UNIT KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (UKKP)
Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (UKKP) ditubuhkan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan kakitangan Hospital Kulim dan bagi melindungi orang lain terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan berkaitan dengan aktiviti orang yang sedang bekerja. Ini adalah berdasarkan kepada Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 (Undang-undang Malaysia, Akta 514).
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital KUlim ditubuhkan pada tahun 2014. Walaupun, surat arahan bagi mewujudkan Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) di semua Hospital Dan Institusi Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, No Rujukan: KKM.600-37/1/3, Bertarikh 11 Julai 2016 dikeluarkan pada 2016. Unit ini bertugas seperti yang digariskan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Unit ini bertanggungjawab untuk memantau dan memastikan persekitaran adalah selamat dan bebas dari bahaya yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan warga.
VISI
Komited dalam memastikan keadaan persekitaran di kawasan hospital adalah bersih dan selamat kepada semua pekerja kesihatan, pesakit dan pelawat dengan memenuhi peraturan dan etika yang ditetapkan.
MISI
Bagi mencapai visi di atas, UKKP akan:
1. Memastikan pematuhan kepada perundangan berkaitan keselamatan, kesihatan dan persekitaran pekerjaan oleh warga Hospital Kulim.
2. Membangun dan menguatkuasa dasar dan tataamalan yang menjurus kepada keselamatan, kesihatan dan persekitaran pekerjaan yang baik.
3. Menggalakkan penglibatan seluruh warga Hospital Kulim di dalam menjamin keselamatan, kesihatan dan persekitaran pekerjaan.
OBJEKTIF
1. Menyalurkan pengetahuan bagi semua kakitangan mengenai keselamatan & kesihatan pekerjaan (OSH).
2. Memberi pendedahan kepada semua kakitangan tentang risiko yang berkaitan dengan pekerjaan masing-masing.
3. Menerangkan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil sekiranya berlaku hazad serta cara- cara untuk mengelakkan diri dari terkena hazad.
4. Membudayakan kesihatan & keselamatan pekerjaan yang baik di kalangan kakitangan di insitusi ini.
5. Menerapkan dan memperkasakan pengendalian stress di tempat kerja secara berhemah berlandaskan pembangunan modal insan.
PIAGAM PELANGGAN
1. Masa menunggu untk menerima rawatan tidak melebihi 10 minit
2. Rawatan minima satu sesi adalah 30 minit
3. Setiap pelanggan akan diberikan penerangan yang jelas berkenaan diagnosa
4. Mengamalkan budaya korporat sepanjang rawatan
5. Rawatan diberikan kesesuaian penyakit yang didiagnosa
Sedang dikemaskini
SKOP PERKHIDMATAN
1. Orientasi berkaitan keselamatan & kesihatan pekerjaan kepada semua kakitangan baru/bertukar masuk ke Hospital Kulim
2. Memastikan dasar keselamatan dipamerkan di setiap unit dan kakitangan memahaminya
3. Menyediakan perkhidmatan rawatan kes ringan dan Medical Check Up melalui perkhidmatan Wellness Clinic kepada kakitangan, pasangan dan anak-anak.
4. Menjalankan audit keselamatan dan membentangkan setiap isu dalam mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKK)
5. Menjalankan latihan berkaitan keselamatan,
HARI | MASA | KETERANGAN |
---|---|---|
AHAD - RABU | 8.00 - 5.00 PTG | Temujanji kehadiran ke Wellness
Clinic perlu hubungi 04-4272733,
samb 3599. |
KHAMIS | 8.00 - 3.30 | Temujanji kehadiran ke Wellness Clinic perlu hubungi 04-4272733, samb 3599 |