JABATAN RADIOLOGI
Perkhidmatan Radiologi merupakan satu perkhidmatan yang asas di dalam perkhidmatan perawatan pesakit. Pemeriksaan Radiologi Am/Khas, diperlukan untuk membantu pegawai/pakar perubatan di dalam membuat pengdiagnosan yang segera dan tepat ke atas pesakit yang dirawati serta membantu di dalam mengesan penyakit-penyakit yang tidak disyaki.
Keberkesanan perawatan-perawatan tertentu ke atas pesakit boleh dinilai menerusi penggunaan pemeriksaan pengimejan diagnostik Radiografi Am/Khas. Adalah menjadi inspirasi unit ini untuk memberi perkhidmatan yang efektif, cepat dan bermutu tinggi demi keselamatan dan kesejahteraan pesakit.
Jabatan Radiologi terletak bersebelahan dengan Unit Pensterilan (CSSU), berhadapan dengan Jabatan Kecemasan. Jabatan ini mula beroperasi bersamaan dengan pembukaan hospital ini pada 1 September 1994 dan beroperasi dengan 3 bilik pemeriksaan iaitu sebuah Bilik Radiografi Am, sebuah Bilik Pemeriksaan Ultrasound dan sebuah bilik khas untuk CT Scan serta sebuah bilik memproses filem x-ray.
Pada tahun 2010, jabatan ini telah menerima seunit mesin untuk pemperosessan filem jenis Cassette Reader Single Loader. Jabatan ini kemudiannya dinaik taraf dengan penerimaan sebuah mesin Dental CBCT yang mula beroperasi pada bulan Disember 2013 dan penerimaan seunit mesin Cassette Reader Multiloader pada tahun 2015. Pada pertengahan bulan November, 2018 jabatan ini juga telah menerima satu lagi unit Mesin Ultrasound sejajar dengan permintaan untuk pemeriksaan Ultrsound yang semakin meningkat dan dapat mengurangkan kadar masa menunggu pesakit untuk mendapatkan rawatan khasnya.
Pada 4 Ogos 2020, Jabatan Radiologi Hospital Kulim telah mendapat seunit mesin Mammogram Planmed Clarity (Full Field Digital Mammography 3D) untuk kegunaan Hospital Kulim. Jabatan Radiologi, Hospital Kulim telah memulakan perkhidmatan Mammogram pada 16hb Ogos, 2020 dan dirasmikan oleh YB Tan Sri Dato Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
Pada 3hb Oktober 2022, Jabatan Radiologi telah mendapat seunit mesin DR Digital radiography untuk pemeriksaan Radiografi Am, Jenama Samsung, untuk kegunaan Hospital Kulim dan bagi melancarkan lagi perkhidmatan di Jabatan Radiologi. Mesin ini akan mula digunakan pada tahun 2023.
- Pemeriksaan Radiografi dan pemeriksaan Khas Radiologi.
- Perkhidmatan Laporan Pakar Radiologi
- Perkhidmatan mendapat tarikh temujanji bagi pemeriksaan radiologi Khas di Hospital Sultan Abdul Halim.
Pemeriksaan MRI dijalankan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. (Setiap hari Selasa dan Jumaat)
HARI/MASA |
---|
Ahad – Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang |
Selepas 5.00 petang (On-call) Jumaat / Sabtu / Cuti Umum (On-call) |