengikut kesesuaian.
  • Perolehan panjar wang runcit akan dilaksanakan sekiranya terdapat keperluan pembelian bekalan segera semasa keadaan luar jangka/darurat.
  • Prosedur pengurusan perolehan lengkap boleh dirujuk di dalam Prosedur Operasi Standard Pengurusan Perolehan Di Dalam Perkhidmatan Makanan (Penjagaan Kesihatan)
  • Perkhidmatan penyediaan makanan di JDS beroperasi setiap hari sepanjang tahun.
  • Semua pesakit dalam yang boleh mengambil makanan secara oral dan pegawai perubatan atas panggilan akan dibekalkan diet sebanyak empat (4) kali sehari iaitu sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Manakala bagi doktor dan paramedik di Dewan Bedah, diet akan disediakan mengikut pesanan dan kelayakan. Diet yang disediakan adalah berpandukan kepada ‘Hospital Diet Manual’ yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Pesakit dalam dan pesakit rawatan harian mestilah berdaftar untuk mendapatkan hidangan makanan dan pesanan makanan dibuat oleh jururawat di wad melalui borang pesanan diet.
  • Perancangan menu adalah berdasarkan prinsip makanan sihat serta mengikut beberapa aspek seperti halal, keperluan nutrisi, sumber manusia, pengetahuan dan kemahiran personel, kemudahan peralatan, peruntukan serta senarai item dalam kontrak makanan.
  • Menu untuk pesakit dirangka oleh Jawatankuasa Menu dan pusingan menu yang disediakan adalah setiap 15 hari. Menu khas akan dihidangkan pada tarikh 31 dan juga pada hari-hari perayaan. Walaubagaimanapun, pihak Jabatan diberi pilihan oleh Jawatankuasa Teknikal Perkhidmatan Sajian untuk memilih menu 8 pusingan.
  • Aspek lain yang perlu diambil kira semasa merancang menu di hospital adalah termasuk pengkelasan wad  iaitu wad kelas satu (1), tiga (3) dan kanak-kanak.
  • Jenis diet yang disediakan adalah diet normal, diet modifikasi konsistensi dan diet teraputik. Diet Vegetarian juga disediakan atas permintaan pelanggan mengikut kepercayaan agama dan budaya mereka.
  • Kawalan keselamatan makanan serta kebersihan kakitangan semasa proses penerimaan, penyimpanan, pra-penyediaan, penyediaan dan penghidangan serta agihan makanan dilaksanakan berdasarkan prosedur yang ditetapkan di dalam Manual GMP/HACCP JDS Hospital Kulim.
  • Sistem pengagihan diet di JDS adalah menggunakan sistem pukal (bulk) untuk diet normal dan diet kepada anggota perubatan dan paramedik di Dewan Bedah. Manakala pesakit yang memerlukan diet teraputik, doktor atas panggilan, diet kelas satu (1) dan pesakit di wad-wad tertentu, hidangan diet akan dihidangkan secara berpusat (centralised).
  • Diet akan diambil oleh Pembantu Perawatan Kesihatan di Jabatan Dietetik dan Sajian mengikut jadual berikut:

                Sarapan Pagi                    : 7.00   – 7.30 pagi

                Makan Tengahari               : 11.45 – 12.15 tengahari

                Minum Petang                   : 2.45   – 3.15 petang

                Makan Malam                    : 5.45   – 6.15 petang

  • Diet akan dihidangkan kepada pesakit oleh anggota wad yang ditugaskan mengikut pesanan yang telah dibuat.
Semua peralatan penghidangan seperti bekas makanan, cawan dan kutleri perlu dicuci di pantry wad. Anggota wad perlu memastikan tray makanan dan alat perkakasan 
  • penghidangan yang digunakan sentiasa berada di dalam keadaan bersih, kering, bertutup dan selamat untuk digunakan.
  • Peralatan pakai buang hanya dibenarkan bagi kes keperluan khas mengikut kesesuaian seperti pesakit yang menghidap penyakit berjangkit tertakluk kepada arahan/ pekeliling semasa yang berkuatkuasa.
  • Semua aduan berkaitan dengan perkhidmatan makanan boleh diterima daripada pesakit, waris pesakit dan anggota hospital.
  • Setiap aduan perlu disertakan bersama sampel makanan jika berkaitan untuk tujuan pengesahan dan siasatan lanjut.
  • Penggantian hidangan makanan baru akan dibuat mengikut keperluan. Siasatan dan dokumentasi akan dilengkapkan mengikut prosedur seperti yang ditetapkan oleh perkhidmatan / di dalam Manual GMP/HACCP
.
  • Semua pintu perlu ditutup pada setiap masa.
  • Anggota luar tidak dibenarkan masuk ke kawasan operasi sajian tanpa kebenaran.
  • Sebarang urusan di JDS perlu melalui pintu utama atau berurusan di kaunter pengagihan diet
  • Semua stor kecuali stor harian perlu dikunci setiap masa dan kunci dipegang oleh pegawai yang menyelia semasa waktu operasi.
  • Anggota JDS perlu memastikan semua pintu telah dikunci dan paip utama gas memasak telah ditutup sebelum meninggalkan Jabatan selepas waktu operasi. Semua kunci akan dipulangkan ke dalam peti kunci yang telah disediakan apabila tamat waktu operasi dan direkodkan
  • Sebarang kemalangan yang berlaku di tempat kerja akan dilaporkan kepada Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan Hospital Kulim.
  • Kemudahan bagi pencegahan kebakaran yang terdapat di JDS adalah alat pemadam api, system penggera kebakaran, sistem  hose reel, wet chemical system dan self-contained signal point indicators.
HARI
MASA
AHAD - RABU
9.00 PAGI – 4.00 PETANG
KHAMIS
9.00 PAGI – 1.00 PETANG
REHAT
1.00 – 2.00 PETANG

JUMAAT, SABTU DAN

HARI KELEPASAN AM
TUTUP