JABATAN ANESTESIOLOGI
Jabatan Anestesiologi Hospital Kulim terdiri daripada 4-unit iaitu Dewan Bedah, Unit Rawatan Rapi (ICU), High Dependency Ward (HDW) wad ini mula beroperasi pada tahun 2020 dengan jumlah 4 katil serta Unit Respiratori & Hemodinamik (RHU). Jabatan ini diterajui oleh seorang Ketua Jabatan dan dibantu oleh kakitangan lain daripada pelbagai kategori iaitu Pakar Bius, Pegawai Perubatan, Pegawai Perubatan Siswazah, Penyelia Jururawat, Ketua Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan U32, Penolong Pegawai Perubatan U29, Jururawat Terlatih U29 dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
OBJEKTIF DAN SASARAN
- Menentukan pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan dapat dikendalikan dengan licin dan teratur:-
- Memberi bius yang sesuai, selamat dan berkesan
- Memberi perkhidmatan pembedahan yang optima dan berkualiti
- Memberi keselesaan selepas pembedahan
- Memberi nasihat perkhidmatan penjagaan rapi kepada pesakit
- Memastikan peralatan bantuan pernafasan dan hemodinamik berfungsi dengan baik dan siap sedia untuk digunakan
3. Memastikan pentadbiran dan pengurusan anggota di Jabatan Anestesiologi berjalan dengan cekap, pantas dan berkesan serta mengeluarkan hasil
kerja yang berkualiti
Perkhidmatan Yang Disediakan
Dewan Bedah
- Perkhidmatan Bius yang sesuai dan berkesan
- Perkhidmatan Rawatan Pembedahan
- Perkhidmatan pesakit selepas pembedahan
- Perkhidmatan Acute Pain Service
- Perkhidmatan Diagnostic Endoscopy
- Perkhidmatan Day Care Anaesthesia
- Perkhidmatan Klinik Bius
Unit Rawatan Rapi & High Dependency Ward
- Menerima kemasukan pesakit mengikut kriteria
- Menerima penjagaan dan perawatan rapi untuk pesakit kritikal seperti berikut:-
- Penjagaan pesakit yang menggunakan mesin pernafasan
- Penjagaan saluran pernafasan pesakit yang menggunakan mesin pernafasan melalui ETT atau tracheostomy dengan melakukan sedutan
- Penjagaan pesakit untuk Cerebral Protection/Resuscitation
- Penjagaan pesakit yang mempunyai chest tube
- Penjagaan pesakit yang menerima rawatan dialisis
- Penjagaan mesin ventilator dan tubing termasuk pemasangan serta pembersihannya
- Penjagaan pesakit yang mempunyai continous haemodynamic secara invasive dan non-invasive
- Melakukan ujian ABG untuk pesakit serta menaksirkan bacaan
- Melakukan pengiraan dan pemberian suntikan inotrop pada pesakit yang memerlukannya
- Melakukan prosedur CPR, ACLS dan PALS bila ada kecemasan
- Melakukan tatacara fisioterapi
- Pemberian Aerosol Therapy kepada pesakit
- Membantu para doktor melakukan prosedur khas seperti intubation, extubation, kemasukan arterial line, triple lumen dan CVP line serta penjagaannya
- Pemindahan keluar pesakit kritikal yang telah sembuh
- Memberikan sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga
- Merujuk pesakit kepada Unit Sosial Perubatan bagi pesakit yang memerlukan bantuan psikososial
- Demonstrasi dan pemahaman berkenaan keselamatan dan pengawalan infeksi
Unit Respiratori & Hemodinamik
- Menyediakan, menguruskan dan melakukan tugas penyelenggaraan semua peralatan bantuan pernafasan, monitor pesakit, alatan pakai buang, peralatan perubatan kritikal yang digunakan di Unit Rawatan Rapi, Dewan Bedah dan lain-lain unit di dalam hospital yang memerlukannya.
- Melakukan proses-proses penyucian hama dari membasuh, mencuci, merendam (disinfek) dan melakukan kalibrasi ke atas semua peralatan perubatan kritikal sebelum digunakan ke atas pesakit
- Membantu Pakar Anestesiologi di dalam prosedur seperti Bronchoscopy dan Fiberoptic Intubation
- Menjalankan Kursus Cardiopulmonary Resuscitation/Basic Life Support dan Advanced Cardiac Life Support
- Membantu Pakar Anestesiologi di dalam menjalankan Testing & Commissioning peralatan baru yang diterima dan menyimpan segala rekod berkenaan dengan aset serta memastikan penyelenggaraan berkala
- Membuat pesanan barang-barang pakai buang dan juga peralatan-peralatan seperti yang diarahkan oleh Pakar Anestesiologi
- Mengenal pasti kerosakan pada peralatan perubatan kritikal dan menghubungi Syarikat Konsesi (Edgenta): BEMS untuk dibaiki