Klinik ortopedik yang terletak di klinik Pakar 5. Klinik Ortopedik memulakan operasi secara berasingan dari klinik Pakar 2 ke klinik Pakar 5 pada bulan Jun 2009.
Dengan kekuatan 4 orang Pakar Bedah Ortopedik dan 16 orang Pegawai Perubatan klinik ortopedik beroperasi setiap hari Isnin dan Khamis. Manakala untuk Klinik Wound Inspection pada hari Selasa. Wad ortopedik bagi pesakit lelaki ditempatkan di Wad 5. Wad 5 adalah wad multi-displin yang menempatkan pesakit lelaki yang dari disiplin mata, psikiatri, telinga hidung dan tekak. Wad ortopedik perempuan adalah Wad 6 berkongsi dengan disiplin Surgikal. Bagi kes ortopedik kanak-kanak adalah di Wad 1 yang mempunyai 4 katil untuk kes ortopedik dan berkongsi wad dengan unit surgical serta kes-kes lain.
VISI
Memyediakan perkhidmatan penjagaan, pemeriksaan dan rawatan perubatan yang efisien, tepat dan berkesan kea rah mengawal serta merawat penyakit agar individu dan masyarakat beroleh kesembuhan yang maksima bagi menjalani kehidupan yan selesa lagi produktif.
MISI
Memberi perkhidmatan yang berkualiti dan mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi meransang dan memudahkan rakyat agar mereka menghargai kesihatan sebagai asset yang bernilai dengan meningkatkan status kesihatan yang optima.
OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan kepakaran yang berkualiti dari segi diagnostic dan terapeutik bagi tujuan untuk mencapai rehabilitasi yang optima dalam suasana yang selesa dan menyenangkan mengikut kehendak pelanggan.
PIAGAM PELANGGAN
- Perkhidmatan yang mesra ,adil,dan bersesuaian akan diberikan kepada setiap pelanggan
- Hanya pelanggan yang ada temujanji sahaja akan mendapat rawatan
- Pelanggan yang tiada temujanji akan diberi temujanji
- Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan dalam masa 75 minit
- Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa kehormatannya dan kerahsiaan akan terpelihara semasa menerima rawatan
SKOP PERKHIDMATAN
- Klinik Ortopedik Am
- Klinik Pemeriksaan Luka
- Klinik Foot & Ankle
- Klinik Pakar Lawatan Hand Surgery
HARI | MASA | KETERANGAN |
---|---|---|
AHAD | PAGI | KLINIK ORTOPEDIK AM / HAND CLINIC |
ISNIN | PAGI/ PETANG | KLINIK AM /
KLINIK SOCSO (PETANG) |
SELASA | PAGI/PETANG | KLINIK WOUND INSPECTION / KLINIK SOCSO (PETANG) |
RABU | PAGI | KLINIK ORTOPEDIK AM |
KHAMIS | PAGI | KLINIK ORTOPEDIK AM /
KLINIK FOOT & ANKLE |
SETIAP KHAMIS MINGGU KETIGA | PAGI | KLINIK PAKAR LAWATAN NEUROSURGERI |