UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN
Jabatan ini mula beroperasi pada tahun 1994, dengan tenaga kerja seorang Pegawai Kerja Sosial Perubatan serta seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19. Dengan kekuatan anggota yang terhad, unit ini masih berupaya memberikan perkhidmatan terbaik bagi pesakit yang dirujuk. Sepanjang tahun 2022, Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Kulim memberi khidmat kepada pesakit yang ditumpukan kepada masalah psikososial dan kebajikan mereka. Status pesakit tertumpu kepada mereka yang rendah taraf sosio ekonominya dan juga pesakit yang tidak berupaya berfungsi sebaiknya dalam keluarga, masyarakat dan dirinya disebabkan sesuatu yang berlaku kepadanya.
Unit Kerja Sosial Perubatan memberi rawatan yang komprehensif secara berkerjasama dengan Pegawai Perubatan dan kakitangan Paramedik di dalam rawatan pemulihan pesakit seiring dengan konsep “Total Patient Care”. Selain itu Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan adalah membantu pemulihan pesakit dengan kaedah penilaian, penganalisaan dan penyelesaian masalah dari aspek psikososial dan sosio ekonomi pesakit agar berupaya kembali menjadi anggota masyarakat yang produktif dan berdikari sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya.
Selain meningkatkan kefungsian sosial pesakit untuk mengatasi pelbagai masalah sosial yang dihadapi. Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan juga membantu pemulihan pesakit dengan kaedah penilaian, penganalisaan dan penyelesaian masalah dari aspek psikososial dan sosio ekonomi pesakit agar berupaya kembali menjadi anggota masyarakat yang produktif dan berdikari ,sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya serta turut Bertindak sebagai “Liason Officer” bagi menghubungkan pesakit dengan sumber-sumber bantuan yang ada samaada dibawah agensi kerajaan, swasta atau NGO.

OBJEKTIF
- Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatan dan pemulihan.
- Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
- Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui khidmat terapi sokongan.