JABATAN  OBSTETRIK DAN GENIKOLOGI

Perkhidmatan Jabatan Obstetrik & Ginekologi Hospital Kulim telah bermula sejak tahun 1996. Sehingga kini, Jabatan O&G mempunyai seorang Pakar Perunding, 5 orang Pakar O&G, 21 orang pegawai perubatan, 2 orang penyelia jururawat, 6 orang ketua jururawat dan 111 orang jururawat / jururawat masyarakat dan pembantu perawatan kesihatan.



VISI

Menjadi institusi cemerlang dengan mempunyai perkhidmatan kepakaran, subkepakaran dan pusat latihan kepakaran termasuk penyelidikan yang bertaraf antarabangsa.

MISI

Menyediakan perkhidmatan prenatal, antenatal, post-natal dan ginekologi (sakit puan) dengan ciri berkualiti, professionalism dan dengan kehormatan kemuliaan kepada semua wanita bagi peningkatan mutu kehidupan selaras dengan pencapaian wawasan Kementerian Kesihatan Malaysia

OBJEKTIF

  1. Memberi perkhidmatan penjagaan “pre natal”, “antenatal” dan “post-natal” yang bermutu tinggi kepada ibu-ibu mengandung, berdasarkan garis panduan Kementerian Kesihatan, supaya komplikasi dapat dielakkan atau diatasi, dan kelahiran berlaku dalam keadaan yang selamat, dan pemulihan yang awal dan maksima dapat dicapai bagi ibu dan anak.
  2. Menyediakan perkhidmatan diagnostik, pembedahan dan rawatan yang bermutu tinggi dalam bidang perbidanan dan sakit puan supaya penyakit dapat dirawati dan komplikasi dapat dielak atau diatasi, dan pemulihan yang awal dan maksima dapat dicapai.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Masa menunggu untk menerima rawatan tidak melebihi 10 minit
  2. Rawatan minima satu sesi adalah 30 minit
  3. Setiap pelanggan akan diberikan penerangan yang jelas berkenaan program
  4. Mengamalkan budaya korporat sepanjang rawatan
  5. Rawatan diberikan mengikut temujanji yang diberikan (pesakit luar)


SKOP PERKHIDMATAN


Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Kulim menyediakan perkhidmatan seperti berikut:

  • PAC (Patient Asessment Center) - menerima dan memeriksa ibu-ibu hamil.
  • Dewan Bersalin (Labour Room) - menerima dan menyambut kelahiran.
  • Wad 9 - menerima pesakit antenatal dan pesakit bersalin cascara Lower Segment Caesarean Section (LSCS)
  • Wad 10 - pesakit sakit puan dan pesakit yang bersalin secara SVD & LSCS
  • Klinik Ulangan Pakar:

Klinik  Obsteterik  (Isnin, Khamis) - Khas untuk  kebidanan.

Klinik  Ginekologi  ( Rabu)   - Khas untuk kes-kes sakit puan.

Klinik Postnatal  ( Selasa) - Khas untuk kes-kes postnatal yang risiko.

Klinik Scan  -   Ahad –Pagi dan Isnin – Petang

Combined Clinic (Rabu- minggu pertama dan ketiga) -  memeriksa kes-kes  ibu hamil berisiko ,yang   melibatkan  Pakar Medical dan O&G.

Pre pregnancy klinik saringan  - (Selasa)

Rawatan Harian ( Day Care) - menjalankan prosedur  minor  IUI / Colposcopy.

  • Mengadakan Lawatan Kepakaran di Hospital Baling mengikut jadual
  • Jabatan ini juga mejalankan pembedahan kepada kes-kes elektif (kes obstetrik dan ginekologi) dan kes-kes kecemasan atau kes berisiko.  (Majoriti Pembedahan Ginekologi dan Obstetrik di lakukan di Dewan Bedah Am Utama  dan  Minor OT).
HARI\MASA
8.00 PG- 1.00 PTG
1.00-2.00 PTG
2.00 PTG - 5.00 PTG
AHAD
KLINIK SCAN (IBU HAMIL)
REHAT
MENERIMA KES RUJUKAN DARI KECEMASAN / KLINIK KESIHATAN (KK)
ISNIN
KLINIK ANTENATAL
REHAT
KLINIK SCAN (IBU HAMIL) MENERIMA KES RUJUKAN DARI KECEMASAN/KK 
SELASA
POSTNATAL KLINIK / PREPREGNANCY KLINIK KLINIK LAKTASI (minggu ketiga setiap bulan) 
REHAT
MENERIMA KES RUJUKAN DARI KECEMASAN/KK
RABU
KLINIK GINEKOLOGI
REHAT
COMBINE KLINIK (mengikut jadual yang di tetapkan – minggu pertama dan ketiga setiap bulan) KES RUJUKAN DARI KECEMASAN/KK 
KHAMIS
KLINIK ANTENATAL
REHAT
MENERIMA KES RUJUKAN DARI KECEMASAN/KK