UNIT HASIL 
Unit Hasil Hospital Kulim berada di tingkat bawah bersebelahan dengan kaunter pengambilan sampel darah (Unit Patologi), berdekatan pintu masuk utama melalui lobi hospital. Diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir N32 dan dibantu oleh Ketua Pembantu Tadbir (Kewangan) W22.
Mengendalikan semua kutipan hasil mengikut Akta Fi 1951, Perintah Fi (Perubatan) 1982 dan Akta Fi  (Perubatan)(Kos Perkhidmatan) 2014, Perintah Fi (Perubatan)(Pindaan) 2017, juga menerima lain-lain bayaran bagi Hospital Kulim mengikut   Akta Acara Kewangan 1957 dan peraturan-peraturan kewangan semasa. 

Memastikan perjalanan/pengurusan unit hasil berjalan dengan lancar dan teratur. Semua kutipan yang diterima, disimpan dan dibankkan mengikut prosedur kewangan yang ditetapkan.