JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA
Jabatan Kecemasan dan Trauma terletak di tingkat bawah bahagian timur bangunan Hospital Kulim. Jabatan Kecemasan dan Trauma  beroperasi secara 24 jam sehari. Jabatan Keceamasan dan Trauma memberikan rawatan awal utk kes-kes kecemasan perubatan dan trauma, mengendalikan perkhidmatan Pusat Khidmat Bersepadu (OSCC), mengendalikan situasi bencana, perkhidmatan pra hospital (Pre-Hospital Care) dan menguruskan pasukan liputan perubatan apabila mendapat arahan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.
VISI
Menjadi pusat kecemerlangan bagi Perkhidmatan Perubatan Kecemasan dan Trauma seiring dengan perkembangan terkini bidang kesihatan dan perubatan dengan mengutamakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi.
MISI
Mewujudkan satu sistem Perkhidmatan Kecemasan dan Trauma yang berkualiti bertujuan untuk menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kecacatan dengan konsep cepat, tepat dan berkesan serta mesra pelanggan.
 
OBJEKTIF
  1. Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan Trauma yang efektif dan efisien.
  2. Memberi perawatan perubatan kecemasan kepada pesakit merangkumi semua peringkat umur secara komprehensif dari aspek pencegahan dan merawat secara diagnostik, teraputik dan definitif.
  3. Melengkapkan semua anggota Jabatan Kecemasan dan Trauma dengan pengetahuan dan kemahiran yang terkini.
  4. Menggalakkan penyelidikan dan audit untuk memelihara dan meningkatkan mutu perkhidmatan.
  5. Mewujudkan suasana kerja berpasukan antara anggota Jabatan Kecemasan dan Trauma dengan mengamalkan sikap penyayang dan profesional.

PIAGAM PELANGGAN 
  1. Memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti
  2. Keutamaan akan kami berikan kepada kes kritikal dan separa kritikal di Jabatan Kecemasan dan Trauma dengan masa menunggu seperti berikut
    • Kes Kritikal ( Zon Merah) - Dirawat serta merta
    • Kes Separa Kritikal ( Zon Kuning) - Dirawat dalam masa 30minit
    • Lain-lain kes ( Zon Hijau) - Akan dilihat mengikut keutamaan berdasarkan keadaan pesakit
  3. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan
  4. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamn
  5. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.



SKOP PERKHIDMATAN
  1. Memberikan rawatan awal untuk kes-kes kecemasan perubatan dan juga trauma yang kritikal dan juga separa kritikal dan merawat kes-kes bukan kecemasan. Keutamaan dalam pemberian rawatan kepada pesakit adalah berpandukan Malaysian Triage System 2011’ dan dibahagikan mengikut zon-zon berpandukan Polisi EMTS 2012 yang dikeluarkan oleh KKM.
  2. Mengendalikan Perkhidmatan Pra Hospital (Pre-hospital Care) dengan melakukan panggilan ambulan ke tempat kejadian yang dijalankan secara 24 jam.
  3. Mengendalikan situasi bencana yang berlaku di Daerah Kulim sebagai ’Primary Responding Hospital’ dan sebagai ’Secondary Responding Hospital’ bagi daerah yang bersebelahan seperti Baling, Sungai Petani, dan juga negeri yang bersebelahan seperti Pulau Pinang dan Perak.
  4. Mengendalikan insiden melibatkan pencemaran bahan kimia di fasiliti berhampiran Hopsital Kulim menggunakan fasiliti MDERS dan Mass Incident Treatment Unit (MITU).
  5. Mengendalikan saringan dan rawatan awal bagi kes-kes penyakit berjangkit seperti COVID-19 di kawasan isolasi di Khemah Rawatan Covid-19.
  6. Mengendalikan perkhidmatan Pusat Khidmat Bersepadu (O.S.C.C) yang mengendalikan semua kes-kes rogol, keganasan rumahtangga, penderaan kanak-kanak, cabul, dan liwat.



Jabatan Kecemasan dan Trauma akan beroperasi 24 jam sehari. 7 hari seminggu termasuk hari Kelepasan Am.