UNIT KAWALAN INFEKSI
Program pencegahan dan kawalan Infeksi Hospital Kulim adalah berperanan untuk mengawal dan mencegah jangkitan silang di hospital di bawah sebuah unit yang memberi perkhidmatan pemantauan untuk mengurangkan kes ‘Healthcare Associated Infection di Hospital Kulim.
’Healthcare Associated Infection’ adalah jangkitan yang di perolehi oleh pesakit atau anggota kesihatan selepas 48 jam berada di hospital, jika tindakan atau pencegahan tidak diambil, maka ia bukan sahaja mampu mengakibatkan kesengsaraan dan kematian kepada pesakit tetapi sekali gus meningkatkan kos hospital dari segi kakitangan dan peralatan serta ubatan. Pemantauan terhadap kes-kes ‘Healthcare Associated Infection’ yang berterusan adalah amalan pencegahan dan kawalan oleh Unit Kawalan Infeksi supaya kes –kes tidak menjadi wabak.
Had pemindahan organisma antara pesakit dalam penjagaan persekitaran secara langsung dengan cara pembersihan tangan dengan betul , mengawal persekitaran yang berisiko untuk jangkitan, melindungi pesakit melalui penggunaan antimicrobial prophylasis , meningkatkan amalan penjagaan kakitangan - pesakit dan mendidik petugas kesihatan secara berterusan . Amalan mencuci tangan dan mematuhi amalan ‘’standard precaution’’ di kalangan warga kerja Hospital Kulim sendiri dapat mencegah dan mengawal ‘Healthcare Associated Infection’
Pasukan Pencegahan dan Kawalan Infeksi kini terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah,Penyelaras Kawalan Infeksi ,Pegawai Perubatan ( Infection Control Doctor), Ketua Penyelia Jururawat, Infection Control Nurse, dan Link Nurse.
Perkhidmatan berkualiti, selamat dan bebas dari Healthcare associated infections ( HCAI)
MISI
Mencegah dan mengawal Healthcare associated infections ( HCAI )denganmelaksanakan program kawalan infeksi melalui kerja berpasukan bagi mewujudkan persekitaran yang selamat kepada pelanggan dalaman dan luaran.
OBJEKTIF- Mencegah dan mengawal jangkitan melalui pemantauan dan audit
- Memastikan anggota hospital mengamalkan prosedur perawatan mengikut prosedur kawalan infeksi.
- Meningkatkan kesedaran melalui pendidikan kesihatan dan latihan berterusan.
Peranan Pegawai Perubatan Unit Kawalan Infeksi
- Penyelidikan dan pendidikan: Pegawai perubatan berkemampuan dalam penyelidikan saintifik untuk dan memantau dasar dan prosedur untuk kakitangan hospital mengenai pensterilan,pembasmian kuman, instrumen dan peralatan. Serta mampu mendidik pesakit dan keluarga dengan mengadakan perbincangan mengenai pencegahan penyakit dan sesi pendidikan untuk pekerja hospital.
- Surveillance : Bertanggungjawab untuk mengumpul data mengenai alert organism dan Healthcare associated untuk digunakan bagi peringkat hospital, negeri, dan kementerian.
- Pelaksanaan prosedur intervensi wabak penyakit: mengumpulkan, mendokumentasikan dan menganalisis rekod hospital dan laporan makmal untuk menilai sejauh mana wabak penyakit untuk membuat cadangan tindakan yang sesuai. Pengamal kawalan jangkitan akan berkomunikasi dengan semua bahagian dan jabatan hospital serta dengan pejabat kesihatan awam ini termasuk memberitahu pihak berkuasa kesihatan awam yang sesuai sekiranya berlaku wabak.
- Meningkatkan kualiti pengurusan: Fokus untuk menerapkan nilai dan kualiti penjagaan kesihatan yang lebih baik, termasuk peningkatan hasil klinikal, pengalaman pesakit, keselamatan pesakit, biaya, pendapatan, produktiviti, kecekapan, dan kepuasan kakitangan kesihatan.
- Melakukan audit dalaman dan analisis risiko di kawasan yang ditugaskan untuk peluang penambahbaikan dan membuat cadangan yang sesuai untuk proses, sistem, prosedur, dan perubahan operasi untuk meningkatkan nilai dan kualiti penjagaan kesihatan
- Mematuhi langkah berjaga-jaga kawalan jangkitan: Bekerjasama dengan setiap pengurus aktiviti perkhidmatan, memastikan dan menjaga pelaksanaan standard, pencegahan titisan dan udara di struktur kesihatan di semua jabatan termasuk pensterilan, cucian dan dapur serta memberikan pengawasan teknikal dan kepakaran, sokongan, latihan dan bimbingan kepada staf mengenai isu-isu berkaitan IPC.
- Pengurusan sisa klinikal: Memastikan pelaksanaan 'aliran bersih dan kotor' yang betul di dalam kemudahan kesihatan. Memastikan bahawa piawaian persekitaran di tempat tersebut dipatuhi dan melaporkan penyelewengan kepada pengarah hospital.
- Memastikan kepatuhan terhadap teknik perawatan aseptik dan penggunaan antiseptik, disinfektan dan detergen yang betul.
- Mesyuarat: Mengatur mesyuarat Jawatankuasa Pencegahan dan Kawalan Jangkitan dan menjaga semua minit mesyuarat
- Mempromosikan dan melaksanakan dasar kawalan jangkitan seperti kebersihan tangan, kumpulan penjagaan kateter
- Program pengawalan antimikrobal: untuk membantu dan mengambil bahagian dalam aktiviti AMS hospital
Peranan Jururawat Kawalan Infeksi
- Bekerjasama dengan Ahli Mikrobiologi.
- Mengawasi dan menasihati dalam teknik pengasingan secara amnya dan khasnya dalam bidang klinikal.
- Memberikan nasihat klinikal dan membantu Jururawat, Bidan, Pelawat Kesihatan dan lain-lain kakitangan klinikal berkaitan isu kawalan infeksi.
- Mentafsirkan laporan mikrobiologi untuk kakitangan Kejururawatan yangberkaitan.
Mengumpul maklumat berkaitan bagi pihak Pasukan Kawalan Jangkitan
Hari | Waktu Berkerja | Waktu Rehat | Waktu Bekerja |
---|---|---|---|
Ahad-Rabu | 8.00 pagi – 1.00 petang | 1.00 petang – 2.00 petang | 2.00 petang – 5.00 petang |
Khamis | 8.00 pagi –
1.00 tengahari | 1.00 petang – 2.00 petang | 1.00 petang – 300 petang |
Hari | Aktiviti pagi | Waktu Petang |
---|---|---|
Ahad | lawatan:- Dewan bedah /Scn/Nicu
Medical ward (3 /4 /8)
Klinik pakar 1/2
Hdu/Capd | Orientasi staf baru latihan/ ceramah/ |
Isnin | Lawatan:- Icu/Ccu/Hdw
O&G (9/10/L.Room)
Pakar 3/4
X/Ray Dept/Occ Theraphy
| Menyediakan protokol/carta/ menyediakan laporan |
Selasa | Lawatan;- Kecemasan
Surgical/Ortho Wad (5/6/7)
Pakar 5 /Cssd/Physio | Menyemak dan kemas kini fail/ data-data/ reten dan menyediakan nota |
Rabu | Lawatan:-Unit Kecemasan
Unit Hemodialisis
Wad Medikal / Icu | |
Khamis | Lawatan:- Unit Kecemasan/ Icu
Unit Patologi / Wad Medikal |